Thursday 18 October 2012

merokok ibadah ??

hari semakin hari , masa demi masa, saat dan detik terus berlalu.
'mereka' sentiasa mengucap 'selamat tinggal' pada yg tidak tahu nak menghargai mereka. sebab itu lah kata bijak padai, penyesalan itu tidak pernah ada di belakang !

" aduhai, menyesal aku tak menghargai dia semasa hayatnya masih ada ! "

" alangkah baiknya jika aku sempat berbakti pada mak dan ayah sebelum mereka meninggal, dan  melihat kejayaan aku "

dan satu lirik yang saya pasti akan dengar setiap tahun, semenjak saya tingkatan satu sampailah sekarang. lirik yang sama.

" kalaulah aku study awal sikit, tak lah teruk macam ni, study last minit " kita biasa macam tu kan. dah last minit baru nak kalut buat itu dan ini. last sekali semua jadi bertimbun. kita dah membiasakn diri macam tu. kalau perkara itu baik tak apa.
jangan membiasakan perkara yang biasa!

merokok satu ibadah ?

sekarang dan masuk fasa imtihan awal bagi kami pelajar universiti mu'tah. semua pelajar mula sibuk dengan menelaah kitab. dah nak exam katakan. markah peperiksaan ni masuk dalam mua'addal(pointer). so kene berusaha lebih sikitlah. dalam kesibukan itu, masih timbul isu merokok.

masih diperbahaskan perkara yang sudah lama diperbahaskan oleh alim ulama' terdahulu yg lebih faqih dan arif. namun, perbahasan perkara khilaf itu manjadi segelintir perokok rasa tidak senang.
mana nak senang nya, perkara itu melibatkan hal elwal kehidupan mereka. habis semua manusia dirasakan SB yang sentiasa mengintip perbuatan mereka.

semua maklum bahawa rokok dapat membahayakan kesihatan. segala macam penyakit dan kanser akan mudah dijangkiti. perokok tegar pun tahu akan bahaya merokok pada kesihatan mereka. malah muncul kajian menyatakan bahawa punca awal seseorang terlibat dalam kes dadah misalnya dan beberapa kes lain adalah kerana merokok.

itu dari segi kesihatan. dari segi pandang agama pun ada pandangan tersendiri. bukan sekadar hukum bahkan dari segi sebab musabab remaja jadi macam tu pun ada.

seseorang yang banyak merokok akan menjadikan hatinya makin gelap, dan timbulnya titik hitan dalam hatinya. al hasil seseorang itu susah nak mendengar nasihat, ibadat pun susah nk terasa nikmat, ayat-ayat Allah kurang 'enak' bila dibaca dan cahaya Allah pun susah nk masuk dalam hati kerana banyaknya titik-titik hitam di hati. maka peluang ini diambil syaitan utk 'berdakwah' pada kita.

apa yang lebih menariknya tentang dakwah syaitan ni adalah dakwah mereka lebih berseni daripada kita kerana pengalaman mereka yang ada lebih banyak dari pengalaman ustaz-ustaz dan daie-daie kita yang ada sekarang ni. mereka telah hidup sejak sekian lama dari kita. oleh sebab tu kita kena berhati-hati.

" aku dah cuba dah nak berhenti, tapi payah lah. susah nak berhenti "

rata-rata inilah kalam yang sering diucapkan. faham ja apa yang mereka maksudkan. nak ubah sesuatu yang telah menjadi sebahagian diri kita, memanglah sukar. BUKAN MUDAH TAPI TAK BERERTI SUSAH.
bukan mudah kita nk tinggalkan perkara yang sudah sebati dalam hidup kita dan menjadi darah daging.
tapi seandainya kita mahu berubah, semua itu atas pilihan kita dan Allah akan menghantar orang-orang yang baik di sekeliling kita,  bersama-sama berubah menjadi lebih baik. selangkah kita menuju Allah, sepuluh langkah Allah datang kepada kita.




at least kita dah cuba untuk berubah kearah kebaikkan mengikut syariat kerana Allah. itu lebih baik dari tak pernah cuba!
melakukan sesuatu kerana Allah dengan ikhlas ia dikira ibadah. walaupun pada ketika itu si perokok tersebut masih merokok. dari segi syariah semua dah maklum akan hukumnya. namun masih lagi ada satu undang-undang yang Allah cipta iaitu sunnatullah. agama yang Allah turunkan ini sangat selari dengan fitrah kita. oelh itu soal hendak berubah pun kena ambil kira dari segi tahap kemampuan untuk berubah.

merokok pun jadi ibadah???

ya, dikira ibadah jika dia sedang cuba berubah ke arah lebih baik. dia cuba tinggalkan tabiat merokok tersebut. dalam kitab ihya' ulumuddin karangan imam ghazali ada menyebut akan seorang hamba yang suka makan banyak. makan banyak merupakan sikap yang jelek buat ahli addin. maka kurangkanlah makananmu. jika mahu kurangkan makan banyak janganlah tinggalkan terus. jika selama ni makan nasi tiga ke empat pinggan, jangan diet sampai tak makan nasi.

kata imam ghazali daripada seratus suap, kurangkan menjadi 99 suap dan kekalah macam tu. sehingga kamu dapat kurangkan, turun pula kepada 98 suap dan begitulah seterusnya.

cuba berubah ke arah yang lebih baik adalah baik daripada tak pernah cuba.
orang yang cuba buat baik, dia adalah orang baik. tapi orang yang tak pernah cuba buat baik comferm dia bukan orang yang baik. !


sama-samalah kita bantu sahabat kita. jangan hanya berkata belakang kerana itu tak memberi apa-apa perubahan, MENCARI CAHAYA ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUTUK KEGELAPAN!



No comments:

Post a Comment