Monday 24 December 2012

HARGAILAH SEBELUM ANDA TIDAK BERHARGA



Bila bercinta tandanya suka, bila sakit tandanya mengaduh, bila kecewa tandanya menangis. segala-galanya ada tandanya. namun bila hati terluka, tambah pulak jika air mata itu kerana seseorang, yang tidak menghormati kita sebagai bakal suaminya. dia suka menyembunyikan banyak perkara daripada ana. jarang sekali dia menghormati ana. ana tak minta dia buat lebih-lebih, ana pun tidak suka.ana pun faham soal syariat. memadailah sekiranya dia mampu menghormati ana tapi .....". kalamnya terhenti di situ. luah teman saya yang akan pulang ke Malaysia untuk berkahwin tidak lama lagi. sedih, tersentuh.


seakan dapat memahami isi hatinya. tapi apakan daya.

duhai wanita,
Hormatilah seseorang yang cuba menghormatimu. Hargailah mereka selagi anda masih berharga di matanya kerana jika tidak pasti anda akan hilang nilainya. Bukan meminta supaya melanggar syariat, tetapi berilah HORMAT. hormatilah dan hargailah orang yang menghargaimu sebelum dirimu benar-benar TIDAK BERHARGA DI MATANYA!

" temanku, manusia sememangnya tidak mampu menghargai. sebab itu ana sarankan anta meletakkan dalam diri anta prinsip perkahwinan bukan untuk menerima tetapi untuk memberi. jika tidak mampu memberi kerananya, memberilah kerana Allah". kesian pun ada. apakan daya saya, hanya mampu memberikan kata-kata semangat padanya.

wanita yang solehah pastinya mampu membezakannya yang mana syariat dan yang mana adat. Antara hormat, hargai dan ego. Buktikanlah yang anda benar-benar menghargainya jika benar anda ikhlas menerima dia dalam hidupmu!

saban hari saya menjadi 'Dr cinta' kepada 'pesakit-pesakit' di sini. Tidak kurangnya dengan tugas sampingan sebagai ejen pencari jodoh. hehe *(^_^)* ~siapa yg terasa tu jangan marah ye.^^

Hendak bercinta di awal usia jalannya bukan mudah kerana jika bercinta andai masanya belum tiba, takut  kau derita ketika kau belum sempat bersedia. sangat pedih. tambah pulak orang yang kita cintai itu tidak mencintai mahupun menghargai kita. terkadang hanya air mata sahaja pengubat rasa duka dan kecewa.

"air mata kadangkala lebih berharga daripada senyuman,kerana senyuman boleh diberikan kepada sesiapa sahaja. Tetapi tangisan dan air mata hanya boleh dititiskan kepada orang yang tersayang. Menangislah jika perlu menangis. kerana Allah ciptakan air mata adalah sebagai 'alkali' untuk meneutralkan 'asid' yang mengikis sedikit demi sedikit kebahagiaan di hati kita", pesan naqib ana.

itu soal CINTA muda mudi, tetapi soal iman? apa tanda kita jauh dari Allah?

pesan guru ana ketika dalam perjalanan ke sini. antara kita jauh dari Allah adalah apabila kita ada ilmu tetapi kita tak mampu untuk beramal dengan ilmu yang kita ada.
Kedua, bila kita ada ilmu dan mampu beramal, tetapi kita tidak ikhlas walau sedikit pun.  mahu sahaja semua orang tahu segala amal kebaikkannya digembar-gemburkan.
Ketiga. apabila kita bersama-sama dengan orang-orang yang soleh, sedikitpun kita tidak terasa kenisan yang terpancar dari hati mereka.

berapa kali kita menangis kerana Allah? berapa kali kita kecewa kerana diturutkan hawa nafsu kita berbanding soal cinta?

ampunkan kami hamabMu ini ya Allah...


16 comments:

  1. bagaimana ya nak bezakan antara hormat,hargai dan ego?

    ReplyDelete
  2. izinkan sy bagi pendapat ye...

    kenapa perlu diteruskan perkawinan kalau sudah tidak ada hormat? jika sebelum kahwin sudah tak hormat, mana mungkin selepas kahwin perempuan itu akan tunduk hormat pada suami. ini juga berkaitan maruah si suami.

    menghargai pula cerita yang lain. jika si perempuan tidak dapat menghargai suaminya, mungkin kerana tiada cinta pada si suami. tapi, jika dia mampu menghormati... maka, pada ketika itu suami boleh memberi tanpa menerima. jika si suami sanggup.

    apa2pun, perkahwinan tu perlukan kematangan kedua belah pihak. bercinta dan berkahwinlah keranaNya. kerana kita akan hidup dengannya mungkin lebih lama banding hidup dengan ibu dan ayah.

    terpanjang dan terskema. hohoho.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sangat dengan cinta Ilahi !
      tapi dipendekkan cerita memang tak boleh ubah dah. dan dia pun sanggup terima cabaran andai itu jodohnya.
      err...no komen. susah nk cakap ^^

