Saturday 3 November 2012

solat orang buta.

sudah lama rasaynya blog ni sunyi dari update post-post baru. maklumlah kami di sini sudah masuk musim peperiksaan dan imtihan awwal. terpaksalah fokus sikit sebab result ni akan di bawa ke hujung sem nanti, masuk pointer. tambahan pula, task-task dari persatuan bagai tak menang tangan. alamatnya memang tak sempat lah nak update, kene pandai cari masa lah.
kali ni ana nk bawakan satu kisah kat korang yang mana kisah ni sangat memberi kesan lah  pada ana dekat sini. kisah seorang pak cik yang ana jumpa di Masjid Syuhada' di Mu'tah Jordan. saat itu ana sedang berbual-bual dengan sahabat-sahabat ana berkenaan kehidupan kami di Mu'tah. kebetulan ja terjumpa sahabat ana tu selepas solat maghrib berjemaah di masjid.

kami pun sembang-sembanglah. tiba-tiba ana ternampak seorang pakcik tua sedang meraba-raba dinding berjalan nk masuk ke pintu masjid. dahla waktu malam, sorang-sorang pulak tu. apa yg sahabat ana cakap tu, rasa macam masuk telinga kanan keluaq telinga kiri. ana pun minta izinlah pada sahabat tu kejap, ana pun pi lah tolong dia kejap. masa pegang tangan dia tu, rasa macam tenang ja, mukanya pun nampaklah cayaha keimanannya tu. pastu masa dah dekat nak sampai pintu, ana pun cakap lah kat dia..

" ini pintu nya pakcik ".

" tak-tak, saya nk ke pintu yg kedua, bkn pintu ni ". wah! pakcik hebatlah. cerah hatinya! dia tahu mana pintu pertama dan pintu kedua.

" baik pakcik ". jawab ana yg masih terkejut dan terkesima.

pastu bila pakcik tu masuk dalam pintu masjid tu, mudah ja dia pi letak kasut dia kat rak kasut. tingkat atas sekali pulak tu. foreboding dia kuat betul. lancar je dia letak kasutnya.

orang buta, tapi rajin pi masjid, orang muda banyak malas ke masjid. teringat ana pada satu komen guru ana yg pernah mengajar ana semasa di maahad dulu, cikgu Osman Don.

" Buta mata: nampak akhirat tak nampak dunia; buta hati: nampak dunia, tak nampak akhirat. Lebih baik buta mata dari buta hati! "

terima kasih cikgu Osman Don atas pencerahan. rindu ana pada cikgu ^^
harapnya cikgu masih sihat mcm dulu dan masih semangat menyebarkan cintaNya".ana  me'respon'.
" Rindu cikgu terubat sedikit apabila mendengar khabar anak2 didik Maahad di mana2 di bumi Allah swt. menyusuri jejak2 ulamak bagi mewarisi usaha kenabian...jejak2 da'e...barakallahu lakum. " kata cikgu ana.

malah ramai lagi yg merindukan pada pemuda-pemuda untuk mendamping dengan masjid. pengalaman ini sebenarnya lebih mengetuk jiwa dan hati ana untuk melazimi solat di masjid.

orang buta sanggup meraba-raba utk ke masjid merebut pahala solat jemaah, kita yg cukup pancaindera macam mana??




No comments:

Post a Comment