Monday 9 September 2013

Dia inspirasi belajarku



Saya terinspirasi dari seorang senior yang faqih dalam mazhab yang empat. Bahkan beliau turut mahir dan bidang usuluddin walaupun beliau graduan dalam jurusan Fiqh dan Usul. Sekarang beliau sedang menulis sebuah buku bagi membetulkan salah faham aqidah. Bukan itu sahaja, Doktor di Kuliah Sastera Bahasa Arab pun kenal beliau kerana kemahiran bahasa arab yang tinggi beliau miliki.

Doktor di kuliah syariah apatah lagi? Dalam maklumat saya, beliau dijemput oleh seorang Doktor untuk mendengar pembentangan master di sini. Bukan senang di dunia arab untuk mendapat penghormatan dari Doktor semacam itu!

Mengkagumkan bukan?

"Assalamualaikum akhi, nampak macam penat je." Tegur aku semasa aku sekelas dalam subjek Sohihain - 40 Hadis Imam Nawawi.

"Erm, macam tu lah. Rasa pun macam tu jugak. Ana tak sempat nak tidur semalam." Ujarnya.

"Hah?? Anta buat apa?" Soalku.

"Semalam ana membaca kitab sikit, kemudian sedar-sedar dah hampir jam 3 pagi, maka ana pun bersahur dan langsung terus membaca sampai ke subuh. Lepas subuh ana sambung baca sikit lagi, pastu terus datang kelas. Sebab itu nampak macam penat sikit nih." Jelas beliau.

Ketika tu musim panas di sini. Jam 3.45 a.m dah nak masuk waktu subuh. Malamnya singkat, siangnya panjang sehingga puasa kami mencecah 16 jam sehari.

'Baca kitab sampai tak sedar dah nak masuk subuh?' Kebiasaannya orang baca 4 ke 5 helai pun dah rasa mengantuk semacam, tapi dia baca sampai tak sedar-sedar!

Dahsyat!

'Lepas subuh baca sikit lagi?' Kalau nak dikira, lepas subuh dari jam 4 pagi sampai jam 8 pagi waktu kelas dia membaca, dia boleh kata "baca sikit", 4 jam kot dia baca kitab!

Dia yang faqih pun baca tak henti-henti sampai ke pagi, aku apatah lagi. Maka aku kuatkan azam ku untuk pergi lebih jauh darinya, Insha Allah !


Sesekali aku aku belajar, aku akan bertemankan Radio IKIM.fm yang ada dalam smart phone aku bagi memecah keheningan malam. Banyak pengisian yang aku dapat dari siaran ini.

Apa yang pasti, aku akan belajar bersungguh-sungguh. Berjaya atau tidak itu serah pada Allah. RezekiNya ada sahaja di mana-mana.

Senior itu pasti dan pasti akan terus menjadi inspirasi aku.

MUMTAZ BUAT IBU AYAH, NAJAH BUAT UMMAH!