      Delete
    2. huw... sedihnya. T_T
      berat kot masalah ni kalau berkaitan dgn hormat. sekalipun suami lebih muda dari isteri, seorang isteri kena hormat pada suami. sebab tu suami...

      saya pernah dgr kes macam ni yang mana isteri hilang rs hormat pada suami. awal-awal suami memang boleh tahan, tapi akhirnya bercerai juga.

      selagi boleh halang, halanglah. after all, prevention is better than cure kan..? tp andai kata itu kesimpulan empunya diri, semoga bahagia lah diucapkan. :)

      Delete
    3. setuju gn kak cinta.. moga Allah berikan pilihan yg Terbaik bg mereka ..:)

      Delete
  3. betul tu...tanpa hormat,masakan hidup kan bahagia.. syurga seorg isteri kan di bawah tapak kaki suaminya... bercinta biarlah sampai ke syurga... :) apa pun,nice story..hohoho..mungkin slps kahwin,akan lbih matang dalam mengemudi keegoannya.. :)

    ReplyDelete
  4. alangkah indahnya air mata yang jatuh dr taubat dosa-dosa yang dilakukan...moga kita tidak tergolong dikalangan manusia yang sia2...

    klu mencintai manusia kerana ALLAH..tiada istilah 'kecewa' atau bersedih hati dalam diri...kerana dia yakin dengan ketentuan dan takdir ALLAH kpdnya...itulah orang selalu katakan disamping kita usaha kita harus bertawakal (menyerah diri pd Sang Pencipta)..agar pengharapan kita xlain xbukan hanya kepadaNYA...bukan kerana manusia!

    ReplyDelete
  5. pada pendapat saya hormat ini adalah dengan cara kita meraikan apa yg dia kehendaki dengan berpaksikan syariat. misal kata jika dia mahukan sesuatu, maka cubalah tunaikan. ini sebagai bukti kita 'respect' dia.

    hargai ini pula adalah kita mengangkat ke tahap apa yg lebih tinggi akan apa yg dia lakukan pada kita. misalnya kita berterima kasih atas apa yg dia lakukan pada kita. lanjutannya boleh rujuk dalam buku "cinta high class" karangan Dr Farhan hadi dan ustazah Fatimah syarha.

    ego ini pula adalah kita hanya memikirkan kehendak kita tanpa kita memikirkan perasaan kita dan orang lain. kalau boleh hanya apa yg dia hajatkan sahaja ditunaikan. orang lain tidak diambil kira pun.

    ~sekadar pandangan

    ReplyDelete
  6. hm.. nak bagi pandangan cikit... kirenye "akhowat" tu x meraikan apa yang syabab tu kehendaki dengan berpaksikan syariat?
    bagi ana la, kalau akhowat tu x hormat, thats mean mesti ada sesuatu yg telah berlaku yg menyebabkan die hilang "respect"..

    ReplyDelete
  7. Kalau awak di tempat kawan awak 2,apa awak akan buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ceritanya panjang dan tersepit. cuma satu sahaja yg saya akan lakukan, saya akan istikharah dan istisyarah. kalau dia baik agamanya dari segi istisyarah orang sekitarnya dan orang ramai yg menegenalinya. saya terima kerana masa perkahwinan sudah hampir. sekiranya sebaliknya. saya tidak pasti macam mana.
      pilih wanita itu adalah memilih ibu untuk generasi Islam yang akan datang. kerana ibu adalah 'sekolah' terbaik buat anak2 kita.wallahu'alam.

      Delete
    2. jika suatu hari nanti, ustaz tersepit seperti kawan ustaz ni, mungkin ustaz boleh ingat balik time tu nasihat ana ni. tapi, ana berdoa tak ada benda mcm ni jadi kat ustaz.

      bagi ana, masalah hormat dan seumpama dgnnya amatlah berat. kalau dari sekarang dia sudah menunjukkan rs x hormatnya, esok lusa setelah kahwin apatah lagi. bagi ana, lebih baik diputuskan terus hubungan ini sebelum kahwin.

      ya. akan malu. tapi, sekejap sahaja. nak dibandingkan dengan penceraian dan kemusnahan yang akan berlaku akan datang. macam ustaz cakap, ibu adalah sekolah bagi anak2. mahukah kita melihat anak2 melihat ibunya tidak hormat pada ayah?
      dan mungkin si anak pun akan tidak hormat pada ayahnya.

      maaf lah tetiba tersibok plak. tapi, bagi ana hal kahwin bukan hal sehari dua. tapi hal seumur hidup. ni hanya pandangan ana. sorry.

      Delete
    3. terima kasih cinta Ilahi atas pandangan.

      Delete
  8. Semoga Allah memudahkan urusan sahabat Ustaz.Allahu yusahhil.

    ReplyDelete