Monday 17 December 2012

kasih seorang ibu


Sejuk. dataran syam sekali lagi menerima kunjungan tetamu syitak. pada masa inilah iman bisa teruji, pada masa ini para penuntut ilmu masuk ke rebana masing-masing memeram dalam selimut yang tebal, tilamnya yang empuk. pemanas atau lebih dikenali dengan sobah menjadi teman setia di musim sejuk. cakapnya berasap mulut bak lohong kereta api. sejuknya air pun bukan main lagi. apakan daya semua itu adalah pengalaman-pengalaman yang mencabar harus ditempuhi.

nak kentut pun kene fikir dua kali, percaya tak? tak sanggup nak ambil air sembahyang banyak kali. sejuk!
mahu sahaja wuduk zohornya sampai ke isyak.

setelah badan mula terasa penat, kawasan pinggang mula terasa lenguh-lenguh. Takrir dan bahas atau assignment ku biarkan dia menemani di muka skrin laptop. kalau terus menerus menghadap laptop mana tak penatnya?
skrin internet ku 'minimize'kan. mataku terarah pada satu 'sound klip' yang ku simpan di laman hadapan dekstop.

'ah, ini rakaman yang aku curi-curi rakam semasa berbual dengan ibu dahulu', sengaja aku merakamnya bagi mengingatkan diri yang sangat mudah alpa dan mudah teralih fokus. satu persatu ku hayati kata-kata ibuku sebelum aku menjejakkan kaki ke bumi syam ini.  penuh pesan, padat dengan peringatan dewasa ini buat diriku. terima kasih ibu!

ukhuwah dengan  ibu masih lagi hangat walau badai kesejukan tak henti-henti memecah bingkai tingkap dan pintu rumah, namun  masih kuat, masih terasa kehangatan pesanannya. sangat berguna di musim syitak ini.
ternyata kalam seorang ibu itu lebih mujarab dari penawar!

buat teman-teman sepengajian,
kasih ibu. ah, sukar sekali untuk diterjemahkan. hendak dibalas jauh sekali. dikala kita lupakan ibu, dia sering mengingati kita dalam tikar sejadahnya, dikala kita melupakannya dia pula tak henti-henti mendoakan anaknya di sini, kita sibuk  mengira keseronokkan kita di sini, dia disana resah memikirkan akan diri kita.

pastinya ibu ayah membayangkan anaknya kesana dan kesini anaknya mencari air ilmu di padang sahara syam, mengharapkan baja yang ditanamnya selama ini memberikan hasil pada penat lelahnya selama membesarkan. tapi hakikatnya kita?? ~ apa jawapan teman-teman. tepuklah dada, tanya diri sendiri.

hargailah dan fahamilah hati dan jiwa menjadi seorang ibu dan ayah kepada seorang anak kerana kelak kita pula akan berada di tempat mereka~insha Allah. dan disaat itu rasailah dan hadapilah jalan yang mereka pernah lalui dengan kita disaat kita yang sangat 'nakal' suatu masa dahulu.

"mak, saya nk RM2000", senangnya anak minta. bukan sedikit nilainya. demi anak, naluri ibu dan ayah mana tidak mahu mengusahakannya. pada sangkaanya bahawa anaknya sangat-sangat memerlukan. tak mampu cukupkan wang dalam mata pencarian seharian, ibu ayah pastinya sanggup berhutang. hanya kerana seorang anak!

agak-agaklahkan, dewasa ini adakah ada seorang anak sanggup berkorkan se'sinergi' ibu dan ayah??!

remember, what you give, you get back!

aku bukanlah seorang yang baik, tapi marilah kita sama-sama menjadi seorang yang baik.
bait-bait kalam ibuku menjadi irama menemani malam nan indah dalam keasyikkan. aku tidur dan terus tidur, kan ku bawanya bersama dalam kembara mimpi ku~

terima kasih ibu, terima kasih ayah! *(^_^)*

6 comments:

  1. Allah~~hebatnya pengorbanan seorang ibu dan ayah...moga Allah merahmati mereka..

    ReplyDelete
  2. baru semalam called ummi. sejam lebih bercakap. macam biasa, sarat dengan nasihat. padu!

    tersentuh bila ummi cakap, setiap malam ummi solat hajat mendoakan sy. ummi nak anaknya ini dapat ilmu yg bermanfaat untk diri sndr dan org lain. ummi tak pernah lupa...

    sekarang ummi tengah sakit. doakan kesihatan ummi ye. ^^ sakit-sakit pun, masih kuat utk solat hajat mendoakan sy.

    pengorbanan ibu tiada galang gantinya. put urself in her shoes n u will know how it feels to be a mother.

    rindu ummi ^^

    ReplyDelete
  3. kasih ibu dpt menyelamatkan seorg anak drpd masok ke neraka

    ReplyDelete
  4. oh ! rindunya pada mak ! terima kasih mak !

    Jangan Lupa Follow Me...

    http://akaahaara.blogspot.com/2012/11/oh-ibu-jantung-hatiku.html

    ReplyDelete
  5. sayangilah mereka sepenuh hatimu...tanpa mereka siapalah kita kan.. :') walau apa yang berlaku,mereka tetap ibu dan ayah kita yang sanggup berkorban apa sahaja untuk melihat kebahagiaan anak2 mereka...usah sia2kan mereka...semoga menjadi anak yang soleh.. :)

    ReplyDelete
  6. sayang mak n abah ~
    tak trbalas jasa mak abah TT^TT

    ReplyDelete