Monday 9 September 2013

Dia inspirasi belajarku



Saya terinspirasi dari seorang senior yang faqih dalam mazhab yang empat. Bahkan beliau turut mahir dan bidang usuluddin walaupun beliau graduan dalam jurusan Fiqh dan Usul. Sekarang beliau sedang menulis sebuah buku bagi membetulkan salah faham aqidah. Bukan itu sahaja, Doktor di Kuliah Sastera Bahasa Arab pun kenal beliau kerana kemahiran bahasa arab yang tinggi beliau miliki.

Doktor di kuliah syariah apatah lagi? Dalam maklumat saya, beliau dijemput oleh seorang Doktor untuk mendengar pembentangan master di sini. Bukan senang di dunia arab untuk mendapat penghormatan dari Doktor semacam itu!

Mengkagumkan bukan?

"Assalamualaikum akhi, nampak macam penat je." Tegur aku semasa aku sekelas dalam subjek Sohihain - 40 Hadis Imam Nawawi.

"Erm, macam tu lah. Rasa pun macam tu jugak. Ana tak sempat nak tidur semalam." Ujarnya.

"Hah?? Anta buat apa?" Soalku.

"Semalam ana membaca kitab sikit, kemudian sedar-sedar dah hampir jam 3 pagi, maka ana pun bersahur dan langsung terus membaca sampai ke subuh. Lepas subuh ana sambung baca sikit lagi, pastu terus datang kelas. Sebab itu nampak macam penat sikit nih." Jelas beliau.

Ketika tu musim panas di sini. Jam 3.45 a.m dah nak masuk waktu subuh. Malamnya singkat, siangnya panjang sehingga puasa kami mencecah 16 jam sehari.

'Baca kitab sampai tak sedar dah nak masuk subuh?' Kebiasaannya orang baca 4 ke 5 helai pun dah rasa mengantuk semacam, tapi dia baca sampai tak sedar-sedar!

Dahsyat!

'Lepas subuh baca sikit lagi?' Kalau nak dikira, lepas subuh dari jam 4 pagi sampai jam 8 pagi waktu kelas dia membaca, dia boleh kata "baca sikit", 4 jam kot dia baca kitab!

Dia yang faqih pun baca tak henti-henti sampai ke pagi, aku apatah lagi. Maka aku kuatkan azam ku untuk pergi lebih jauh darinya, Insha Allah !


Sesekali aku aku belajar, aku akan bertemankan Radio IKIM.fm yang ada dalam smart phone aku bagi memecah keheningan malam. Banyak pengisian yang aku dapat dari siaran ini.

Apa yang pasti, aku akan belajar bersungguh-sungguh. Berjaya atau tidak itu serah pada Allah. RezekiNya ada sahaja di mana-mana.

Senior itu pasti dan pasti akan terus menjadi inspirasi aku.

MUMTAZ BUAT IBU AYAH, NAJAH BUAT UMMAH!


Friday 23 August 2013

Gambar ini...






Takrif Al-Quran dalam Kitab Ulumul Quran yang disusun oleh Sheikh Fadhlu Hassan  Abbas, ada menyebut perkataan    [ المعجز]  yang memberi makna mukjizat. Antaranya maksudnya adalah ayatnya sedikit tetapi maknanya banyak dan meluas.

--perkataannya sedikit tetapi maksud tersiratnya banyak--

Gambar.

Untuk berkongsi dengan seseorang kita tidak perlu karang ayat bermuka-muka helai kertas untuk menceritakan apa yang tersimpan di hati. Sekeping gambar sudah memadai. Biarpun hanya sekeping namun di dalamnya mempunyai kisah 1001 cerita.

Cara manusia ingin menceritakan sesuatu dalam bentuk gambaran bukan perkara baru. Hal ini sudah sekian lama tercatat dalam sejarah. Misalnya ketika zaman purba Mesir yang melukis di dinding bangunan bagi menceritakan cara hidup, sejarah mereka dan lain-lain. Namun, fenomena ini kembali dipopularkan di facebook.

Kesemuanya ingin menggambarkan sesuatu di dalam hati.

Hebatnya gambar adalah kita dapat menceritakan sesuatu yang kita tak mungkin dapat ungkapkan dengan kata-kata.

Maka, terimalah sedikit coretan ringkas, gambar ini…

Gambar ini…

Gambar ini ada tersimpannya gula,
Pernah juga mengaris luka,
Bukan kerana insan-insan di dalamnya,
Cuma seribu ‘suatu cerita’ yang masih segar dalam kepala.

