Thursday 30 August 2012

nak kahwin time belajar ?






Sedang ana ziarah menziarahi asatizah di UIA sebelum ana fly, tiba-tiba ana mendapat masej dari seorang madam atau lebih mesra ana panggil ummi.

‘ jemputlah datang ke bilik ummi ‘ terpapar di skrin handphone ana.

Ana pun bergegaslah jumpa ummi kesayangan ana tu..hehe ^^

Setelah hampir sejam kami berkongsi cerita, pendapat dan nasihat dari ummi, ana sempat mengajukan satu soalan pada ummi.

“ ummi, masa ana ziarah teman-teman tadi ramai giler yang dok pesan ana tentang kahwin. Yg request pun ana, dengan hadiahnya dan macam-macam lagi lah. Jujurnya ana terasa juga lah ‘tentang’ ni ummi. Xpe ke :-( ? “ 
segan, tapi ana tanya juga sebab ana percayakan ummi dan ana yakin ummi ada nasihat yang amanat berguna untuk ana dalam hal ni.

“ ehem-eham…buah dah masak ke? “ usik ummi.

Panjang dan best giler perkongsian ummi menjawap soalan ana tadi. Maklumlah, ummi memang pakar psikologi dan pandai juga mengambil hati.

“ madam dengan suami madam sangat berbeza macam langit dan bumi. Sampaikan ayah madam pernah kata, hampa dua ni macam langit dan bumi lah. Tak sama langsung.“ ummi ana berkongsi kehidupannya dalam berumah tangga.

“ sehinggalah satu hari ummi cuba ajak suami ummi untuk duduk berbincang, tapi dia tak pernah boleh. Akhir sekali ummi dapat pancing suami ummi juga supaya duduk di bahagian koridor rumah. Ummi duduk dengan suami dan kami buat  perancangan dan hala tuju kami. “

“ Alhamdulillah apa yang kami tulis dan rancang untuk buat tu menampakkan hasil, Allah bagi lebih daripada perancangan kami. Jadi nasihat madam di sini untuk anta yang masih lagi belajar, sebelum anta ke alam behtera rumah tangga pertama sekali adalah buat perancangan. Bila anta nak kahwin? Ekonominya? Emosinya? dan dalam tempoh sebelum sampai waktu anta target untuk berkahwin, apa yg anta perlu lakukan dan persoalan-persoalan lain. Anta kena buat perancangan. ”

Malangnya ana rasa takot sangat-sangat untuk rancang benda ni. Apa yang dah dirancang sekarang ni pun ana serah pada Allah. Dalam hati ini sudah tidak mahu lagi menuang cuka di atas hati yang pernah berdarah pedih. Apa yang berlaku, ana dah redha dan terima sahaja ketentuan Allah. Pengalaman itu adalah guru yang paling baik dan pengalaman yang ana lalui itu juga telah mengajar supaya jangan kita beri hati kita pada yang tidak sudi menerimanya. Kelak pasti kita akan terluka. Biarlah kita kehilangansesuatu kerana Allah, tapi jangan kehilangan Allah kerana sesuatu.

Hanya dengan bersangka baik pada Allah sahajalah yang mampu mengubat sedikit rasa kelukaan itu. Melihat pula hadis-hadis Nabi  yang  membela nasih orang yang menempa ujian dengan  kesabaran, sikit sebanyak menceriakan jiwa yang terasa dianiaya. Allah telah menyimpan nikmat-nikmat kesabaran itu di syurga  sehinggalah tiba waktunya untuk hamba itu mengecapinya.

“ perkara kedua yang anta perlu buat adalah anta membina diri anta. Be someone. Sebagaimana para sahabat dahulu yang berjaya membina tamadun dengan keilmuan. Kesibukan mereka dalam menuntut ilmu membuatkan mereka tidak sempat untuk berfikir tantang cinta, keseronokan bahkan hampir terlupa untuk makan kerana sibuk dengan ilmu. Peribadi dan sahsiah mereka pula didorong oleh keluarga yang mencintai ilmu dan akhlak sehinggalah Islam tersebar di  seantero dunia. Dalam masa yang sama mereka juga sibuk mendekatkan diri kepada Allah, siangnya bekerja bagaikan singa, malamnya beribadat bagaikan ‘malaikat’. Generasi inilah yang kita impikan. “

“ terakhir adalah doa kepada Allah dengan penuh yakin dan berharap pada Allah dan Allah pasti akan menunaikannya buat hamba yang yakin dan percaya padanya.  Dahulu ummi memang berdoa mendapat suami yang soleh dan ummi memang dapat suami yang soleh tapi ummi nak anta ingat sekali lagi, berdoa sahaja tidak mencukupi, anta kena rancang. Buat perangcangan baik-baik sebelum dan selepas perkahwinan. “

Pertemuan sejam itu rasa macam seminit ja berlalu..

No comments:

Post a Comment