Wednesday 1 August 2012

kasih tidak berbalas






“ Alhamdulillah…bahagianya dapat bantu mak ayah “. Atau lebih tepat, bahagia sebab dapat memberi.
Ya, dengan memberi anda akan bahagia sebab seorang yang orang yang memberi bebas dari resah dan gelisah terhadap perkara apa yang dia akan dapat. Pastinya apa yang diharapkan itu jika dia tidak dapat, perasaan gelisah tidak akan menyelubungi hati.

Ruang tamu yang bersepah dan sedikit berhabuk sudah habis dikemaskan. Pinggan-pinggan yang penuh dalam sinky, sudah habis dicuci. Buku-buku pelajaran STAM zaman ‘muda-muda’ dahulu yang tidak tersusun di ruang atas rumah sudah dikemas dan diletakkan di tempat yang lebih tersusun.

“ aik?? Mana mak ayah “. Ana bertanya pada kakak ipar ana, Nur Arfah.

“ tu mak “.

melihat mak tengah rehat, makin terasa lagi-lagi bahagia di hati. Kalau sebelum ni, masa ana kecil-kecil dulu, mak analah yang kemas rumah, masak, cuci pinggan dan sebagainya, kali ini anak-anaknya, lelaki atau perempaun sudah mampu ambil alih semua tugas-tugas suri rumah.

“ ops…sura rumah “. Hehe…

“ chu…nape chu rajin sangat tolong tok “. Tanya anak menakan ana, anak kepada kakak ana yang sulung, Mimi namanya. Chu atau uchu adalah gelaran manja ana dalam keluarga sebab ana lah yang paling bongsu dan ana  sorang ja yang belum kahwin lagi. :p

Yang lain sume dah kawen…

“ chu tak rajin pun sebenarnya, kalau nak dikira, sebenarnya malas juga chu ni. Tapi setiap kali chu nak malas, chu terbayangkan jasa dan pengorbanan tok dan tok wan yang penat membesarkan chu sampai sekarang. Perit jerih, susah senang mereka membesarkan chu selama ni “ jelas ana.

“ cuba Mimi fikir, masa kecik (bayi) mak ayah kita yang besarkan kita, semasa kita kanak-kanak pun ibu ayah kita masih berkorban untuk kita, masa kita remaja kita pun  mereka jugalah yang berkorban untuk kita. Tapi bila kita dah besor dan mampu berdikari, pada tika itu mak ayah kita sudah tua, kudrat pun sudah lemah meniti usia, takkan mimi nak suruh mak dan ayah kita cari rezeki dan jaga kita lagi?? Cuba mimi fikir, tak cukup lagi ke apa yang mereka dah korbankan pada kita selama ni “.

“ a’ah lah chu… yea tak ye jugakkan  “.

“ yea lah…sebab tu sudah sampai masanya kita kena berbakti untuk mereka. Jangan sampai ajal mereka, baru kita nak berbakti pada mereka. Takkanlah tika mereka dan di liang lahad baru kita nak menyesal sebab tak sempat nak berbakti dan senangkan hati mereka? Bila lagi mereka nak rasa hasil didikan anak-anak yang mereka besarkan selama ini ?? “.

“ sekarang lah…kan chu ? ” jawap mimi

 “ sebenarnya mama Mimi selalu ingatkan perkara ni pada uchu, sebab tu kalau chu balik, chu cube manfaatkan masa chu untuk berbakti pada tok dan tok wan”

“ ooo…”

“mimi pernah dengar tak kisah di zaman Khalifah Umar al-Khattab. Ada seorang perempuan ni, dia sangat menjaga ayahnya. Apa sahaja kehendak yang diinginkan oleh ayahnya, pasti dia akan cuba tunaikan. Makan minum semuanya dijaga olehnya semacam dia diasuh sewaktu kecil. Walaupun ayahnya sudah tua dan nyanyok, namun kemana sahaja dia pergi, pasti dia bawa bersama ayahnya sehinggalah pada suatu hari  Khalifah Umar memandang gelagat wanita ini yang mengendong ayahnya kesana ke mari. Lantas terdetik di hati Khalifah Umar,

‘ masih ada manusia di dunia ini  mentaati ibu bapanya sampai macam tu sekali ‘
Lantas Khalifah Umar pun menegur perempuan itu.

“ wahai wanita yang solehah, semoga Allah mengganjari mu dengan ganjaran syurga yang hebat atas keikhlasan dan pengorbanan pada orang tua mu itu”.

lantas perempuan itu menjawap.

‘ aku bukanlah seperti yang engkau sangkakan. Sebenarnya apa yang kau Nampak aku berjasa pada ayah aku ni bukan seperti yang engkau fikirkan. Dalam hati aku sebenarnya mengeluh dan menenti bila saatnya orang tua aku ini akan pergi…”,

" lebih kurang macam tu lah kisahnya "

Walaupun dia rasa macam tu. At least dia bantu juga makayah dia. Kita ???

“ k..dah. nak bantu chu basuh baju Tok Wan tak ? “

“ nak-nak “

tiba-tiba ana dikejutkan dari lamunan tidur. mimpi rupanya.

Berbaktilah kepada ibu bapa kita selagi hayat mereka masih ada, sebelum mereka tiada…
sempena bulan Ramadhan…satu perumpamaan yang kita cuba sama-sama lakukan.

ALANG-ALANG NAK BUAT KEBAIKAN, BUATLAH YANG TERBAIK !

Pesan sahabat  rafiq ana suatu masa dahulu…

“ fastabiqul khairat ” ^^

Salam Ramadhan….



2 comments:

  1. ENDING tak best...isinya mantop...napa mesti mimpi?..tpi, sedikit sbyk dpt input dan trbiah..mabrok

    ReplyDelete
  2. xda pa-pa...biarlah rahsia..^^
    bukan ana lah yg selayaknya macam tu...
    namun biarlah Allah yg tahu...^^ amen..

    ReplyDelete