Saturday 1 December 2012

KETIKA CINTA BERTASBIH


exam dah tak lama lagi dah. maka aku mempersiapkan diri dengan disiplin yang baik untuk membaca buku. kalau tengok balik sejarah kami (lelaki) biasanya malam exam baru sibuk nak buka buku. baru nk tanya tajuk mana masuk periksa. ada yang lagi best,

" hah?? esok exam ka?", dah malam exam pun sempat tanya exam ke tidak - cerita zaman sekolah maahad dahulu. zaman muda-muda. senario sekarang pun lebih kurang ja -lelaki^^

satu lagi cerita, sedang saya berjalan dengan seorang teman saya yg sepengajian ketika di Maktab Mahmud Pendang, selepas berhijrah dari Maktab mahmud Alor Setar. Syukri namanya. kami berjalan manaiki tangga ke dewan pepriksaan, sambil menghafal tanpa melihat tangga mahupun melihat orang hadapan. tiba-tiba  abang saya menegur kami ketika hampir dengan dewan peperiksaan,

"ish, kalau pulun macam ni ka dari awai taun ka noo..." perlinya pada kami berdua ^^. memang terasa pedasnya kottt.

itu kisah lama dan zaman muda-muda dahulu. bila dah datang jauh ni kena ubah lah sikit. usia makin lajut, badan makin membesar (dah makin gemuk dah rasanya^^). takkan akal dan sikap masih tak ubah-ubah.
ya! mesti kena ubah kan..

ketika sedang  saya menelaah kitab jami' ulum wa ahkam, saya terdengar  skrip drama yang saya sangat suka dalam sebuah video yang pernah meleptOb di Indon dan Malaysia suatu masa dahulu.

AYAT-AYAT CINTA...

saya pun bergegas ke tempat teman sebilik saya yg sedang menonton cerita tersebut. time tu Fahri dah pun kena penjara.

" Allah sedang menguji mu. masih kah ingat akan sirah Nabi Yusuf yang terpenjara kerana fitnah wanita. kerana ujian Nabi Yusuf lebih sanggup terpenjara kerananya.  kata Nabi Yusuf yg dirakamkan dalam al-Quran,

Yusuf berkata,"Wahai Tuhanku! Penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakam mereka. jika aku tidak kau hindarkn daripada tipu daya mereka, nescaya aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginana mereka) dan tentu aku termasuk orang yang bodoh" .yusuf  :33

macam tu juga kita dalam kehidupan, ujian itu lebih baik daripada hidup dalam nikmat yang hanya melalaikan dan menjauhkan diri daripada Allah. lebih baik hidup dalam ujian.

"bukan senang abang...",

ya! bukan senang tetapi tidak bererti ianya sukar dan mustahil. nasihat pakcik dalam cerita tu kepada Fahri ketika dia dalam penjara.

"hadapilah ujian dengan dengan SABAR dan IKHLAS kerana bila kita menerima ujian, itu tandanya Allah sedang mengujimu".
"SABAR DAN IKHLAS", pesan lagi pakcik tu pada Fahri.


sudah lama rasanya tidak menonton cerita itu. usai sahaja Fahri dibebaskan daripada tuduhan memperkosa, saya pun kembali ke meja study saya. menyambung bacaan kitab saya yang belum di habiskan. rindunya pada video-video dan drama tarbiah ^^

ayat-ayat cinta ~ ...


No comments:

Post a Comment