Wednesday 21 November 2012

PANAS! JANGAN BOIKOT PRODUK ISRAEL



''boikot produk yahudi dan zionis ini satu langkah yang bodoh lagi tidak bertamadun, 
ekonomi kita juga yang terjejas nanti, anak anak muda negara kita akan hilang peluang
pekerjaan. lagi pun adakah berkesan kepada mereka kalau kita yang boikot???
ramai lagi yang masih pakai produk mereka, satu dunia" - Menteri APCO (yang terima bayaran 77 Juta dari Malaysia)

arakian maka tersebutlah sebuah kisah dimana Nabi Ibrahim a.s dibakar di dalam api yang 
amat besar lagi panas serta merah menyala oleh Raja Namrud atau Hamurabi.  sayembara
melihatkan kejahatan Raja Namrud itu, seekor burung kecil oleh kerana rasa sayangnya kepada
kekasih Allah s.w.t iaitu Nabi Ibrahim a.s, 

ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnya yang kecil dan dititiskan keatas api 
yang besar itu. perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung burung besar yang 
lain yang lebih gagah perkasa kuat dan hebat.

hatta berkatalah raja burung itu tadi dengan mengejek ngejek "usahamu itu hanya sia sia saja, 
api yang besar itu tidak mungkin terpadam dengan setitis air itu".

lalu burung kecil itu membalas, "aku percaya bahawa Allah s.w.t tidak akan menanyakan kepada
ku sama ada api itu berjaya di padamkan atau tidak, tetapi Allah s.w.t pasti akan bertanya apa
yang telah aku usahakan untuk memadamkannya."

dari sejarah itu, walaupun anda seumpama burung kecil tersebut, dalam usaha memerangi 
zionis laknatullah ini, siramlah walau setitis air untuk memadamkan keganasannya. carilah 
bukti dan saksi keprihatinan kita terhadap nasib umat islam di hadapan Allah s.w.t nanti. 

jika ingin di bandingkan dengan pengorbanan nyawa oleh saudara kita di Palestine itu, 
apalah seksanya sangat untuk kita menahan diri kita daripada godaan seketul ayam goreng dan
satu cup pepsi. ubahlah malaysia sekarang tumbangkan Barisan Nasional agar dapat kita
memerangi zionis israel dengan lebih mudah dan terbuka. 

REFERENCE : ERAPASCA


No comments:

Post a Comment