Monday 3 December 2012

sangka baik


"ok, semua boleh menyimpan kitab masing-masing. letak lah kat belakang kelas atau di luar, mana-mana pun boleh". pesan Dr kepada kami sebelum menduduki peperiksaan.

setelah kertas peperiksaan diedarkan, saya terdengar suara-suara bisikan mengatakan soalan-soalannya susah. bagi saya sendiri, tidak ada istilah susah dalam belajar. cuma bezanya dia tahu atau pun tak, ingat ataupun lupa. kalau dah tak baca, macam mana nk jawab? lainlah kalau dah baca tapi tak ingat dan soalan tu memang memerlukan KBKK.

 kalau malam exam baru nak sentuh kitab, sudah tentulah kurang persediaannya.
jangan kita jadikan soalan susah untuk menutup sikap kita yang suka membaca di saat-saat akhir exam - termasuklah saya sendiri. orang yang berjaya dia tidak suka memberikan  reasons  tetapi di memberi  result!

walaupun begitu, saya sendiri akui bahawa soalan-soalan Doktor-Doktor di sini susah untuk diduga kerana kebanyakkan yang ditanya bukanlah isi-isi yang penting, kalau sekadar point-point yang besar, tentulah ramai yg boleh jawab tetapi yang ditanya dalam perbahasan dan pen'details'lan dalam isi-isi yang ada. mencabar bukan?

sedang khusyuk menjawab, satu persatu pelajar keluar. terutamanya sekali pelajar arablah. bagi mereka yang keluar awal tu adalah bijak. tapi result exam dapat tinggi orang Melayu jugak (dan sebilangan orang arab). namun saya lebih suka menanti hingga minit-minit akhir peperiksaan, siapa tahu jikalau ada ilham dan point-point yg lebih 'padu' di saat akhir. dalam masa yang sama saya masih 'menanti' ilham untuk soalan yang terakhir sehinggalah sudah separauh kelas kosong, Dr datang kepada saya.

"sudah-sudah lah sheikh, dah cukup jawapan kamu tu". kata Dr yang didengari satu kelas. padangan mereka tertumpu pada saya dan Dr.

"kamu turunkan kertas kamu sikit sebab nanti otrang boleh tiru, letak atas meja". pesan Dr.

tidak lama kemudian, saya terangkat kertas sedikit  kertas jawapan saya tanpa saya sedari. Dr ternampak. tapi saya masih tidak perasan 'reflection' saya ketika itu.

"kamu! pergi duduk hadapan meja sana. depan sekali", saya masih terpinga-pinga kenapa Dr cakap macam tu. eh, kenapa pulak ni? - sambil mengubah tempat.

"lepas ni saya susah nak percaya kamu dah, saya telah cakap untuk kali pertama tadi dan bila kamu buat lagi". saya hanya diam dan terfikir, kenapa Dr cakap macam tu. akhirnya saya mengambil keputusan bertanya kepada Dr,

"ya Dr, kenapa kamu cakap tak akan percaya saya lagi?", tanya saya baik-baik.

"kenapa tidaknya? perbuatan kamu tadi boleh membuatkan orang meniru jawapan kamu, bukan saya telah peringatkan awal tadi!", ada yang meniru aku kah? rasanya orang yang belakang aku tadi dah keluar dan aku angkat kertas sikit ja, itu pun tidak sengaja.

apakah kerana Dr cakap jawapan aku dah ok, menjadi daya tarikan? apakah kerana kalam "mumtaz" yang diucapkan Dr padaku di exam yang lalu, mereka berniat untuk meniru?-walhal bukan tinggi mana pun exam ku yang lalu. kenapa saya yang kena?
meniru.....saya bukan meniru, berniat pun tidak.
ah, musibah apa ni??

"saya minta maaf  Dr, saya tak perasan tadi, tak sengaja", Dr hanya menjeling kecewa.

bagaikan aku dapat merasai kekecewaan Dr, kerana sebelum ini, Dr sangat ihtiram (menghormati). saya pun rasa serba salah, terus ku hantar kertas jawapannya.

"kamu salah dua", kata Dr

"syukran", balas ku ringkas.

bingkasku mencapai beg keluar kelas, rasa sangat sedih bila Dr cakap dia tidak percayakan aku lagi. apakah ada kegembiraan lain selain disukai oleh guru? apakah ada kesedihan lain pabila guru berkata kecewa kepada anak muridnya?

kepulangan ku kali ni, aku tidak memilih coaster untuk pulang. aku memilih untuk berjalan sambil menenangkan hati. ku keluarkan handphone dari poket jaket ku untuk mendengar zikir-zikir yang menenangkan. Alhamdulillah......

'aku perlu bersangka baik kepada Allah atas keizinan peristiwa tadi. mesti ada sebab nya Allah takdirkan perkara tu terjadi. aku perlu bersangka baik dengan Allah. mungkin ini wasilah yang Allah berikan kepada ku untuk lebih hampir dengan Dr, siapa tahu?? insha Allah..insha Allah..insha Allah', pujuk dan terus pujuk hati.

walaupun Dr cakap aku salah dua sahaja, sedikit pun tidak menggembirakan aku kerana itu bukan tujuan ku. bukanlah ku dambakan result yang cemerlang setinggi awan tetapi yang ku harapkan adalah keberkatan dari seorang guru!

tidaklah diizinkan sesuatu berlaku itu melainkan ada hikmah dan yang Allah hendak ajarkan pada hambaNya. aku hamba! siapalah aku hendak berkata itu dan ini terhadap apa yang telah berlaku melainkan aku perlu belajar dan redha.

redha itu lebih tinggi nilainya daripada sabar. sabar itu kita hadaPi dan simpan tetapi redha itu kita hadapi dan kita menerimanya dengan hati yang terbuka dan penuh kehambaan. yakin pada Allah dan minta lah pertolongan dariNya. insha Allah ada hikmah yang yang Allah lebih mengetahu dari ku ilmu yang sedikit cuma.

"ataukah mereka mengambil penolong selain Allah. katakanlah, " Apakah (kami mengambilnya juga) miskipun mereka tidak memiliki sesuatu apa pun dan tidak mengerti? 
katakanlah pertolongan itu hanya milik Allah semuanya. Dia memiliki kerajaan langi dan bumi. kemudian kepadaNya kamu dikembalikan"
surah az-Zumar : 43-44.


BERSANGKA BAILAH KEPADA ALLAH...^^


2 comments:

  1. "Aku adalah seperti mana hambaKu berfikir tentangKu.."
    Mudah untuk kita ucapkan,untuk kita cakap pada orang lain untuk berhusnuzon.tapi bila ujian menimpa kita dan memaksa kita untuk berhusnuzon,susahkan sebenarnya..tapi susah tak bererti mustahil..tetaplah berhusnuzon kerana itu jalan untuk kita bahagia..
    Andai yang kita mahukan adalah Allah meredhai setiap perbuatan,tingkah laku kita,kita juga perlu,mesti redha dengan ujian Allah pada kita..x gitu..?:)

    ReplyDelete
  2. betul :) pertuturan kalam seindah dan semudah bicara tapi sejauh mana hati kurniaan Ilahi meyakini n praktikkannya... teruslah meraih redhoNya ;)semoga menjadi hambaNYA yang soleh..

    ReplyDelete