Gambar ini pernah menjanjikan jannati,
Berani menyahut cabaran di jalan Ilahi,
Namun hukum alam berkata patah tumbuh berganti,
Akhirnya, perginya tidak kembali.

Gambar ini, tempat ini, dan di sini,
Segalanya berlalu ...

Gambar ini membezakan aku dan dia, kau dan aku,
Betapa kerdilnya aku dengan hamba-hambaMu yang lain,

Allah… ~

“…. Jika demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, mudah-mudahan Allah kembalikan mereka semua kepadaku. Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha mengetahui, Lagi Maha Bijaksana.”
[ Suruh Yusuf : 83 ]

“Sekiranya Allah mengambil sesuatu yang kamu tidak jangka akan kehilangannya, yakinlah bahawa Allah akan menggantikan sesuatu yang kamu tidak jangka untuk memilikinya.”
--Kalam Sheikh Syaarawi--

Cerita itu tidak mudah dibawa angin masa yang mudah datang dan pergi. Padanya kisah sedalam dasar lautan.

Moga Allah membantu, Allahu musta3an.



Saturday 12 January 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat

saya berada di hujung sebelah kiri gambar (tengah duduk) 
ber'snow cap' putih.


JORDAN: Sebelum berlangsungnya Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Malaysia, para penuntut dan pekerja Malaysia di Jordan telah memberikan tanda sokongan mereka dengan berhimpun di sana.
Namun rakan-rakan mereka di Mesir bernasib malang apabila dari awal lagi mereka diugut akan dibuang sebagai pelajar jika berhimpun hari ini. Himpunan Bersih 2.0 tahun lepas telah memakan ramai mangsa termasuk seorang pelajar dipecat tanpa dapat menamatkan pelajaran.

Seusai solat Jumaat di Masjid Syuhada, Mahasiswa Mu’tah Jordan dari kalangan ikhwah dan akhwat berhimpun di dataran Tarawneh dalam keadaan masih bersalji dan cuaca bersuhu 4 celcius.

"Walau dalam keadaan sejuk, kami tetap kentalkan semangat untuk mengadakan himpunan ini tanda kecaknaan kami sebagai mahasiswa terhadap Malaysia," kata seorang pelajar Malaysia yang menuntut di sana.

Himpunan ini bertujuan menunjukkan sokongan mereka dari negara perantauan terhadap HKR.

Mereka menuntut lapan perkara iaitu
1) Menuntut pilihanraya adil dan bersih

2) Bebaskan tahanan ISA

3) Martabatkan bahasa ibunda

4) Menuntut pendidikan percuma

5) Selamatkan kampung warisan dan tradisi

6) Selamatkan alam sekitar

7) Pulangkan royalti minyak dan

8) Selamatkan Felda.

"Walaupun jasad kami tidak bersama untuk menyertai himpunan di Stadium Merdeka, tapi semangat dan iringan doa kami tetap bersama peserta himpunan di sana yang sama-sama mempunyai tujuan yang jelas dan jiwa anakmuda yang mahukan perubahan," katanya.

Perhimpunan ini berlangsung selama 30 minit disertai dengan ucapan daripada wakil mahasiswa dan diakhiri dengan doa wehdah serta laungan takbir.

boleh lihat video HKR Jordan di sini :

http://www.youtube.com/watch?v=CxGX_Gd7Ju0

sumber dari harakahdaily :

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/15892-warga-malaysia-di-jordan-juga-sambut-hkr112

Thursday 10 January 2013

pengalaman sajli : hari pertama

nak post di fb macam segan semua orang tengok walaupun ana yang minta pada saya suatu masa dahulu sebelum saya datang ke sini, jadi saya ambil pilihan nak post kat blog ja sebab blog ni kebanyakkan ataupun hampir kesemuanya saya tahu adalah orang-orang terdekat dengan saya dan yang kenal sahaja.

sukar digambarkan apa yang kami rasa apabila kami dikejutkan pada pagi 9 januari 2013 dengan desiran dan mutiara-mutiara salji yang putih gebu. sejuk, kebas dan 'takot' dengan air adalah perkara biasa di sini. sehinggakan ada yang sanggup buat 'tebiat', apa yang dia tak pernah buat di Malaysia, dia buat si sini.

