
“
Alhamdulillah…bahagianya dapat bantu mak ayah “. Atau lebih tepat, bahagia
sebab dapat memberi.
Ya, dengan
memberi anda akan bahagia sebab seorang yang orang yang memberi bebas dari
resah dan gelisah terhadap perkara apa yang dia akan dapat. Pastinya apa yang
diharapkan itu jika dia tidak dapat, perasaan gelisah tidak akan menyelubungi hati.
Ruang tamu
yang bersepah dan sedikit berhabuk sudah habis dikemaskan. Pinggan-pinggan yang
penuh dalam sinky, sudah habis dicuci. Buku-buku pelajaran STAM zaman ‘muda-muda’
dahulu yang tidak tersusun di ruang atas rumah sudah dikemas dan diletakkan di
tempat yang lebih tersusun.
“ aik??
Mana mak ayah “. Ana bertanya pada kakak ipar ana, Nur Arfah.
“ tu mak “.
melihat mak
tengah rehat, makin terasa lagi-lagi bahagia di hati. Kalau sebelum ni, masa
ana kecil-kecil dulu, mak analah yang kemas rumah, masak, cuci pinggan dan
sebagainya, kali ini anak-anaknya, lelaki atau perempaun sudah mampu ambil alih
semua tugas-tugas suri rumah.
“ ops…sura
rumah “. Hehe…
“ chu…nape
chu rajin sangat tolong tok “. Tanya anak menakan ana, anak kepada kakak ana
yang sulung, Mimi namanya. Chu atau uchu adalah gelaran manja ana dalam
keluarga sebab ana lah yang paling bongsu dan ana sorang ja yang belum kahwin lagi. :p
Yang lain
sume dah kawen…
“ chu tak
rajin pun sebenarnya, kalau nak dikira, sebenarnya malas juga chu ni. Tapi
setiap kali chu nak malas, chu terbayangkan jasa dan pengorbanan tok dan tok
wan yang penat membesarkan chu sampai sekarang. Perit jerih, susah senang
mereka membesarkan chu selama ni “ jelas ana.
“ cuba Mimi
fikir, masa kecik (bayi) mak ayah kita yang besarkan kita, semasa kita
kanak-kanak pun ibu ayah kita masih berkorban untuk kita, masa kita remaja kita
pun mereka jugalah yang berkorban untuk
kita. Tapi bila kita dah besor dan mampu berdikari, pada tika itu mak ayah kita
sudah tua, kudrat pun sudah lemah meniti usia, takkan mimi nak suruh mak dan
ayah kita cari rezeki dan jaga kita lagi?? Cuba mimi fikir, tak cukup lagi ke
apa yang mereka dah korbankan pada kita selama ni “.
“ a’ah lah
chu… yea tak ye jugakkan “.
“ yea
lah…sebab tu sudah sampai masanya kita kena berbakti untuk mereka. Jangan
sampai ajal mereka, baru kita nak berbakti pada mereka. Takkanlah tika mereka
dan di liang lahad baru kita nak menyesal sebab tak sempat nak berbakti dan
senangkan hati mereka? Bila lagi mereka nak rasa hasil didikan anak-anak yang
mereka besarkan selama ini ?? “.
“ sekarang
lah…kan chu ? ” jawap mimi
“ sebenarnya mama Mimi selalu ingatkan perkara
ni pada uchu, sebab tu kalau chu balik, chu cube manfaatkan masa chu untuk
berbakti pada tok dan tok wan”
“ ooo…”
“mimi
pernah dengar tak kisah di zaman Khalifah Umar al-Khattab. Ada seorang
perempuan ni, dia sangat menjaga ayahnya. Apa sahaja kehendak yang diinginkan
oleh ayahnya, pasti dia akan cuba tunaikan. Makan minum semuanya dijaga olehnya
semacam dia diasuh sewaktu kecil. Walaupun ayahnya sudah tua dan nyanyok, namun
kemana sahaja dia pergi, pasti dia bawa bersama ayahnya sehinggalah pada suatu
hari Khalifah Umar memandang gelagat
wanita ini yang mengendong ayahnya kesana ke mari. Lantas terdetik di hati
Khalifah Umar,
‘ masih ada
manusia di dunia ini mentaati ibu
bapanya sampai macam tu sekali ‘
Lantas
Khalifah Umar pun menegur perempuan itu.
“ wahai
wanita yang solehah, semoga Allah mengganjari mu dengan ganjaran syurga yang
hebat atas keikhlasan dan pengorbanan pada orang tua mu itu”.
lantas
perempuan itu menjawap.
‘ aku
bukanlah seperti yang engkau sangkakan. Sebenarnya apa yang kau Nampak aku
berjasa pada ayah aku ni bukan seperti yang engkau fikirkan. Dalam hati aku
sebenarnya mengeluh dan menenti bila saatnya orang tua aku ini akan pergi…”,
" lebih kurang macam tu lah kisahnya "
" lebih kurang macam tu lah kisahnya "
Walaupun dia
rasa macam tu. At least dia bantu juga makayah dia. Kita ???
“ k..dah.
nak bantu chu basuh baju Tok Wan tak ? “
“ nak-nak “
tiba-tiba ana dikejutkan dari lamunan tidur. mimpi rupanya.
Berbaktilah
kepada ibu bapa kita selagi hayat mereka masih ada, sebelum mereka tiada…
sempena bulan Ramadhan…satu perumpamaan yang kita cuba sama-sama lakukan.
sempena bulan Ramadhan…satu perumpamaan yang kita cuba sama-sama lakukan.
ALANG-ALANG
NAK BUAT KEBAIKAN, BUATLAH YANG TERBAIK !
Pesan
sahabat rafiq ana suatu masa dahulu…
“
fastabiqul khairat ” ^^
Salam
Ramadhan….
ENDING tak best...isinya mantop...napa mesti mimpi?..tpi, sedikit sbyk dpt input dan trbiah..mabrok
ReplyDeletexda pa-pa...biarlah rahsia..^^
ReplyDeletebukan ana lah yg selayaknya macam tu...
namun biarlah Allah yg tahu...^^ amen..