Saturday 13 October 2012

andai...





andai iman itu,
sebuah janaan dalam kehidupan, apakah yg akan terjadi dalam sebuah pengembaraan andai penjana itu rosak? apakah masih ada harapan..
andai iman itu umpama lautan, andai keringnya lautan itu, bisalah wujud kehidupan...
andai iman itu adalah kemudi pelayaran, jika ia rosak ...mungkinkah pelayaran itu selamat?
andai iman itu suria yg menyinari alam, alam dalam sebuah alam kehidupan.
andai suria itu tiada, apakah yg akan terjadi agaknya ???

andaian demi andaian...
hakikatnya jika diteliti dan dilihat dengan pandangan mata hati, berakhirnya sebuah pengembaraan dan pelayaran dalam kehidupan ini ia bukan bererti sebuah pengakhiran kerana masih ada sebuah lagi kehidupan dari semua itu. kehidupan selepas kita mati, kehidupan yg lebih bererti dan abadi, yg tiada mati-mati lagi selepas tu.

andai kata iman kita mati sebelum 'kita mati' apakah  kehidupan ini akan bererti ??
dan persoalan yg paling penting apakah dengan hati kita yg mati sebelum kita mati, kita akan punyai sebuah 'kehidupan' yg bererti selepas kita mati? - kehidupan di syurga.
atau pengakhiran kita di neraka. ~ نعوذ بالله من ذلك

ana hanya ingin mencetuskan persoalan,
andai iman kita mati sebelum kita mati?

jagalah hati, peliharalah amalan, tingkatkanlah nilai keimanan.
kerana hati kita satu tu ja. baik buruk pun hati itu jugalah. dan yang pasti HATI ITU JUGA KITA AKAN BAWA KE ALAM SANA BERTEMU ALLAH !
sama-sama jaga hati...

" ingat bahawa sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan merasai mati "

~ استغفرالله العظيم



No comments:

Post a Comment