Thursday 29 November 2012

pesan cintaku

sedang pakcik tadi memberi nasihat dan pandangannya padaku, dia ditegur oleh seorang teman rapatnya.
apa yang diperkatakannya sebentar tadi membuatkan diriku banyak bermuhasabah.

semenjaku menjejakkan kaki ke bumi syam ini, sudah ada suara-suara gatal yang mahu 'merisik' ku. pastinya sebagai seorang remaja aku mahu dihargai, disayangi dan dicintai. tapi inikah jalan yang harus ku pilih? oh, tidak sama sekali! cinta sebelum berkahwin hanya mendahagakan peminumnya dan sering diulit keresahan. aku tidak mahu sebegitu, aku terpaksa berhadapan dengan 'ketidak pastian' yang sering mengundang persoalan hati. apakah dia akan setia sebagai mana aku setia padanya? adakah dia tidak akan mengkhianati ku? jika syariah Allah pun dia tidak peduli, masakan cakapku dia nak dengar, tentu lagilah jauh.
jika pergaulannya jauh terbuka dan bebas semasa bercinta, apakah ada jaminannya padaku bahawa dia juga akan menjaga pergaulan juga selepas perkahwinan?

Allah juga telah berkali-kali memperingatkan hambaNya dalam kitabNya,

"dan bacakanlah (Muhammad) kepada mereka, berita yang orang Kami telah berikan ayat-ayat Kami kepadanya, kemudian dia melepaskan diri dari ayar-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda) maka jadilah dia termasuk dalam orang yang sesat.", surah al-'arah, ayat 175.

miskipun aku adalah pelajar syariah jurusan usuluddin di bumi Syam, tetapi aku masih bimbang akan diri ini kerana 'dakwah' syaitan lebih hebat dari manusia. tidak mengenal tempat, waktu  dan siapa pun, mereka terus berdakwah. malah kadang-kadang 'pendakwah' syaitan itu lebih hebat dan berpengalaman dari pendakwah yang ummat Islam yang kita ada sekarang. ada syaitan yang sudah hidup beribu tahun, malah mungkin yang hidup pada zaman Nabi dahulu pun ada. tentulah mereka lebih mahir dan berpengalaman.

kadang-kadang aku hanya tersenyum kecil dengan bisikan-bisikan lamaran itu kerana menantikan kematangan mereka dalam merancang masa depan yang lebih serius. mungkin juga mereka menganggap cintaku  mudah dipetik seperti pohon dijalanan.  apa yang aku faham asal cinta dalam Islam adalah setia dan asal perkahwinan muslim adalah perkahwinan yang satu. jadi aku peliharanya baik-baik. hanya buat permaisuri hati, kekasih hati yang halal.

teringatku akan satu analogi yang abangku pernah berpesan pada anak-anak muridnya.

'dalam soal memilih jodoh ni macam kita dengan buah 'nyok' lah (buah kelapa). kalau kita pergi kait buah tu sebelum buah tu masak, pasti tak sedap, kelat dan hanya tempurung dalamnya sahaja yang terlihat. tak ada isi pulak tu.  Kalau kita kait lambat sangat pun tak sedap jugak sebab isinya dah keras, airnya pun sudah tawar, manisnya kurang terasa. andai buah itu di kait pada masanya yang sesuai, ketika kulitnya berwarna hijau muda. pastinya sedap! airnya pun manis, isinya pun lembut dan berlendir. macam  tu juga  perempuan pun. kita pilih masa tengah muda-muda berlendirlah, tengah sedap-sedap lembut'. kadang-kadang anak-anak murid lebih suka akan isinya yang kurang 'ditapis'. anak muridnya ketawa bukan main. entah apalah yang lawak sangat?

itulah cara berdakwah, menggunakan bahasa yang disukai orang. menjadikan kehidupan orang yang didakwah itu sebagai medium penyampaian dalam mengajak mereka mengikut landasan Islam. perkataannya yg kurang ditapis tidaklah haram. sebab tu lah ustaz khairuddin sangat disukai oleh anak-anak muridnya. hikmah dakwahnya!

"fuhh, bestnya". akalku nakal membayangkan kiasan tadi. astaghfirullah. berkali-kali aku beristighfar.

sebelum ini telah berkali-kali aku dipesan supaya menuntut ilmu baik-baik di sini. belajar bersungguh-sungguh. tentang duit jangan dibimbangkan. itu tanggungjawab ibu dan ayah, tugas anak adalah belajar. jadi yang terbaik buat agama! Allah tak tanya yang bagi duit dekat mak ayah hang ka dak? tetapi Allah pasti akan tanya sejauh mana amanah ibu dan ayah yang diamanahkan telah hang pikul? tentang jodoh pun jangan di bimbangkan. aku menaruh sepenuh kepercayaan pada kedua ibu dan ayahku. pesan mereka masih perpahat di hati.

"ayyuah Muhammad, dimana kita tadi?", tersedar aku dari lamunan tadi. Abu Ali mengejutkanku. asal namanya Abdul Karim bin Zaidan.

gelaran Abu Ali itu adalah adat dan kebiasaan yg dipakai di sini. bahkan pada zaman mujtahidin dahulu pun sama. meletakkan Abu di hadapan, Ali tu di nisbahkan kepada anaknya.



1 comment:

  1. Moga sahabat baik sye ni dpat doakan sye nikah awl..hee..:)

    ReplyDelete