Sunday 30 September 2012

soal hidayah ?


ana pernah diajukan soalan oleh sahabat ana.
" mengapa Allah tetap memberi hidayah kepada orang yang tak pernah berharap dan memintanya sedangkan orang tu cara hidupnya sudah jauh dari Islam dan mengapa pula orang yang bersolat, menutup aurat dengan sempurna tapi masih melakukan perkara yang tidak sepatutnya seperti couple, tak hormat guru dan ibu bapa? kebanyakkan sahabat-sahabat ana kata hidayah Allah tidak sampai pada orang yang teruk-teruk ni,
hidayah Allah hanya datang pada orang yang memintanya ja..betul kah? "

aku nak jawab ke tak? nak ke tak?
soalan ni membawa ana mengimbau sirah seorang ulama' yg terkemuka pada zaman abasiah dahulu, Fudail bin Malik, guru salah seorang 'imam yang empat'.  sedang beliau habis mengajar satu bab, beliau berhenti utk masuk ke tajuk yang baru, namun dilangkaunya ke bab yang lain. ditanya oleh anak muridnya.
" kenapa tuan sheikh langkau bab, bab ini belum dibacanya lagi? "
" aku masih belum beramal dengan bab yang ada pada bab itu " jelas Fudail bin malik.
begitu tinggi tawaduk dan khdu'nya ulama' zaman dahulu. bayangkan jika mereka mampunya mengajar berpuluh-puluh kitab, bagaimanakah amalan mereka agaknya ya???

Allahhh.............

bukan apa, malu rasanya hendak jawab kerana diri masih banyak lagi khilaf dan dosa. ilmu pula masih belum cukup. macam-macam persoalan yg berkain di fikiran. namun anggaplah ini satu perkongsian yang santai utk di baca.





" sebelum ana menjawab, sedikit peringatan :

soal hidayah siapa yg lebih patot dapat atau tak bukan bidang 'kuasa' kita..hidayah adalah hak milik Allah. kepada siapa yg Allah hendak bagi adalah terpulang kepada ALlah sendiri. sehinggakan abu talib, bapa kesayangan beginda pun beliau tak dapat nak beri hidayah.kata Allah pada nabi Muhammad

" sesungguhnya kamu tidak dapat memberi hidyah  sesiapa yg kamu sayang, akan tetapi kepada ALlah lah nak beri hidayah itu kepada sesiapa yg dikhendakinya"

jawab soalan :

Allah bukan tak pernah beri hidyah kepada orang yg buat amalan soleh, solat dan seumpamanya. Allah memberi hidyah kepada semua, tetapi mungkin dengan cara yg berbeza.
kita bukan tidak pernah meminta kepada Allah, bahkan 'sokmo dah'. misalnya membaca ayat Alfatihah
" tunjukkanlah kami jalan yg lurus"
dalam seolat kita sehari lima waktu, itu lah doa dan 'request' kita pada Allah.
kadang-kadang Allah dah beri hidayah kepada kita  namun kita manusia ni  tak nampak hidayah ALlah tu atau kadang-kadang buat-buat tak nampak.
kalau  boleh saya beri sebuah analogi di sini,

" kita minta utk melanjutkan pelajaran ke luar negara, lalu kita pun mengisi borang utk kesana. apa yg jadi selepas tu kalau 'request' kita tu masih belum dimaklumkan dengan apa-apa jawapan? sudah pasti kita akan tertanya-tanya. " apakah aku akan dapat tawaran tersebut, atau pun tidak ?".
 kita akan tertanya-tanya dan kita mula utk menhubungi pihak berkaitan utk mengetahui status tawaran sama ada kita  diterima atau di tolak."

malangnya antara kita dgn Allah tidak begitu. kita dah minta dan Allah telah beri tp kita kadang-kadang buat-buat tak nampak.
kita belajar lidah kita haram bercakap soal umpat-mengumpat. kita buat juga.
copy jawapan dalam peperiksaan, kita tahu haram dan kita buat juga.
kita tahu dengan mengikuti sunnah dengan berakhlak baik dengan guru dan ibu bapa kita akan menjadi orang yang baik, tapi kta tak  beramal pun,  banyak ja sirah dan quwah yang kita tahu. tapi kita yang pilih untuk buat atau tak.  kita yang pilih !

pokok pangkalnya kita dah tahu dan bila dapat hidayah, kita saja buat-buat tak nampak.
" habis tu, kalau macam tu ramai lah org-org yg mcm tu? cena nak buat "
itu kena balik semua iman kita. lihat lah sama ada hati kita ni suci atau pun tak. kotor atau pun bersih. kalau iman tu dah 'tercalar' cepat-cepat lah istighfar dan cepat-cepat kembali kepda Allah.



bagi orang yg sudah terjauh dari Islam tapi dapat hidyah ni, sebenarnya cara diorang dapat hidyah yg Allah beri mungkin berbeza. kadang-kadang Allah dalam memberi hidayah ni bkn terus direct kepada kita, tetapi kadang-kadang Allah memberi melalui perantaraan pengalaman dan kehidupan manusia yang lain.

makin tinggi bangunan yg kita panjat, makin tinggi  risiko kita utk jatuh.
makin jauh kita dgn Allah, makin ZAHIR jauh kita dengan Allah DAN NAMPAK DI MATA MANUSIA - kita diingatkan oleh Allah cara yang sama untuk mengingatkan kita, mengetuk jiwa .berdasarkan kemampuan kita.
makin tinggi dipanjat, makin sakit kita jatuh.
rendah kita panjat, sedikitlah sakitnya dan peringatannya.
semua itu memberi pengajaran yang tersirat yang Allah hendak ajarkan kepada kita.

hidayah Allah nak beri kepada siapa itu adalah hak Allah. apa sahaja yg Allah BERKEHENDAK itu adalah sifat harus bagi Allah.
jgn di buat persoalan. misalnya, kita bertanya..
kenapa langit warna biru?
kenapa pokok warna hijau?
dan seumpama dengannya..
itu semua terpulang kepada Allah, itu hak Allah.

" tapi diorang punya amalan baik-baik belaka? "

amalan tak menentukan mereka ni benar-benar baik atau tak, tetapi sejauh mana keikhlasan mereka dalam beribadah. kesan daripada amalan yang kita lakukan itu. kadang-kadang kawan tu buat amalan sikit ja tapi akhlak dan darjat kehidupannya jauh lebih mulia di sisi Allah.berkat tu mendekatkan diri kepada Allah dan menjauhkan diri daripada maksiat dan dosa.
andai amalan yg dibuat itu tidak menjadikan kita hamba yg soleh dan masih lagi membuat 'koleksi' maksiat. kena muhasabah semula hati dan amalan kita.

kesimpulannya.. Allah bukan tak beri hidayah pada orang yg buat baik dan buat amalan soleh. tetapi Allah memberi hidayah kepada kita dengan cara dan jalan yg berbeza.

wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment