
Lambang Biro Tata Negara
Pada petang
yang permai 20 Ramadhan, dalam slot PKPK ( Peningkatan Kemahiran dan
Peningkatan Kesedaran) dalam Kursus Transformasi Mahasisiwa ke Luar Negara. Kumpulan
kami dipimpin oleh Abang Bob atau nama sebenarnya Muhammda Husny berasal dari
Penang, keturunan Jawa Siam.
Kursus ini merupakan kursus yang wajib diikuti
oleh setiap pelajar yang ingin menyambung pelajaran meraka ke luar Negara. Namun Kursus ini lebih dikenali dengan Biro Tata
Negara ( BTN) yang dikelolai salah satu jabatan di Jabatan Perdana Menteri di
Putra Jaya. Kem Bina Negara di Kulim menjadi medan kursus ini dilangsungkan
selama lima hari empat malam.
“ tok, tok.
“ ana mengetuk pintu
“
Assalamualaikum, minta maaf Abang Bob sebab lewat lagi, saya sakit perut juga
hari ini. “ tercungap-cungap ana bila sampai di depan pintu kelas PKPK.
Abang Bob
hanya tersenyum mesra. Rasa lega sikit. Abang Bob merupakan seorang yang sangat
ceria dan periang. Walaupun kudrat fizikalnya yang besar, 140kg dan badannya
yang agak berisi, namun dia tidak menjadikan semua itu sebagai halangan untuk
manjalani kehidupan seperti insan yang lain. Tambahan pula, Kami tidak pernah
bosan selama dalam kumpulannya. Hari-hari yang dilalui serasa bagai semalam.
BEST !
Abang Bob
sudah masak dengan ana yang saban hari sakit perut, mungkin sedikit elegik
dengan makanan di sini.
“ baiklah,
hari ini Abang Bob nak hampa semua pilih salah satu jenis bentuk yang ada dalam
kertas tu. Hampa pilih mana satu bentuk yang hampa suka dan bentuk itu boleh
melambangkan diri hampa. Abang Bob bagi masa dalam 7 minit, pastu Abang Bob nak
tanya. “
Abang Bob
mula mengedarkan kertas yang ada gambar
bentuk tadi tu bermula barisan perempuan yang berada di selah kanan Abang Bob.
Memang sunnah kita memulakan setiap perkara itu bermula dari sebelah kanan.
Hatta Nabi sendiri pernah meminta izin kepada seorang kanak-kanak yang berada
disebelah kanan Nabi untuk di beri minuman itu kepada Sayyidina Umar terlebih
dahulu yang berada di sebelah kiri Nabi.
Begitulah keutamaan kita untuk
memulakan sesuatu itu daripada sebelah kanan.
kertas yang diedarkan satu persatu hinggalah
ana orang yang terakhir mendapatnya.
‘ bulat,
segitiga, segi empat gambar frequency. ‘. Itulah bentuk yang terpampang di atas
kertas tu.
‘ BULAT ! ‘ sekilas pandang ana melihat bulat, terus ana
pilih.
“ ok,
memandangkan masa dah tamat, jadi Abang Bob nak mulakan dahulu dengan Akram
boleh ? “
aju Abang Bob pada ana dengan tak semena-mena.
aju Abang Bob pada ana dengan tak semena-mena.
“ ok. “
sahut ana menjadi orang pertama walaupun agak
gemuruh. Maklumlah semua ahli kumpulan ana semua hebat-hebat. Segan terasa.
“ saya
memilih bentuk bulat. Sebab apa? Kerana bulat itu bagi saya adalah lambang
gerak kerja yang berfokus. Kedua bulat itu adalah memiliki matlamat yang jelas
dan terakhir bulat itu tabah dan seorang yang tetap pendirian”
Semua
terdiam menunggu penjelasan dari point-point yang ana sebutkan tadi. Jelingan
mata mereka yang lain pada ana menuntut
penjelasan.
“ bulat itu
sangat sinonim kita dengar, bulat hati, sebulat suara, dan perumpamaan-perumpamaan
yang lain. Bulat akan membuatkan kita kerja itu lebih berfokus dan jelas.
Melakukan sesuatu tanpa terlebih dahulu kita jelas pada sesuatu perkara, pasti
kita mudah terbabas. Contohnya remaja sekarang yang bebas menjalinkan hubungan
tanpa ada matlamat dan bebas. BEBAS SAMPAI TERBABAS! “
Abang Bob
dan ahli kumpulan lain masih menumpukan lanjutan kupasan ana. Biasanya Abang
Bob sentiasa tersenyum bila ana bercakap, entah kenapa kali ini semua macam
serius ja bila ana cakap.