agak jelek kalau diceritakan, tapi ia adalah sebuah kisah yang sangat kelakar. biarlah ia menjadi diari 'raja lawak mega' kami di sini.

pokoknya saya cuma nak kongsikan gambar-gambar kat sini ja ^^

bangun-bangun pagi buka tingkap dapur, dah penuh dengan salji dah, 

tapi yang akan saya fokuskan dalam post ni, macam mana nak buat snow man sebabnya masa hari pertama salji turun macam-macam perkara yg jadi dan menarik. nanti saya ceritakan pada post-post yang lain. inshaAllah.


dekat atas bumbung rumah
tengah kumpul-kumpul salji nak buat snow man...



kite orang kumpul2 salji dulu
ini fasa pertama salji, so tak banyak sangat lah. lepas tu baru banyak turun.




akhirnya bahagian bawah snow man dah siap dibina, bulat elok ja kan. 
siap peluk2 lagi ais tu, best kowtt! ^^

boleh buat 'superman' lagi .. (^_^)



bila kita orang nak sambung, tiba-tiba salji kedua nak turun, memang lebat dan memang menyakitkan jugak sebab masa ni salji yang turun bukan salji kapas, dia macam ala-ala frost sikit. so kami rest dulu lah dalam sejam sehinggalah salji habis. baru kami sambung buat snow man sampai lah siap^^



tadaaaa.....dah siap snow man yang kami buat.
hasil rekaan akram-syazuwan

akram - snow man^^

syazuwan - snow man 

Salji menebal. Suhu tahap gigil. Tangan membengkak. Perut cepat lapar. Elektrik selalu putus. Baju berlapis-lapis. Exam banyak lagi. Semangat study semakin merudum. Air di tangki membeku. Sakhonah kurang berfungsi dengan baik.

Bahkan macam-macam lagi !

Ujian anak perantau tatkala salji melanda.
Maha Suci Engkau Ya Allah.

Teringat kata-kata 'poyo' sahabat saya di Malaysia :

" Kalau cabaran kecik pon xleh nak tahan, buat malu je dengan org2 kampung "

Simple, namun berbekas !

Selamat bersalji rakyat-rakyat Malaysia Mu'tah !!!

~keluh sahabat saya^^

hari ni kami semu'tah tak dapat bekalan air paip sebab semua tangki tersekat sebab air dah beku^^
sekian dulu untul hari ini, nak tulis dan taip pun rasa macam keras dah tangan ni, nanti saya akan ceritakan lagi kehidupan di sini^^
insha Allah...


Assalamualaikum,

akram afifi
university  mu'tah jordan.


Tuesday 8 January 2013

banjir di Jordan di musim sejuk

inilah situasi kami di Jordan ketika ini...

jalan-jalan utama semuanya ditenggelami air. kereta-kereta pun banyak yang tersadai di bahu-bahu jalan.kalau banjir di Malaysia saya kira lebih ringan lagi dari banjir di Jordan ni, sebabnya air di Malaysia boleh tahan lagi dan boleh dibuat mandi dan main hujan lagi. namun air di Jordan, ambil wuduk pun kebas tangan, inikan pula banjir!
 tidak boleh dibuat mandi. tambah pula airnya tidak bersih , macam-macam penyakit kene nanti.
kalau musim sejuk sakitnya susah nak sembuh dari musim biasa.
rumah teman-teman saya pun habis ditenggelami air, laptop, handphone, kitab-kitab semuanya jadi almarhum belaka. Allah, Allah, Allah..ujian semua ni^^

kedai-kedai pun masuk air jugak, perniagaan pun makin merosok dan kerugian pun makin bertambah lah jawabnya. alahai manusia..ujian hanya secebis cuma, datang menyapa untuk ingat pada yang esa! ^^

kalau dahulu inilah penganggkutan kami tapi bila dah banjir macam ni...

inilah pengangkutan awam^^hehe

nak rasainya macam mana kami rasa, cuba pi di dalam swimming pool, pastu isi semua air tu dengan air ais, shower pun air ais jugak. lebih kurang tulah kami di sini^^

*ada masa nanti saya kongsikan hujan frost pulak dan salji di sini.

"bagai jakun jumpa dengan salji" = macam orang biawak jumpa dengan pelandOk :P

doakan imtihan saya dan sahabat-sahabat yang masih berbaki dan doakan juga kemaslahatan sahbat-sahabat saya di Amman Jordan kembali pulih. ~ ameen