Tuesday, 8 January 2013

banjir di Jordan di musim sejuk

inilah situasi kami di Jordan ketika ini...

jalan-jalan utama semuanya ditenggelami air. kereta-kereta pun banyak yang tersadai di bahu-bahu jalan.kalau banjir di Malaysia saya kira lebih ringan lagi dari banjir di Jordan ni, sebabnya air di Malaysia boleh tahan lagi dan boleh dibuat mandi dan main hujan lagi. namun air di Jordan, ambil wuduk pun kebas tangan, inikan pula banjir!
 tidak boleh dibuat mandi. tambah pula airnya tidak bersih , macam-macam penyakit kene nanti.
kalau musim sejuk sakitnya susah nak sembuh dari musim biasa.
rumah teman-teman saya pun habis ditenggelami air, laptop, handphone, kitab-kitab semuanya jadi almarhum belaka. Allah, Allah, Allah..ujian semua ni^^

kedai-kedai pun masuk air jugak, perniagaan pun makin merosok dan kerugian pun makin bertambah lah jawabnya. alahai manusia..ujian hanya secebis cuma, datang menyapa untuk ingat pada yang esa! ^^

kalau dahulu inilah penganggkutan kami tapi bila dah banjir macam ni...

inilah pengangkutan awam^^hehe

nak rasainya macam mana kami rasa, cuba pi di dalam swimming pool, pastu isi semua air tu dengan air ais, shower pun air ais jugak. lebih kurang tulah kami di sini^^

*ada masa nanti saya kongsikan hujan frost pulak dan salji di sini.

"bagai jakun jumpa dengan salji" = macam orang biawak jumpa dengan pelandOk :P

doakan imtihan saya dan sahabat-sahabat yang masih berbaki dan doakan juga kemaslahatan sahbat-sahabat saya di Amman Jordan kembali pulih. ~ ameen 


4 comments:

  1. bagai jakun jumpa dengan salji" = macam orang biawak jumpa dengan pelandOk :P

    orang biawak tu apa ye? dh google tapi x jumpa. hahaha. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang kedah ja tau maknanya apa :P

      Delete
  2. ربنا يسر ولا تعسر يا صحبي .

    ReplyDelete