Thursday 15 November 2012

GAZA MENANGIS LAGI..





gaza bermandi darah lagi!
terdengar jeritan di sana dan sini.

" selagi nyawaku bernafas, jantungku berdegup,
al-Quran dan sunnah menjadi bejana jiwa ummat.
aku tak akan redha akan apa yg ko lakukan. celaka ko Zionis!". habis disumpah seranah sepuas hati. sebaik-baik kalam adlaah kalam yang memberi manfaat dan indah didengar manusia. ^^

" pray for gaza, pray for our muslim - with picture ". post kat fb melimpah ruah  dengan luahan marah pada zionis.

Alhamdulillah, semua muslim makin terasa akan kehangatan rakyat gaza ditindas. ana yang berada tidak jauh dari bumi Gaza terasa bahangnya. bahang suara tangisan rakyat gaza.

"betui ka ni akram, ngarut ja hang ni ". celah sahabat ana.

"ukhuwah doesnt count by a smile but count by our heart". aku rindukan Gaza, aku rindukan saudaraku di sana.

doa dan doa dan terus berdoa, tapi kenapa seakan doa aku tidak dimakbulkan. dataran Gaza masih bergegar dengan jeritan. jeritan orang yang tidak berdosa. saudara kita!

'oh, sia-sialah aku berdoa'.

saya kagum dengan mereka yang turut merasai kehangatan kekejaman Israel. namun saya masih bimbang akan kita yang diserang, telah diserang sejak sekian lama, dan sentiasa diserang dengan pelbagai ideologi. penjajahan pemikiran, emosi, sikap kita dan hati kita.

mungkin kita terpaksa menghitung diri kita semula selepas ni? serangan saraf yang lebih berbahaya dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. renung, cubalah renung. renung diri kita...

ketika Ibrahim bin Adham (seorang ahli tasawwuf yang masyhur) berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai. di antara mereka ada yang bertanya: mengapakah doa mereka tidak dikabulkan Allah padahal mereka selalu berdoa kepadanya? Beliau menjawab: kerana hati kamu buta disebabkan sepuluh perkara, iaitu:

1. Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan hak-Nya
2. Kamu sangka bahawa kamu cinta kepada Rasulullah saw tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu telah membaca al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya
4. Kamu telah makan nikmat2 Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya
5. Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya
6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya
7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar tapi kamu tidak lari daripadanya
8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar tapi kamu tidak bersedia baginya
9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10. Kamu kebumikan mayat-mayat manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.

kita sudah berdoa dan sentiasa berdoa utk mereka, tetapi kenapa masih tiada noktah ??
mungkin sudah tiba masanya kita menjadi MUKMIN YANG SEBENARNYA!

salam maal hijrah.

alfaqir ila Allah.
MUHAMMAD AKRAM AFIFI BIN HAJI MOHD SALLEH


4 comments:

  1. TT^TT
    rase kesian sgt kat diorg :'(
    mampu doakn je utk diorg

    ReplyDelete
  2. I2 pun dah besar sebenarnya.
    Mungkin kita blh boikot brangan mereka sdkit sebnyk^^

    ReplyDelete
  3. islahkan diri..bangunkan ummat di seluruh dunia...

    ReplyDelete
  4. Akh... Syria macam mana? Dekat x dengan tmpat enta...
    Kalau bleh update isu Syria lepas ni..

    Abu Ayesh aN-Najjar, wakil HAMAS sendiri kata Syria jauh lebih teruk drpd Gaza...

    "Please pray for them, do not pray for us. Pray for them and them only."
    -Abu Ayesh-

    ReplyDelete