ulama'soleh

AL ‘ALAMAH AL HABIB ABDULLOH BIN ALWI AL HADAD (SHOHIBUL ROTHIB ALHADAD)






BismillahirRahmaniRahim...selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasul tercinta,
mari kita mengenali ulama' dan habaib Islam.

kisah kali ini berkenaan Rothib Alhahad itulah salah satu Kitab Rothib yang disusun oleh Habib Abdullah bin Alawi bin Muhammad bin Ali Al-Tarimi Al-Haddad . Beliau dilahirkan di Subir kota Tarim Hadhramaut, yaman selatan tanggal 5 Safar tahun 1044 H bersamaan 30 JULI tahun 1634 Masehi. Sejak Kecil Beliau terserang penyakit yang mengakibatkan kehilangan penglihatannya (buta) Namun Alloh SWT telah memberi Nur pengetahuan dalam hatinya karena itu beliau belajar dengan menggunakan mata batinnya dengan para Ulama-ulama di Yaman, Rasa Ta’zhim beliau terhadap gurunya sangat luar biasa hingga beliau mendapat karunia keberkahan yang luar biasa.Beliau pernah berkata “ketika aku masih kecil, aku telah berusaha bersungguh-sungguh untuk beribadat dan melaksanakan berbagai mujahadah yang lainnya, sehingga ditegur oleh nindaku yang solehah bernama Salma binti Said Al-Wali Omar Ba’Alawi, supaya menjaga diriku. Dia sering berkata demikian jika ibadat serta mujahadah yang aku kerjakan terlalu berlebihan . Sebaliknya aku telah banyak meninggalkan mujahadah semenjak memulai perjalanan ini semata-mata menghargai hati kedua ibu bapaku yang amat prihatin terhadap keadaanku”.

Beliau lebih senang menyendiri disuatu tempat karena baginya buta mata yang diberikan Alloh kepada dirinya hanya untuk mengabdi kepadanya.Beliau sering mengunjungi dan berziarah dimaqom para auliya dan orang-orang soleh.Duduk disudut Masjid dan malam hari beliau sholat tahajut hampir disetiap masjid di kota tarim, beliau membaca Alquran dengan diiringi air mata yang terus mengalir dan Disinilah menurut pendapat Habib Abdulloh bil faqih beliau mendapat Futuh dari Alloh SWT.

Habib Abdullah Bin alwi Al hadad membuka majlis ta”lim dan selalu ramai dikunjungi oleh orang-orang yang ingin belajar darinya mereka yang lapar jadi hilang laparnya, mereka yang sakit kepala bisa hilang sakit kepalanya ini karena kedalam ilmu yang dimilki oleh Beliau dan pancaran ruhul ilahiyyah yang keluar dari ucapan-ucapan beliau hingga tak ada satu orangpun yang beranjak pergi untuk meninggalkan majlis beliau.

Al-Imam sentiasa berbicara dengan orang lain menurut kadar akal mereka dan sentiasa memberi hak yang sesuai dengan taraf kedudukan masing-masing. Sehinggakan apabila dikunjungi pejabat beliau memberi haknya sebagai pejabat kiranya didatangi orang lemah, dilayani dengan penuh mulia dan dijaga hatinya apalagi dengan orang miskin.

Beliau amat mencintai para penuntut ilmu dan mereka yang gemar kepada alam akhirat. Al-Habib tidak pernah jemu terhadap untuk mengajar di majlisnya bahkan sentiasa diutamakan mereka dengan kasih sayang tanpa melalaikan beliau dari mengingati Allah walau sedetik. Beliau pernah menegaskan “Tiada seorang pun yang berada dimajlisku mengganguku dari mengingati Allah”.

Majlis Al-Imam sentiasa dipenuhi dengan pembacaan kitab-kitab yang bermanfaat, pembahasan dalam soal keagamaan sehingga para hadhirin sama saja baik itu yang alim ataupun jahil tidak akan berbicara dengan perkataan yang keji yang mengakibatkan dosa seperti mengumpat ataupun mencaci. Bahkan tidak terdapat juga perbicaraan kosong yang tidak menghasilkan faedah. Apa yang diucapkan hanyalah zikir, diskusi keagamaan, nasihat -nasihat, serta ajakan kepada mereka supaya beramal soleh. Inilah yang ditegaskan oleh beliau “Tiada seorang pun yang patut pempersoalkan hal keduniaan atau menyebut tentangnya kerena yang demikian adalah tidak pantas ,seharusnya waktu diperuntuk sepenuhnya untuk akhirat saja. Silahkan berbicaratentang keduniaan dengan selain dariku.”




