Thursday 15 November 2012

WARKAH BUATMU..

" assalamuualaikum...perhatian kpd smua syabab n akhawat diingatkn skali lg hari ini akn diadakan perjumpaan di kuliah syariah,mudarraj 8,pd pkul 11 pg ini...(bg yg tdak ad klas)pd mse trsebut..
harap maklum ye...:)
wallahua'lam..
"  post ketua bastch kat fb.
ketua batch mengingatkan sekali lagi akan perjumpaan khas buat adik-adik tahun satu di Universiti Mu'tah dalam group fb. kat sini fb memang pentinglah sbb segala maklumat atau pengumuman akan dimaklumkan di fb, so  setiap hari kena buka tengok lah.
perjumpaan ini dihadiri oleh semua pelajar tahun satu sama ada dari Malaysia, Thailand dan negara-negara yang lain bagi sesiapa yg tak da kelas pada watu tersebut.

tapi macam biasalah, ada ja yg mengilat utk lari dari perjumpaan tu. termasuklah saya(pada awalnya). tapi bila difikirkan semula. tak jadi lah pulak. ana pun join lah meeting tu ^^

dari kiri : Dr Tolib Surairah, Dr Azzam, Dr Abdullah Fawaz,
Dr Qais, Dr firas

kebanyakkan adalah ketua dari dari syu'bah (bahagian/bidang) masing-masing. kesemuanya sangat faqih !
Dr Tolib ketua syu'bah Usuluddin, Dr Azzam ketua Fiqh Usul dan begitulah selainnya.

di sini ana kongsikan pesanan-pesanan buat anak-anak perantauan yg menjadi harapan ibu dan ayah di rumah, harapan keluarga serta agama!
di sini ana qoute kata-kata atau apa yg ana faham dari nasihat-nasihat murabbi-murabbi di atas.

Dr Abdullah Tolib

" apa yg hendak saya perkatakan kepada kamu semua dari sudut kami barisan Doktor-Doktor, selama kami memerhati kebanyakkan daripada pelajar-pelajar luar negara sering bersama-sama dengan kelompok kome je. sehingga dari kalangan kamu masih belum ada yang mampu bercakap arab dengan lancar. sedangkan kamu sudah berada di negara arab. sewajarnya kamu kena kuasai betul-betul bahasa arab di sini. mungkin lepas ni kamu semua perlu mencari orang arab, bergaul dengan mereka, atau sesama kamu saling bertukar-tukar kalimah ". pesanan pertama Dr Tolib.

" kedua, ikhlaskan niat kome belajor. bila Dr bagi wajibat, sila siapkan. balik rumah ulangkaji semula apa yang telah kamu pelajari. kalau tak faham, pergilah jumpa dengan Dr dan bertanyakan apa yang kamu tidak faham, diorang ada ja masa lapang untuk kome.
salah satu perkara yang saya nampak adalah kabanyakkan dari kalangan kamu muaadal(pointer)nya lemah. mungkin lepas ni kamu harus pertingkatkan lagi, banyakkan mengulang kaji. ini tidak, lain pulak yg jadi, kalau  kamu call orang  tu lebih lama lagi dari kamu menelaah kitab, dengan facebooknya sampai ke pagi. tapi waktu membaca kitab? maktabah pun tak pernah pergi. inikah yang sikap seorang pelajar yang datang dari jauh menuntut ilmu. balik Malaysia nanti akan atau ke negara masing-masing menjadi qadhi, hakim, imam masjid dan sebagainya. bila ada orang bertanya hukum itu, hukum ini tak kan kamu akan kata saya tak tahu". fuhh, kali ni memang pedas jugak lah terasa.^^

" perkara ketiga yang saya nak ingatkan kamu. kehadiran kamu ponteng kelas adalah banyak. jangan lah membuang masa, penuhilah masa yang kamu ada dengan menelaah kitab-kitab, selalu kunjung maktabah, manfaatkan masa kamu di sini."

Dr Abdullah Azzam

" apabila kita datang ke sini menuntut ilmu, tuntutlah dengan sebaiknya, dan rajin-rajinlah ke berkunjung ke maktabah(perpustakaan), banyak manfaat yang kamu boleh dapatkan di sana, malah kami sendiri pun selalu ke sana, Dr Abdullah dan lain-lain. maktabah kita semua ada kat sana dan boleh dikatakan maktabah kita adalah diantara yang terbaik. jadi, rugilah kalau kamu semua tidak menziarahi ke sana. segala-gala ilmu yg kamu hendak tahu ada di sana semua"

" kedua, latihlah diri kamu supaya melazimi bercakap bahasa arab walaupun sesama kamu. kalau ada yang tak faham boleh bertanya kepada kawan sesama kamu yang faham. "

" seterusnya ilmu yang kamu dapat di sini bukan terhenti dalam kelas sahaja, atas kertas peperiksaan semata-mata malah kamu harus peraktikkan dalam kehidupan kamu dan ini adalah salah satu cara supaya kamu susah nak lupa akan apa yang kamu pelajari dalam kelas. andai kamu hanya belajar sekadar dalam kelas sahaja pasti kamu akan mudah lupa. pelajar ilmu itu untuk beramal, beramal untuk semakin dekat dengan Tuhan.sekian".

Dr Tolib Surairah

" semuanya telah dipesan oleh murabbi sheikh besar kita tadi maka saya hendak peringatkan supaya anda berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan muaaddal(pointer) antum. belajar rajin-rajin dan bersungguh-sungguh seperti yang telah dipesan oleh Dr Abdullah tadi".

" kedua saya nk kamu semua tolong jaga kehadiran kamu ke kelas. sebabnya ramai orang luar negara banyak yang tidak hadir ke kelas. tolong cakna akan perkara ini"

----- pesanan ketiga ana tak ingat Dr cakap apa-----

" keempat dalam kamu mempelajari Al Quran di dalam kelas sebenarnya tidak cukup. kamu harus mencari inisiatif untuk mempelajari al-Quran di luar kelas, ziarah lah mana-mana Dr utk bertanya dan bertalaqqi dengan beliau". ujar beliau sebelum masuk kepada hal-hal berbangkit.


****************


itulah point-point yang Dr tekan kan pada kita semua. moga semua dapat ambil peringatan akan pesanan-pesanan Dr. bagi ana sendiri rugi lah sapa-sapa yang tak pergi semalam (bg yg xda apa2 kerja). rasa bagai hati diketuk sedar supaya ikhlaskan niat dan jelaskan matlamat kita semula datang ke sini.
hati saya sudah diketuk, anda ??

sama-sama cakna akan info yg beredar di fb dan group kita.

dan ini info yg penting utk semua ahli rakyat Mu'tah dalam dua tiga hari ini
" Maaf mengganggu semua..

Mohon INTABEH pada semua warga INSPIRE.

Semua hebahan maklumat mengenai program, kuliah tafaqquh, makluman keselamatan, dan sebagainya akan di maklumkan melalui saluran media massa iaitu FB.

Justeru itu, ana mohon pada semua agar sentiasa folow up atau bahasa mudahnya 'ziarah2' di group PERMATA dan juga group ini. Paling tidak pun dalam sehari mesti ziarah ok^^.

Hal ini bagi mengelakkan antum dari kelewatan menerima maklumat @ tidak tahu langsung mengenai perkara yang berlaku pada sekeliling antum.

Segala kerjasama ana dahulukan dgn jzkj.."

No comments:

Post a Comment