Sunday 4 November 2012

PANDANGLAH DIA...

semenjak malangkahkan kaki ke bumi Jordan ni, banyak yg dipelajari dan pengalaman yg dikutip utk diasimilasikan dalam kehidupan. walaupun sebahagian dari diri dan hati ini masih ditinggalkan di Malaysia buat keluarga tercinta,.

'siapa pakcik yg berjubah putih ni ya'. ana memerhati tiap gerak gerinya, tingkah lakunya serta sikapnya. khusuk sekali pakcik tu berzikir di belakang masjid, hampir dengan pintu keluar utama masjid. pakaianya yg berjubah putik susu, kulitnya sawo matang menarik perhatian ana untuk memerhatu pakcik tu. tasbih di tangan digerakkan oleh jari jemarinya. tanpa disedari matanya yg terpejam mengalirkan air mata. subhanallah!

" pak cik ni...". terkeluar dari bibir ana. lembutnya hati pakcik ni. hati ana berbisik.setelah sekian lama, pakcik tu pun keluar dari masjid. tiba-tiba dilanggar dengan seorang remaja. rebah terduduk pakcik tu.

" apa hang ni, hang tak da mata ka? lain kali tengok lah orang dulu. dah tua bangka dah takkan nak kena gitau lagi kot. harap tua ja tapi akal tak dak? ". herdik remaja tu. walhal dia yg jalan tak tengok orang tadi. kesian pakcik tu.
ana yang memerhati dari jauh dari tempat kejadian tadi, mendekati pakcik tadi.

" boleh saya tolong angkatkan pakcik ", pinta ana.

" terima kasih nak ".

" pakcik ok ke? ", sengaja ana memulakan bicara dengan pakcik tu. sejak dari tadi sikap pakcik tadi menarik perhatian ana. tiba-tiba pakcik tu kata pada ana tanpa menjawab persoalan ana.

" kalau kamu rasa geram, benci pada seseorang, sukar memaafkan orang lain mahupun terluka dengannya, ingatlah nak...
PANDANGLAH SESEORANG ITU SEBAGAI AHLI SYURGA, pasti kamu akan menghormatinya, kamu akan tawaduk padanya. walaupun dia seorang yg buruk pada pandangan mata kamu. walau dia melakukan keburukan padamu. mungkin dia seorang yg tinggi darjatnya disisi Allah nanti.
nak...
mungkin suatu hari nanti, dia yg dipilih oleh Allah utk diberi rahmatNya. kita?? belum pasti dan mungkin kita bukan pilihanNya. siapalah sangat kita ni nak... hanya tin kosong. pesan pakcik, anak pandanglah seseorang itu sebagai ahli syurga walau siapapun dia ". pendek tapi panjang ertinya kata-katanya.


kita hanya tin kosong? ana faham sangat dengan perkataan tin kosong tu. kita memang tin kosong pakcik, dan sayalah sekosong-kosong tin yang kosong itu. tin kosong yang mudah ditendang ke sana dan ke sini, di buang ke sana dan di buang  ke sini. mudah je orang permainkan kita apatah lagi seorang remaja yg selalu sangat bermain dengan perasaan.
apalah nilai tin kosong itu? hanya dibuang di tepi jalan, terbiar dalam longkang.

namun sebenarnya tin kong itu andai di isi dengan dengan air mineral tentu ada nilai kan? kalau di isi dengan air berperisa, tentu lagi-lagi bernilai tin yang kosong tadi tu. dari dibuang di tepi jalan, diambil dibuat jualan.
namun andai botol air itu di isi dengan air zam-zam tentu lebih-lebih lagi bernilai.

fahamilah bahawa tin yang kosong itu ibarat hati. andai hati yg kosong dan tiada nilai isi, pasti mudah dibuang ke sana dan ke sini. namun andai hati itu di isi dengan  nilai iman dan taqwa, pasti nilainya tinggi. jangankan orang hendak buang bahkan pasti 'tin' yang kosong tadi akan di belai oleh sekalian alam. misalnya para alim ulama', orang yang warak dan tawaduk misalnya. kita sayang meraka bukan?

ana yg masih tersentap dengan kata-kata pakcik tadi, hanya diam membisu, bibir membeku lidah terkelu. 

" pakcik minta diri dulu ya ". pinta pakcik tu terus berlalu pergi hilang dari pandangan ana. hanya berdiri keseorang memikirkan kalam dari seseorang insan yang hampir dengan Tuhan.

' terima kasih pakcik ', bisik hati ana.

ya. hati ana yg pernah melalui zaman-zaman 'muda' yang penuh dengan cabaran yang mencabar mengukir liku-liku peristiwa. pernah dilukai orang seseorang, pengalaman dianiaya selama ini, di simpan di buku hati dibawa pergi hanya dengan kalam pakcik tadi. 

bagi pendakwah, apa yang kita faham sebagai daie akan kalam yang berhikmah?

PANDANGLAH ORANG LAIN SEBAGAI AHLI SYURGA,
PANDANGLAH ORANG LAIN DENGAN PANDANAGN KASIH SAYANG,
PANDANGLAH ORANG YG DIDAKWAH ITU SEBAGAI AHLI SYURGA !
walau siapa pun dia..

- mata pena berdakwah

No comments:

Post a Comment