ANTARA DUA…
“ di antara
dua…”
“
aahh…susahnya nak buat keputusan “
“ nak balik
ke tak? Nak ke tak…nak ke tak.. “ zikir yang tak henti-henti ku sebut.
Setelah
habis pengajian talaqqi dengan ustaz muhadir malam tadi. Persoalan itu bermain-main
difikiran, setelah diumumkan pada sabtu ini bermulanya puasa Ramadhan.
“ nak balik
ke tak? “
Antara dua
ja keputusan. Penat memikirkan, Mungkin
nampak macam simple pada orang yang memerhati, tapi bagi orang tak
berharta dan yang memahami, pasti terasa berat di hati. aku tahu betapa susahnya mak ayah nak dapatkan wang. aku kasihan pada mak ayah.
‘ aku
bukanlah dari keluarga orang yang senang, bagi kami RM10 tu amat berharga. Dua
minggu lepas dah balik. Seratus ringgit, dah burn – harga pergi dan balik.
Takkan minggu ni aku nak balik lagi. Kalau guna duit sendiri tak apalah. Tapi
aku guna duit mak ayah. RM100 burn atas jalan macam tu ja’
aku tak balik sebab aku sayang dan kasihan pada ibu dan ayahku. pasti mereka akan cari duit lebih untuk tampung perbelanjaan, walhal usia mereka dah lanjut dan aku balik juga sebab aku sayang pada ibu ayah aku, merubat kerinduan dan memberi kasih sayang pada mereka.
- antara dua -
aku tak balik sebab aku sayang dan kasihan pada ibu dan ayahku. pasti mereka akan cari duit lebih untuk tampung perbelanjaan, walhal usia mereka dah lanjut dan aku balik juga sebab aku sayang pada ibu ayah aku, merubat kerinduan dan memberi kasih sayang pada mereka.
- antara dua -
“ macam
mana niii…”. Kebetulan teman sebilik, afiq berada di sebelah.
“ afiq, ko
balik tak”.
“ balik.
Awat? “
“ tak ada
apalah, saja tnya”
“
owh..kawan-kawan kita semua balik”. Balas afiq lagi.
“ a’ah..aku
pun balik” sampuk azlan yang mahu turut serta dalam sesi tazkirah malam kami
sebelum tidur. setiap malam, kami adakan halaqah sebelum kami masuk tidur untuk ingatkan hati-hati kami supaya terus tawaduk dan khudu' pada Allah dalam misi menjadi hamba - kembaramenujuilahi ~
Tanpa melengahkan
masa lagi, aku pun ambil wuduk ,
kemudian solat beberapa rakaat untuk tenangkan diri. Usai ja solat aku terfikir
satu perkara.
“ CINTA
TANPA SYARAT – cinta ibu dan ayah pada anak-anaknya “

‘ kalau aku
jadi seorang ayah dan ibu, aku mesti nak anak aku balik juga. Makan dan buka
puasa sekali.
Tentu sunyi kalau buka puasa tapi anak-anak tak ada! '
' Malah, ada
ibu bapa yang mengalirkan air mata disaat buka puasa kerana terkenangkan masa
silam berbuka puasa bersama anak-anak. tapi kita anak-anak rasa macam tu tak…?’
‘ Duit
boleh di cari ganti, tapi kasih dan sayang tidak boleh dijual beli, tak boleh
ditukar ganti. Aku sanggup cari rezeki lebih, asalkan anak-anak aku mahu berbuka puasa dengan aku.
Aku mampu punya seribu teman, tetapi aku hanya ada seorang ibu dan ayah. Hati
seorang ibu dan ayah – aku yakin itulah naluri hati seorang ibu dan ayah !’
' ayah dah mencecah usia 70 manakala ibu pula sudah mencecah umur 60, tentu mereka rasa sunyi dan perlukan kasih sayang anak-anak, yang mereka telah besarkan selama ini. anak-anak yang ditatang bagai minyak yang penuh '
' kalau ibu ayah kita sanggup susah demi kita, kita sanggup tak susah demi mereka? '
“ aku
sanggup ! “ tiba-tiba bisikan kecil hatiku bersuara.
Tiba-tiba
aku teringat tentang wang simpanan aku hasil bisnes kecil-kecilan.
“ RM50 je
yang boleh keluarkan…hmmm? “ selebihnya sudah diperuntukkan untuk hal-hal lain.
“ tak ape
lah..mamadailah untuk menggembirakan ibu ayah dan meringankan beban mereka
daripada tanggung penuh belanja aku pergi dan balik. tak boleh semua, jangan tinggal semua ”. Monolog sendirian.
sahabat-sahabat yang ana kasihi kerana Allah...bagi sesiapa yang berkesempatan untuk pulang, pulanglah....
“ ibu ayah... Doakan kami anak-anak mak ayah, menjadi anak-anak yang soleh dan solehah . Kami
sayang mak dan ayah. Kau peliharalah ibu bapa kami ya Allah. Periharalah mereka
sebagaimana mereka memelihara kami sewaktu kecil dahulu, bah kan lebih dari itu
ya Allah – kami mohon pada Mu ya Rabbal’alamin !“
Semoga Kau
berkati kami..ameen
jom balik ! (^_^)
wa~~~ bgusnyee...
ReplyDeletecerita ni mcm btol2 kene kat diri sendiri..
(^_^)...
ReplyDelete