Al-Habib (rahimahullah) adalah contoh bagi insan dalam hal bicara maupun amal perbuatan mencerminkan akhlak junjungan mulia dan tabiat Rosulullh SAW yang mengalir dalam hidup beliau. Beliau memiliki semangat yang tinggi dan azam yang kuat dalam hal keagamaan. Al-Imam juga sentiasa menangani berbagai urusan dengan penuh keadilan dan ihklas karena Alloh bahkan beliau sentiasa mempercepatkan segala tugasnya tanpa membuang waktu. Beliau bersifat mulia dan pemurah lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan. Ciri inilah menyebabkan ramai orang dari pelosok negri sering berbuka puasa bersama beliau di rumahnya dengan hidangan yang tidak pernah putus semata mata mencari barakah beliau.

Al-Imam menyatakan “Sesuap makanan yang dihadiahkan atau disedekahkan mampu menolak kesengsaraan”. Katanya lagi “Kiranya ditangan kita ada kemampuan, niscaya segala keperluan fakir miskin dipenuhi”.

Beliau memiliki hati yang amat suci, sentiasa sabar terhadap sikap buruk dari orang yang lain yang tidak suka dengannya dan sedikitpun beliau tidak marah. Kalaupun beliau marah, bukan kerena pribadi seseorang tetapi karena perbuatan mungkarnya yang telah membuat Al-Imam benar-benar marah. Inilah yang ditegaskan oleh Al-Habib “Adapun segala kesalahan berkait dengan hak aku, aku telah maafkan; tetapi hak Allah sesungguhnya tidak akan dimaafkan”.

Al-Imam juga sedikit tidur, Kebiasaan Al-Imam melambatkan sholat witir sehingga hampir fajar ini dikarenakan Al-Imam tidur sedikit (qailulah) selepas sholat qiamullail. Kemudian barulah berwudu’ untuk solat witir sebelum subuh. Beliau sentiasa berzikir ‘La ila ha illallah’ tidak pernah berhenti dari mulutnya.

Al-Imam juga memperbanyakkan puasa, terutamanya pada hari Isnin dan Khamis, Ayyaamul Baidh (hari ke 13, 14 dan 15 tiap-tiap bulan), hari ‘Asyura; hari ‘Arafah, enam hari dalam bulan Syawwal.

walau bagaimana Al-Imam tidak pernah menunjuk-nunjukkan amalnya kecuali keadaan memaksakan seperti supaya dapat dijadikan tauladan kepada yang lain (tahadusan bini’mat). Kata Al-Imam: “tidak aku tonjolkan amalan ini dengan sengaja, walaupun itu Alhamdulillah aku tidak bimbang dari sifat riya’ Ingatlah sebagaimana Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq menyatakan tentang perkara ini berlandaskan firman Allah (yang bermaksud) “Sama sekali aku tidak memuji diri ini dengan kebaikan, maka ketahuilah sesungguhnya inilah yang mendorongkannya kepada perbuatan buruk”.

Al-Imam juga telah menegaskan: “sesungguhnya aku telah melaksanakan kesemua sunnah Nabi dan tidak ada sunnah yang ditinggalkan, kecuali rambut”. Akhirnya Al-Imam mengekalkan rambut hingga ke telinganya sebagai yang dilaksanakan oleh Rasulullaah Salallahu Alaihi Wasallam

Selain beliau menyusun Rattib yang kita kenal dengan Ratib Al Hadad beliau juga mengarang beberapa kitab-kitab yang termasyhur diantaranya :
- An-Nashôihud Dîniyyah

- Ad-Da’watut Tâmmah
- Risâlatul Mu’âwanah
- Al-Fushûlul ‘Ilmiyyah
- Sabîlul Iddikâr
- Risâlatul Mudzâkara

- Risâlatul Murîd
-. Kitâbul Hikam
-. An-Nafâisul Uluwiyyah
- Ithâfus Sâil



Beliau menghembuskan napas terakhirnya pada Selasa sore, 7 Dzulqaidah 1132 H di kota Tarim ini juga, beliau ra kembali menghadap Yang Kuasa, meninggalkan banyak murid, karya dan nama harum di dunia. Di kota itu pula, di pemakaman Zanbal, beliau ra dimakamkan. Semoga Allah memberinya kedudukan yang mulia di sisi-Nya dan memberi kita manfaat yang banyak dari ilmu-ilmunya. Amiin (Habib Ahmad bin Faqih Ba'Syaiban)