Sunday 11 November 2012

biar letih jasah, JANGAN LETIH HATI.



sungguh diriku masih terasa penat lagi, baru usai dari majlis bersama-sama dengan seluruh palajar Malaysia di Jordan. rindu dan cinta yg selama ini dipendam, akhirnya bertemu jugak tadi, rasa macam terubat ckt, dapat bertemu dengan kawan-kawan yang sudah lama tidak ketemu terutamanya bekas pelajar maahad best koootttt...!

Majlis Ramah Mesra. itulah nama program kami. seharian penat! tapi fokus dan komitmen kami masih maksimum. letih jasah, tapi letih hati tidak sama sakali.
:: sabtu : 9/11/2012 ::

" biarlah kita buat program ni kerana Allah. sebab apa ana kata macam tu? sebabnya kalau kita buat sesuatu kerana Allah kita tak akan penat. biarlah kita penat jasad, jangan penat hati ". kata sahabat ana ketika mengendalikan program di UIA dahulu.

betul tu. biar kita letih jasad, jangan letih hati. jika letih jasad, hati masih mampu bergerak menuju Allah, tapi andai andai letih hati pasti tidak ke mana-mana. jangan biar hati yg bernilai itu dipenuhi dengan perkara selain Allah dan rasul. diterangi dengan ilmu dan ma'rifah serta hidayah dari Allah.

andai rasa diri kurang tenang, solatlah. rehatlah dalam solat, carilah ketenangan pada tiap perkataan dan kalimat  dalam solat. itulah jalan orang-orang soleh mencari ketenangan.
jika masih belum tenang, bacalah Al Quran dan fahami maknanya, satu persatu dibaca dengan lisan dan hati.
jika masih belum, carilah sahabat-sahabat dan orang-orang yg soleh utk memberi nasihat, peringatan dan suntikan semangat utk trus kuat, tabah dalam menuju Allah.

' jika syaitan tak pernah berhenti mengalah 'berdakwah' pada kita, kenapa kita harus mengalah?'
ana tersedar sehari dua ni ana banyak lalai ckt, rasa bersalah tu memang ada (sebagai hamba), tapi apa yg aku dapat kalau aq hanya terus denga perasaan 'rasa bersalah tu' tanpa ada apa2 tindakan?
rugi semata-mata. jika kita sama-sama ada silap dalam hidup ni jangan mengalah, kembali semula kepada Allah, Tuhan yg menciptakan alam  dan diri kita.

yuk muhasabah bersama ^^

kerana Allah kita mara !





2 comments:

  1. memang penat pun bile kene conduct n involve dgn mcam2 aktiviti ni . huh, been there done that. tp bile hati ikhlas, rase brbaloi . huehue

    *btw, tajuk entry ade typo .salah eja .huehuehue

    ReplyDelete
    Replies
    1. AISKRIM ?? dah tahu sapa yg komen ni ^^
      thanks ya...

      Delete