Allahu akbar! Ini puisi yang disampaikan sebentar tadi oleh Bro Afdlin Shauki. dimulakan dengan ta'awuz.
MATA KECILKU Nukilan : Ammu Afdlin Shauki aka Abu Miasara
Kau buat mataku kecil Kau buat badanku besar Kau sayangkan aku
Kau buatku serba kekurangan Supaya aku berusaha mencari kejayaan Kemudian kau limpahkan dgn kesenangan Kau sayangkan aku
Aku leka dengan hidup dunia Tiada syukur tersemat didada Hari hari bergelumang dosa perhubungan kita tidak ku jaga seperti seorang anak tak mengenang jasa Kau sayangkan aku
Aku yg sudah hanyut jiwaku Rasa tak layak lagi bersamaMu Sangkaku tertutup sudah pintu kemaafanMu kerana ke-alpaan diriku Kerana kebodohan diriku kerana keangkuhan diriku Kerana ku butakan mata kecilku "Masihkah Kau sayangkan Aku?"
f16 Israel membedil Gaza Kau sayangkan aku
Bom Bom Israel mencari Syuhada Kesengsaraan di tanah Gaza Kehancuran merata- rata Kezaliman yg tak terkata Kau sayangkan aku
Kemanusiaan membawaku ke sana Kau permudahkan segala cara Walaupun debar menggoncang dada Kau beri ku kekuatan minda Selamat perjalananku ke Gaza Agar akhirnya dapat ku guna Mata yang lama tak bercahaya Kerana hanya mengejar dunia Kau Sayangkan aku
Mataku melihat, runtun hatiku bukan kerana kematian dan kesusahan di situ Gaza tanah barakahMU walaupun semuanya kelabu Dipenuhi oleh kekasih-kekasihMU Yang tidak pernah menyoal cintaMU Yang tak pernah menyalahkanMU Walaupun apa saja kesusahan yang kau beri Kesyukuran tak pernah meninggalkan hati Semua kekasih kekasihMU itu merindui Bersamamu di Jannah nanti
Air mata berlinangan dari mata kecilku Melihat Ketenangan wajah kekasihMU Melihat Keberanian jiwa kekasihMU Melihat keredhaan hati kekasihMU Melihat ketaqwaan hidup kekasihMU
Senyum kekasihMU penuh cahaya Senyun terukir walaupun duka Senyum di beri tak memilih siapa Senyum penuh kesyukuran padaNYA
AKu terduduk, terdiam melihatnya Mata aku berkelip tidak percaya, tidak pernah aku melihat sepertinya Adakah aku dibumi nyata ataupun menghampiri ahli-ahli syurga
Palestin bergolak atas keizinanMu Kau mahu Palestin menjadi guru Pelajaran bagi semua umat MU Menyuluh jalan pulang padaMU
Aku meminta pengampunan dariMu Ya Allah Kerana setelah semua yg aku laku kau masih sudi membuka mataku kau masih sudi mahu bersama ku Kau masih sudi sayangkan aku Kau sayangkan aku
Aku bersyukur dan merasa rendah kerana diriku yang masih kau endah Akan ku balas cintamu dengan seluruh jiwaku dengan badan besarku dengan seniku, dengan jenakaku, dengan akalku dengan mata kecilku yang kini melihat kebesaran Mu kekuatan Mu, Ke BijaksanaanMu, PengampunanMU Cinta Mu yang memang tidak ada seteru. Semua yang ku lakukan kini kerana Mu
UntukMu inginku menjadi Qalam Akan aku ceritakan kebesaranmu kepada sekian Alam Akan ku sampaikan kasih mu yg sangat mendalam Ya aku, Budak gemuk yg 120kg ni... ISLAM.
No comments:
Post a Comment