
“ana rasa macam ana nak balik rumah lah”, jawap sahabat baik ana, Rafiq.
“ sebab apa nta nak balik?”.
“ entah lah, ana qasa macam serabut sikit beberapa hari.
Saja nak balik kampung”.
“Nta nak balik bila, dan pukul berapa?” soal ana.
“ esok kot. ana pun tak pasti lagi nak balik ke tak, tengoklah macam
mana”.
sayu kedengaran dari bicaranya. Seakan ada sesuatu masalah
berat yang menimpa dirinya. Beliau adalah salah sahabat saya yang paling saya
hormati dan sayangi. Miskipun sahabat saya tak menceritakan masalahnya, seakan
saya dapat merasai betapa berat dan rungsingnya pada ketika itu, melalui riak
wajahnya, suaranya, ‘bahasa’ badannya menceritakan segala-galanya. Rasa macam
ingin sahaja ana menyelami dalam diri sahabat saya itu.
‘ sahabat, ujian apa yang Allah uji pada anta? Cubaan apa
pula kali ini yang anta hadapi? Boleh ana bantu anta?’. Bisik hati saya.
Sesejanak saya berfikir, mungkin dengan menemani dia
seketika dapat mengurangkan bebanannya, di bawah pohon yang rendang berhampiran
perpustakaan UIA. Pohon yang hijau memukau, diselangi warna kuning keemasan.warna
kegemaran kami. Sekilas pandang pohon itu, seperti bayangan pohon sakura. Memang
indah dan tenang. Saya terus menemani sahabat saya.
Melihatnya sahaja hati ana berbisik,
‘perasaan yang sama pernah menghantui diri saya’.
Rasa sesak, serabut,
tertekan dan seumpamanya, adalah umpama ‘hadiah’ - anugerah Allah dalam hidup saya – sentiasa
diuji. hanya mampu berbisik di hati, berbicara dengan Yang Maha Esa. Tempat
meluahkan segala-galanya.
Lazimnya, apa yang
saya terfikir pada waktu itu adalah kembali ke rumah, kampung di kedah.
Berjumpa dengan ibu dan ayah serta keluarga. Miskipun mak ayah ana tidak mampu
untuk memahami apa yang bergelora dijiwa, namun biar tanpa suara bicara, tanpa
luahan rasa suka dan duka. Namun, memadai hanya memandang riak wajah muka ibu
dan ayah serta suasana di kampung, perasaan tenang memenuhi di jiwa, seakan
masalah dan keserabutan yang menyesakkan selama ini, hilang.
Itulah yang saya rasakan pada sahabat ana. KEMBALI KEPADA
ASAL USUL.
Pendang, kawasan penanaman padi yang paling luas dalam
negeri Kedah. Disitulah terletaknya kampung dan rumah ana. Masih kekal dalam
keadaan yang dahulu, tetap kukuh dan utuh. sebahagiannya telah ‘dinaik taraf’
namun geografi mesra alam masih dikekalkan.
Sawah masih mekar menghijau di belakang halaman rumah.
Bersebelahan sawah pula ada sungai yang menjadi saluran air utama buat pesawah-pesawah padi. Pokok bunga,
pokok kelapa dan lain tumbuhan mesra alam lain masih segar menghiasi ruang
halaman rumah. Udaranya pula bebas dari asap kereta, bebas dari kesesakan lalu
lintas, bebas dari kesibukan masyarakat.
“ tenangnya…….”. ana menjerit
Yea..tenang sebab saya asal usul saya dari kampung, tempat
tinggal saya. fitrah saya.
Kata sahabat saya,
“ orang yang hidup atas darat, mana selesa hidup dalam air ”.
kias sahabat ana tu, alam tersirat.
Kebanyakan kampung dihiasi tumbuh-tumbuhan - alam, mendekati
alam sebenarnya kita menghampiri Tuhan. Oleh sebab itu, kita akan tenang
mendengar desiran air tasik daripada desiran
kereta di jalan. Lihat tumbuh-tumbuhan lebih tenang dari melihat bangunan. Hakikatnya semua
kita akan tenang apabila mendekati Tuhan – Allah.
Bagi sesiapa perlukan ketenangan carilah Tuhan..
Insha Allah kita kan tenang. Percaya lah kerana ....
ALLAH SAMA SEKALI TAK AKAN MENGHAMPAKAN HARAPAN
HAMBA-HAMBANYA YANG SENTIASA MENGHARAP PADANYA.
Dari Abu Hurairah r.a. telah berkata Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam,
Allah berfirman,
“ Aku sesuai dengan persangkaan hambaKu terhadapKu dan Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiku dalam dirinya, Aku pun akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu dalam suatu kumpulan, maka Aku akan mengingatinya dalam kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekatiKu sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dengan berjalan, Aku akan datang kepadanya dengan berlari. ( Riwayat Muslim )
“ Aku sesuai dengan persangkaan hambaKu terhadapKu dan Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiku dalam dirinya, Aku pun akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu dalam suatu kumpulan, maka Aku akan mengingatinya dalam kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekatiKu sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dengan berjalan, Aku akan datang kepadanya dengan berlari. ( Riwayat Muslim )
No comments:
Post a Comment