Wednesday 7 November 2012

fuhh, kalau perempuan GERAM...



"saya punya hidup saya punya pasal lah, awak jangan masuk campur! " tinggi suara seorang isteri depan suaminya, hangin satu rumah (bukan angin, sbb dia geram sangat sbb tu jadi hangin tu^^).
walhal si suami tu hanya tersilap sikit je. sebab guna ubat gigi, pastu bahagian atas ubat gigi tu jadi kempis. jadi si isteri ni terpaksalah tolak isi ubat gigi dari bawah utk digunakan.
hanya kerana tak tolak ubat gigi naik ke atas ja naik hangin.mintak cerai.

" saya tak kira, dah banyak kali abang jadi macam ni. saya dah pesan banyak kali dah. saya dah tak tahan dah bang, saya nk abang ceraikan saya jugak !" hal kecik ja, dah nk minta cerai. mudahnya macam tu ?

" ala, hal kecik ja pun yang". pujuk si suami.

" saya tak kira, saya dah tak tahan dengan abang. saya nak abang ceraikan saya jugak".si isteri tetap berkeras kepala. pening kepada si suami mencari jalan keluar.

cerita kakak ana akan pengalaman teman-temannya yg dah berkahwin. bermacam ragamnya. kira kalau buat novel pun sedap di baca, tapi apakan daya, diri ini tak pandai nk menulis.

'susah benor hidup dalam rumah tangga, rasa macam malas nk kahwin ja'. bisik ana.

sebab tu perkahwinan bukan sekadar berkongsi gembira. tapi saat pasangan kita tu susah dan senang mesti dihadapi bersama. kehidupan kita adalah kehidupan dia, dan kehidupan dia adalah sebahagian juga dari kehidupan kita.
kalau nk difikirkan kembali hidup kita ni lebih lama dengan pasangan kita berbanding dengan mak ayah kita.

katakan kita umur 20. cuba kita lihat, bermula kita lahir ke dunia, dijaga, dibelai dan dimanja sehinggalah sekarang, mak dan ayah kita yg menjaga kita. then, bila kita dah besOr sikit, masuk ke alam pekerjaan pula. pastu kalau rezeki cepat, kahwin. kira-kira dalam umur 25 macam tu fasa perkahwinan. biasanya kita hidup sampai umur sampai 50 tahun dan lebih. ok.

jadi baki dari umur kita tu, kita akan bersama dengan pasangan kita. malah kalau kita fikir-fikirkan lagi, tolak dengan umur kita start baligh. berapa tahun yg kita betul-betul hidup bersama dengan mak ayah kita berbanding dengan pasangan kita?

soal memilih pasangan bukan semudah buat cucoq kodok (kuih kodok pisang), tapi ia soal kehidupan. oleh sebab tu kita perlu jelas asbab kita memilih pasangan hidup kita dan matlamatnya sekali supaya bila timbul masalah dan krisis, kita dapat kembali kepadanya.
JELASKAN MATLAMAT DALAM MEMILIH PASANGAN *(^_^)*.

sebelum saya terlupa, tahniah pada sahabat ana kerana bakal pulang ke Malaysia untuk berkahwin tahun hadapan. TAHNIAH KAMI UCAPKAN DARI TEMAN-TEMAN SEPENGAJIAN DI MU'TAH. moga perkahwinannya bersama dengan pasangan pilihannya itu diberkati dan kekal sepanjang hayat sampai ke syurga. amin ya Rabb.


" بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما بخير " :)


~ sahabat dari teman sepengajian menuntut ilmu,





1 comment: