Saturday 15 December 2012

pedang-pedang sahabat yang hilang

suasana pada pagi itu memecah sukma,hanya tinggal Muhammad dan pak cik itu sahaja di dalam masjid, perbincangan dan perkongsian itu menjadi lebih hangat, majid al-Fattah menjadi saksi taman syurga kami. pertemuan dan perpisahan kerana Allah pasti akan mendapat naungan di akhirat nanti, moga-moga begitulah hendaknya. indahnya hidup ini andai syariat itu didaulatkan dalam diri, menjadi dustur(perlembagaan) dalam setiap gerak geri.

"terus apa yang kamu rasakan sekarang wahai Muhammad", senyuman Pak Cik Karim, senyuman yang mengetuk hati. tenangnya.

"entahlah pakcik", sambil menggosokkan tangan yang mula terasa kebas, lantas ku menyentuh tangan pakcik tadi. terkelip-kelip pakcik itu melihatku.

apakah Islam tidak membenarkan bercinta? apakah cinta sebelum berkahwin adalah dilarang sama sekali?ku benar-benar mahui mengetahui bagaimana Islam mengajar manusia mengurus cintanya. aku mahu persoalanku terjawab. pasti ada jalan keluarnya dalam Islam. ku yakin datangnya Islam adalah rahmat ke seluruh alam dan aku termasuk dalam 'ahli alam' tersebut.

"err, pakcik, macam mana Islam mengajarkan remaja mengurus cinta?",

"bercinta? kenapa nak tanya soalan macam tu sedangkan pakcik sebenarnya masih mengurus cinta pakcik.", katanya.

"hah?", respon Muhammad yg kehairanan.

"pakcik kan masih punya isteru untuk dicintai, pastinya dia lah cinta pakcik untuk pakcik tumpahkan padanya, sepenuh hati",

'ye tak ye jugakkan', bisiknya. ketawa kecil kecilan pakcik tadi.

cinta adalah satu kuasa yang luar biasa andai kena pada waktu siapa dan bagai mana kita bercinta. bercintalah semahumu selagi ada batas syarak dan iman yang membunga dalam dirimu. orang yang beriman pasti dia tidak mahu perkara-perkara dosa dan maksiat dalam pecintaanya. soal cinta memang sukar untuk manusia adili dan sememangnya manusia tidak pernah adil dalam soal perasaan.

remaja dan cinta? sangat sinonim. kenapa remaja jadi macam tu ya?

dalam beberapa buah buku karangan stephen covey dari barat, Dato' fadzilah kamzah dan lain-lainnya ada menyatakan bahawa fasa remaja adalah fasa mencari dan mencipta identiti. malah, mereka jugak sangat suka mencuba sesuatu perkara yang baru. dari itu, lantaran jika mereka melihat dunia ini yang penuh ketempangan dan dan penuh pertembungan fitrah manusia nurani, sangat membimbangkan.

remaja tidak boleh dihalang?
remaja perlu diberikan jalan, mencari dan memahami nilai kehidupan dan tujuan hidup. hakikatnya dunia yang sedang kita kecapi ini hanya sebagai alat kepada satu matlamat iaitu akhirat. mencintai akhirat bukan beerti kita meminggirkan dunia, bahkan Dr Yusuf al-Qardawi menyatakan dalam satu ungkapannya yang menarik, setiap inci tanah di muka bumi ini adalah tempat yang subur untuk kita membina benih syurga. realitinya di sini dan impian kita ke sana. jadi kita tak ada ilusi di dunia ini, sebab itu iman adalah soal keyakinan bukan angan-angan.

berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpulkan kebajikan untuk hari akhiratnya sehinggal mereka memperoleh redha Tuhannya, dan celakalah orang yang dipengaruhi oleh dunia sehingga ia terhalang dari amalan untuk akhiratnya dan lalai untuk memperoleh redha Tuhannya. [riwayat al-hakim]

kita adalah remaja, pernah tak para sahabat  melalui zaman-zaman remaja atau hanya kita? habis tu apa yang membezakan kita dan mereka?
hakikatnya mereka dan kita dan juga mereka adalah sama tiada beza zahirnya. hanya iman dan taqwa menjadi  ukuran dan nilaian Tuhan. mereka juga pernah melalui zaman 'menggila' namun mereka tidak pula 'menggila' seperti remaja sekrang ini? kenapa?

cara kita menghadapinya sahaja yang berbeza. sikap kita!
jone maxwell pernah menyatakan kejayaan seseorang itu 80% terletak pada sikapnya.

sikap kita sama tak dengan para salafussoleh dahulu, soalan ini perlu dijawab oleh semua remaja, bukan sahaja remaja bahkan orang tua yang bercinta dalam 'syurga' yang seksi. yang masih belum tiada ikatan yang sah. seksi yang seksa!
[maaf jika bahasanya kurang sesuai]

kepada para daei yang lantang menyuarakan Islam berserta kekhilafannya, dalam masa yang sama sibuk dengan deminsi maksiatnya. sedangkan hatinya gelap dengan 'cayaha' cintanya, segenap jiwanya.
apakah ini juga yang dia akan lontarkan juga pada mad'u dengan jiwa yang kotor, dimanakah cahaya imanya?
fahamilah bahawasanya sesuatu yang datang dari jiwa,akan sampai ke jiwa dan akan diterima oleh jiwa.

"bercintalah dengan sesiapapun tetapi ingatlah pastikan cinta Allah itu melebihiNya, hatimu yang berqiblatkan cintanya kembali mencari Tuhan. cinta itu adalah fitrah, warisan dari Nabi adam dan Hawa, dari syurga ia berputik di taman syurga, berbunga di hamparan dunia. dari syurga cinta itu datang dan kepada syurga jugaklah cinta itu harus dikembalikan. dariNya kita datang kepadaNya kita kembali."

"fahamilah anakku, bila dua diri mencintai bergabunglah jiwa, bersatulah hati. dua jiwa satu cinta, dua jasad satu matlamat. bila bercinta dengannya tidak gelisah. Bila rindunya kerana Yang Satu, bertemunya pasti tak jemu. ukhuwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah"

"pakcik faham kamu dalam menghadapai jiwa remaja, semua manusia pernah menhadapainya, cuma cara dan sikap dalam menhadapinya sahaja yang berbeza. hadapilah dengan keimanan dan ketaqwaan. tempuh dan tempa dengan logam keimanan dan keikhlasan, kerana ku mengimpikan pedang ketaqwaan sahabat menjelma dalam dirimu wahai pemuda", mutiara-mutiara ilmu menggamit hari dan diri Muhammad, menjadi panah dari panahan Islam. tensentu benar hati Muhammad dengan perkongsia pakcik Karim sebentar tadi.




No comments:

Post a Comment