Monday 16 July 2012

maafkan daku sahabat...




‘ aku tersepit….’  Hatiku sulit, berbelit-belit dilulit perasaan sendiri.

‘ apa yang aku dah lakukan’

‘ kalamku, perbuatanku ada melukakan sahabt-sahabat aku ke…..???’.gelora di hati.

Ya Allah…
betapa sesak dan terdesaknya hati pabila melakukan kesalahan dan kesilapan sesama manusia,
apatah lagi sesama ibu dan bapa, apatah lagi Tuhan yang Maha Esa, Tuhan yang Maha segala-galanya. Tentunya jauh lagi terasanya…

pada siapakah harus ku bicarakan isi hati ini, pada teman, kekasih halal, saudara mara, kepada siapa…??? Kepada siapa harus ku luahkan…
L

‘ tentulah Allah’. Bisik fitrah hatiku.

Dosa pada Allah mintalah ampun dan taubat pada Allah dengan taubat nasuha, kita akn diampunkan dengan izinya~ namun bukan mudah tapi tidak susah. Taubat sesama manusia telah Allah serahkan pada makhluknya sama ada mahu memaafkan ataupun tidak. Tidak selesai jika tidak minta maaf padanya sehinggalah mendapat kemaafan. Jika tidak, dibawanya saham liability itu hingga ke alam akhirat.

“ maafkan aku wahai semua insan, haiwan, tumbuhan dan semua makhluk andai ada kezalimanku pada kalian” – maafkan saya.

Orang yang bahagia adalah orang yang selalu memaafkan semua orang. Carilah kebaikan pada kehidupan orang lain kerana ada kalanya kebaikan yang ada pada orang lain amat bermanfaat untuk kita, dalam misi kembara seorang hamba.

Orang yang sukar memaafkan orang lain adalah orang yang tidak yakin dengan Allah – Maha Pemaaf, kita siapa? Orang yang banyak berdendam di hati pastinya dia sukar memaafkan orang lain. Orang yang suka hidup berdendam hidupnya tidak tenang. Apalah erti sebuah kehidupan jika mencari kegelisahan? Sedangkan mencari cahaya itu lebih baik daripada mengutuk kegelapan.

Sebenarnya apabila anda memaafkan orang lain, anda juga sedang memaafkan diri anda sendiri. Orang yang bahagia tidurnya lena dengan memaafkan orang lain. Sedangkan orang yang berdendam tidak dapat tidur nyenyak keran sibuk memirkan ‘kisah silam’ untuk membalas dendam yang berdarah, berdarah qalbi – hakikatnya yang berdarah itu sebenarnya imannya.

Maafkan semua orang di seseliling anda, nescaya kau akan bahagia…

Maafkan ku duhai sahabt-sahabat ku semua……maafkan aku yang ‘lemah’ ini.


No comments:

Post a Comment