

Percayakah jika
ana katakan pakaian yang kita pakai saban hari bukanlah untuk diri kita
sebenarnya. Kita memakainya untuk orang lain, kerana orang lain.
Kenapa ana
katakan begitu??
Kita boleh
lihat kehidupan kita saban hari bermula dari kita bengun tidur sehinggalah kita
bengun semula. Lazimnya dan sudah ma’ruf akan pakaian-pakaian yang sesuai untuk
di pakai pada waktu-waktu tertentu. Namun, apa yang saya nak fokuskan di sini
adalah tentang pemakaian kita solat. Solat adalah merupakan wadah penghubung
antara kita dengan Allah. Malah dalam solat itu sendiri sebenarnya kita
berbicara dengan Allah.
Tertarik dengan
satu analogi yang pernah sahabat ana lontarkan pada ana.
“ kita
kalau nak sambut raja atau sultan bukan main pakaian kita. Siap dengan lengkap
berseragam. Tutup habis dari atas badan hingga ke bawahlah.tak berani nak main-main
depan raja atau sultan.tambah-tambah yang sedang kawat, nak gerak sikit pun
takot.
Tapi dengan
Raja Tuhan Sekalian Alam, Raja kepada raja dan sultan kita, kita buat endah tak
endah.bukankah Raja Sekalian Alam ini lebih kita patot disiplin dan takotkan? Kita
berTuhankan siapa sebenarnya?? “
Luahan sahabat
ana tadi membuatkan ana tersentak. Kebetulan kami baru sahaja menunaikan solat
berjemaah di Masjid Syuhada’ berdekatan dengan tempat berkumpul mahasiswa mu’tah
(PUSMA). Tempat ini menjadi pusat kepada seluruh pergerakan atau program yang
melibatkan mahasiswa-mahasiswa Malaysia.
Ya. kita
akan memakai pakaian yang baru, lengkap berseragam apa bila kita pergi
menghadap Raja atau Sultan.sedikit pun tak bercalar apatah lagi pakaian yang
kurang bersih.pastinya tidak.kita akn memakai pakaian yang bersih dan terbaik.mustahil
kita akan memakai pakaian yang comot – pada hakikatnya.
Hal ini
mengimbau kita di zaman silam para sahabat dahulu dan zaman para salafussoleh
yang sangat menjaga ibadat dan hati mereka yang penuh khusyuk dan khudu’ pada
Allah.termasuk dalam mengambil kira dalam bab pakaian dalam menunaikan solat.
Kenapa ana
timbulkan isu pakaian ni?
Sama ada
kita percaya atau tidak, kebanyakan orang melayu yang tidak menunaikan solat
adalah 80% menurut kajian oleh Dato’ Haji Fadzilah khamsah. Hanya tinggal 20%
yang menunaikan solat fardu. Dalam 20% peratus itu pula berapa ramai yang solat
cukup lima waktu ??
Dalam bilangan
yang masih berbaki, berapa ramai yang solatnya khusu’?
persoalan-persoalan ini harus kita renungi sama-sama.
kenapa jadi macam tu?
persoalan-persoalan ini harus kita renungi sama-sama.
kenapa jadi macam tu?
Antara nasihat
yang di pesan oleh guru ana, alfadhil ustaz Muhadir Joll adalah sebaiknya
kita..
MENYEDIAKAN
PAKAIAN YANG KHUSUS
Imam Bukhari misalnya ketika hendak solat,
pakaian mereka sangat berbeza dengan pakaian kita hari ini saat kita
mengerjakan solat. Mereka menyediakan pakaian yang khas yang terbaik untuk menghadap Allah.
Imam Malik
ketika didatangi oleh penuntut ilmu untuk mengambil ilmu hadis, beliau menukar
baju dan pakaian beliau yang lazim kepada pakaian yang khusus kerana adab dan
akhlak mereka kepada Rasul. Walaupun Rasul tidak ada di hadapan mereka.
Setiap pakaian
sunnah itu mempunyai auranya yang tersendiri.janganlah kita rasa segan hendak
memakai pakaian sunnah.kalau bukan kita ummat nabi Muhammad yang nak hidupkan
siapa lagi??
Kalaulah kita
buat maksiat kita tak pernah segan, kenapa kita nak malu untuk berbuat ibadah??
[sama-sama
fikirkan ]
No comments:
Post a Comment