Saturday 6 October 2012

pabila hatiku berbicara...

apa yang aku tulis ni, adalah lirik-lirik hati yang sentiasa dimainkan dalam siaran diri. bercerita itu kadang dapat menyedarkankan kita. bercerita itu juga kadang-kadang menjadikan kita gembira dan duka. sering kali juga saya bisikkan, dengan bercerita itu orang lain dapat belajar sesuatu dari diri kita.
malah ana selalu adunkan pada diri ana kata-kata yang ana belajar dari 'universiti kehidupan..'


kadang2 kita perlu belajar dari pengalaman orng lain kerana tak semua perkara dalam kehidupan dapat kita lalui dan pelajari serta fahami hanya dengan kehidupan yg kita lalui sahaja.
mungkin dengan pengalaman dan kesilapan orang lain boleh menjadi peringatan buat kita dalam misi kembaramenuju Tuhan..


" akhi, kenapa ni akh?  nampak macam murung ja " ana di tegur oleh salah seorang sahabat ana semasa belajar di UIA PJ dahulu. panggilan 'akhi' yang memberi maksud saudaraku. abdul aziz menegur.



" tak da apa lah. semua baik-baik saja. "sambil ana melempar senyuman.

'dalam hati biarlah rahsia aku dan Tuhan. janganlah kau bimbang wahai sahabat.' hati berbisik.

 walhal pada masa tersebut, bebanan yang di tanggung hanya Allah yang tahu. hakikatnya diriku amat memerlukan bantuan dan sokongan. kepada siapakah hendak ku luahkan? kepada siapakah hendak ku kongsikan? kepada siapa.... :-(

oh Allah, aku amat memerlukan teman di sepanjang perjalanan jalan juangku padaMu.
apakah ada insan yang boleh memahami? apakah ada insan yang mengerti?  bibit-bibit persoalan mula bermain difikiran ana.

" jom cepat, nanti ahli usrah kita yang lain tunggu lama pulak kat masjid tu. " sapaan sahabat ana itu membawa ana ke alam realiti semula.

" ok2. jom ! " dalam perjalanan, ana menceria dan membahagiakan semula diri ana semampu mungkin sebelum ana bersama-sama dalam usrah. what you give, you get back. i must give the best for them !

Alhamdulillah, kedatangan kami tepat pada waktunya. semua ahli usrah yang terdiri dari pelbagai latar belakang, keluarga dan negeri menjadikan usrah kami itu lebih warna-warni, indah dan ceria. ada yang datang dari 'oversea' sana pun ada dan ada juga yang berasal di semenanjung sahaja.
fadzly, abdul aziz, syameel, khairul anuar, fandy,  dan irfan. semuanya istimewa belaka bagi ana. perjalanan usrah ni sedikit berbeza dari usrah-usrah yang biasa dilaksanakan pada amnya kerana usrah ni semua berpeluang menjadi naqib dan anak buah...^^

Alhamdulillah kami tidak terikat dengan silibus kerana usrah kami terbina atas inisatif masing-masing yang rindukan kepada 'halaqah keimanan'. kami adalah golongan yang 'terlewat' masuk ke UIA. pengambilan ke tiga. Alhamdulillah. ana kagum dengan diorang yang bersemangat utk hidup dalam halaqah keimanan.^^
terima kasih semua...ana sayang entum. sangat sayang. walaupun kita berjauhan pada jarak dan ukuran, tapi kita dekat pada hati dan Tuhan..(^_^)



" ukhuwah bukan diukur dengan banyaknya senyuman kita,
tetapi sejauh mana ia dirasai dengan hati..."

seusai  kami berkongsi ilmu dan bermuzakarah. sebelum berpisah, kami akan berkongsi sedikit pesanan, supaya masing-masing dapat muhasabah dan menilai tahap keimanan masing-masing selepas usai halaqah iman itu. itulah 'tentatif' kami setiap kali usrah. setiap yang jadi naqib perlu penyampaikan pesanan-pesanan dan taujihat. namun atas permintaan yang selalu diminta, ana diminta oleh sahabat-sahabat se'usrah' utk berkongsi walaupun bukan pada waktu 'turn naqib' dan sampaikan pesnanan pada setiap kali halaqah iman.

' ana sebenarnya segan dengan entum yang soleh-soleh belaka ' hati ana jujur berbicara.

saat itu ana sebenarnya masih belum kuat utk bercakap. bahkan ana amat-amat berharap ada di kalangan entum dapat beri nasihat dan semangat pada ana. mata ana merenung satu persatu wajah-wajah yang amat mencintai Islam dan memerlukan suntikan iman. air mata mengalir membasahi pipi.

ana tarik nafas dalam-dalam, cube tenangkan diri. ERTI HIDUP PADA MEMBERI.

" sejujurnya ana sangat berbangga dan ana rasa amat terharu ada sahabat-sahabat macam korang sume, dan ana sangat-sangat syukur. ana syukur Allah beri entum utk menjadi sahabat ana dan sudi sama-sama memperingati ana yg faqir ini.

entum nak tahu satu perkara, satu perkara ni ana tak pernah ceritakan dan khabarkan pada sesiapa. dan pada malam ni ana nak berkongsi dengan sume.

ana pernah di tanyakan, apakah perkara yang paling manis dan apakah perkara yang ana tak sukai. entum tahu apa bendanya tu ? " ana cuba menarik perhatian mereka. sempat juga ana mencelah dengan buat muka suspen.

" hahaha "kedengaran ada yang ketawa. yang senyum, sengeh semua ada.




" ana sangat suke berjumpa dan bertemu dengan orang-orang yang mencintai Allah dan rasulNya dan mencintai utk mencari dan menjadi ke arah yang lebih baik. ana sangat sukar utk berpisah dengan orang-orang sebegitu, ana tak suka. ana sayangkan antum. ana sayang a.aziz, fadzly, anuar, syameel,irfan, fandy, ana sayang antum.

dan kalau antum perasan, setiap kali kita buat halaqah ni, ana akan mengalirkan air mata. setiap kali. kerana ana sangat gembira dan ana rasa seakan-akan antum adalah keluarga ana. ana rasa gembira dan bahagia bila jumpa antum. dan ana sangat-sangat bahagia jika ana dapat bertemu dengan orang2 dan insan-insan yang sama-sama mencintai Allah.

sahabat........
terima kasih kerana sudi menjadikan ana yang lemah dan serba faqir ini sebagai teman pada antum.
terima kasih "

' apakah masih akan ku temui lagi teman-teman sebaik macam korang sume? ' hati ana berbisik

" ana tak bimbang kalau kita terpisah oleh jarak masa dan waktu, kerana di akhirnya pasti kita tetap bertemu, Allah buka pisahkan kita, tetapi Allah menangguhkan kepada kita satu petemuan yang lebih indah dan bermakna pada kita. dan ana harap pertemuan adalah  pertemuan yang paling bahagia - di syurga ! "

" sahabat...
miskipun kita adalah teman dan shabat yang baik, saling memahami, namun, ada lagi teman yang indah dan hebat utk di kenali.
mungkin bukan sekadar utk dikenali bahkan utk dirasai dan dihayati. itulah teman yang setia - Allah dan Rasul. betapa indah dan manisnya iman yg dirasai. dan tiadalah manisan yang lebih manis dari kemanisan iman !

ingatlah tiada teman sehebat Allah dan RasulNya. pasti kita akan bahagia " begitulah ana sudahi halaqah kami pada malam itu.

satu persatu-satu perkongsian dan luahan yang ana luah dan  titisan keimanan yg Allah kurniakan oleh setiap orang dapat dikongsi bersama. sehingga kemanisan itu dapat dirasai semua. Alhamdulillah.

entah kenapa dan mengapa, tekanan yg ana rasai waktu itu, bagai di bawa pergi oleh titisan air mata yang mengalir jatuh di atas tikar sejadah masjid. tenang terasa.

saat itu dirasakan seakan-akan ada teman yang menghampiri dekat, berbisik di hati menjinakkan diri dan hati supaya tenang..entah dari mana perasaan itu.

rupanya selangkah kita menuju Allah, sepuluh langkah Allah menuju kita,
hadirlah Allah dihati, dan rasul di sisi...


kadang2 kita perlu belajar dari pengalaman orng lain kerana tak semua perkara dalam kehidupan dapat kita lalui dan pelajari serta fahami hanya dengan kehidupan yg kita lalui sahaja.
mungkin dengan pengalaman dan kesilapan orang lain boleh menjadi peringatan buat kita dalam misi kembaramenuju Tuhan..

selamat bermuhasabah..^^


~ kembaramenujuilahi









No comments:

Post a Comment