“ kerja
berfokus dan bermatlamat itu adalah berbeza. Matlamat itu adalah penghujungnya
atau golden rule menyebut begin with the end in mind. Apabila kita sudah
ada tujuan dan hala tuju, maka kita sudah tahu apa yang kita lakukan dan apa
yang tidak perlu. ” Ana berhenti sejenak menarik nafas.
“ sebuah
kapal terbang hendak terbang dari ke Destinasi A ke Destinasi B. sebelum kapal
terbang itu bergerak, juruterbang tersebut telah tersalah set koordinat, hanya satu darjah sahaja tersilap.
Setelah kapal terbang itu terbang, agak-agak teman semua, adakah kapal terbang tersebut akan akan
samapi di Destinasi B ?
“
urm…sampai kot. “ jawap salah seorang ahli kumpulan.
Abang Bob
dan lain terpinga-pinga nak bagi jawapan, sama ada ya atau tak. Seorang sister
kat depan ana tu sampai berkerut muka macam angry bird dan ada yang mencuit-cuit
kawan sebelah supaya menjawap.
“ tak
sampai kerana satu darjah tersilap, kapal terbang tersebut akan bergerak 40km
setiap 10 darjah yang tersilap. “ jawap salah seorang teman sebelah ana,
Hazwan.
“ aha,
betul tu. Jika jauh Malaysia ke Jordan dengan tersilap satu darjah, kita sampai
tak kat sana? Jadi tak kita nak ke Jordan? “ ana cuba memancing soalan sekali
lagi menarik minat.
“ tak “
“ yup,
itulah analogi kesemua elemen point yang
ana sebutkan tadi. Matlamat kita adalah Destinasi B, focus kita
adalah elemen kearah mencapai matlamat kita tersebut. Kalau dalam mengemudi
sebuah kapal terbang pun kita tak boleh silap, masakan kita hendak mengemudi
sebuah bahtera kembara menuju Tuhan. Tentu lebih-lebih lagi focus dan matlamat
kita dan sedikit pun tak boleh silap !.Sekian…” hehe.
“ betul tu
akram. Terima kasih Abang Bob ucapkan. “ Abang Bob mengacara kumpulan semula.
“ Abang Bob nak tambah sikit. sebenarnya menurut ahli psikologi, bulat itu
melambangkan seseorang itu suka membina hubungan dengan manusia, orangnya
‘mesra alam’ mudah kata. bahkan orang
ini sangat suka kepada suasana harmoni ana berusaha mengharmonikan
sekelilingnya. Ke mana sahaja dia pergi, mudah untuk masuk dengan semua orang.
‘spesis’ ini kalau dilempar ke laut jadi pulau, di lontar didarat jadi gunung – sentiasa ingin cuba untuk berdikari. “
“ oo… “
kami mengangguk tanda faham.
“ dan orang
ini kadang-kadang agak ‘ keras kepala’, tapi yang spesis positif n sangat
berpegang dengan apa yang dia yakini dan percaya. Kalau dia kata A jawapannya
maka A lah. Boleh berubah tapi dengan penjelasan yang konkrit baru boleh – agak
susah. “ tambah Abang Bob.
‘ kene
batang hidung, tepat betul dahi. Betullah apa Abang Bob cakap. ‘ bisik ana
sendirian.
“ kalau
bentuk segi empat pula dia jenis seorang yang sangat logical atau lebih mudah
di fahami particular dan suka
menilai sesuatu perkara dengan emosi.
“ segi tiga
pula dia seorang yang mempunyai arah tuju yang jelas dalam hidupnya, mempunyai
cita-cita yang tinggi serta mempunyai wawsan yang jelas. Dia juga sanggup
melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita tersebut. “
“ Bentuk
frequency pula memnunjukkan dia mempunyai minat yang pelbagai. Malah
kebolehannya itu berbagai-bagai, serba boleh lah orang cakap. Antara sifat yang
lain adalah orang ini kurang suka kepada sesuatu pekerjaan yang berjadual. Dia
sukakan pada sesuatu perkara yang tidak terikat. “
“ Untuk apa
Abang Bob ceritakan semua ini? Sebabnya Abnag Bob nak semua rasai akan keunikan
segala ciptaan Allah. KENALILAH MAKHLUK UNTUK MENGENALI KHALIK. Moga dengan
mengenali makhluk itu akan membuatkan kita lebih takut, tawaduk dan khudu’ kita
pada Allah. Moga-moga dengan ilmu yang Abang Bob kongsikan tadi dapat hampa
mengenali sesame hampa dan dapat mengeratkan hubungan ukhuwah Islamiah sesame
kita. “
“ Nabi juga
pernah bersabda yang bermaksud, tidak beriman seseorang itu sehinggalah dia
mengasihi saudaranya sendiri sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri “
Wallahu'alam...
salah silap mohon maaf...
selamat hari raye yea...^^
No comments:
Post a Comment