Monday 19 November 2012

MAKTABAH SYAMILAH



Pembelajaran kami di sini berdasarkan ilmu ahli sunnah, malah jika ada perbezaan pasti masyarakat di sini tidak mudah melatah seperti Malaysia. setiap ilmu dan mazhab yang diamalkan menjadi harmoni dalam masyarakat hatta dapat beribadah dengan tenang tanpa ada pertelingkahan. cumanya yang masih berbaki dari golongan minoriti masih dalam 'atmosfera' Malaysia yang taksub akan sesuatu pendapat.
kalau ada yang rasa 'tak tenang' sikit pun bila kami  keluar dari rumah ke Pekan Mu'tah, sesak dengan dendangan  'hon yang tak diiktiraf '. bising sangat!

pernah juga saya terfikir untuk 'mencuri' semua hon-hon kenderaan yang ada di Jordan ni, bukan sekadar di Mu'tah tapi satu Jordan sebab satu Jordan suka main bunyi hon kenderaan. mencuri hanya dalam satu malam.
agak-agak lah kan, orang arab akan bawak kereta lagi tak?
pasti aman Jordan ni kan. senyap! mesti best...just kidding^^

pengajian di sini jauh sekali dengan pembelajaran di Malaysia dari segi cara soalan yang ditanyakan dalam exam. kalau di Malaysia atau di UIA dahulu yang saya sempat belajar di sana. soalan-soalan yang berkaitan dengan point-point  akan sesuatu tajuk pasti ditanya juga dalam exam, takrif  dan seumpama dengannya. namun di sini Dr jarang sekali tanyakan soalan-soalan yang macam tu. kebanyakkan exam ana ambil buat masa sekarang, kebanyakkan soalannya tidak sentuh berkenaan dengan takrif, syarat-syarat untuk sesuatu tajuk. soalannya jauh sekali dari andaian kami bagi pelajar-pelajar yang baru ni.

apa yg ditanya adalah isi kandungan dalam syarah tersebut, misalnya kata-kata sahabat terhadap sesuatu pendapat. malah ada satu exam yang ana ambil tu, Doktor tak tanya langsung apa yang ada dalam kitab!
soalan-soalannya semua dari syarah dan penerangannya dalam kelas.
kalau sapa yang tak alert atau cakna, memang menyesal dan 'kompom' tak boleh jawab.

fuhh, mencabar giler belajar kat sini. dengan kerenah pelajar-pelajar arab kat sini yang bermacam ragamnya terhadap Doktor dan macam-macam lagi lah. semuanya 'ilmu kehidupan' yang tidak ada dalam buku mahupun kitab tapi ada dalam diari kehidupan yang dilalui.

setiap hukum dan apa sahaja yang diperbahaskan oleh Doktor sangat memerlukan dalil kepada kami untuk bermusyawarah dengan Doktor dalam kelas.
Alhamdulillah, baru tadi ana sempat install ' مكتبه شاملة ' dari seorang senior ana. sangat-sangat gembira dan teruja bila dapat install kat laptop, semenjak saya belajar di sekolah menengah Maktab Mahmud lagi saya pernah bercita-cita untuk punyai  ' مكتبه شاملة ' kat laptpo sendiri. kat situ bermacam-macam rujukan yang ada sama ada dari jenis kitab, tajuk apa, semuanya ada.

moga-moga  ' مكتبه شاملة ' dapat membantu dalam  pencarian saya  menuntut ilmu di sini. harapnya dapat mencipta sinergi yang semaksimanya dalam menuntut ilmu. itu cita-cita saya dan itu juga adalah harapan dan cita-cita ibu dan ayah saya.

akram afifi salleh,
Universiti Mu'tah,, Jordan







2 comments:

  1. Selamat belajar semoga memperolehi ilmu yang diberkati Allah. Tahniah blog yang menarik.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih mak tam..
    Insha Allah, Akram akn belajar dgn sebaiknya sebagaimana dgn harapan sanah saudara yg menanti,
    Amin ya Rabb^^

    ReplyDelete