Saturday 15 December 2012

bidadari yang menanti



sinergi keimanan yang menyirna ketaqwaan adalah terpancar dari hati yang ikhlas lagi suci.  bukan kerana kaki yang tergelincir, kita memilih untuk duduk terjatuh.tiada bangun mahupun usaha.
bukan juga tiada buah pada pokok, kita katakan pada akarnya rosak.
cuma hanya perlu menyemai sedikit baja. itulah dunia tempat kita menyemai dan akhirat tempat kita menuai. Allah tidak akan tanya sejauh mana fitrah mu telah tertunai, akan tetapi sejauh manakah langkah fitrahmu itu munuju Aku!

bercinta bukan sekadar pada percintaan. sinergi itu adalah cinta yang ikhlas untuknya dia meraikan naluri fitrah insani, cinta keranaNya adalah fitrah rabbani.
bercinta kerana dia dan keranaNya ini adalah formula para sahabat dan salafussoleh. orang yang hampir kepada Nabi, oh, indahnya!
berpisahnya tidak gelisah bertemunya diucapkan Alhamdulillah.

jika aku adalah panglimaNya, kau adalah kasatrianya. semuanya kerana apa? keranaNya. jika dilucutkan jawatannya tentu rasa kecewa. namun apakah langkah itu harus pergi bersama-sama jawatan, kalau perlu demi kebaikan agama dan Tuhan, silakan.
andai perlu berhenti melangkah menuju Tuhan kerana perginya jawatan, mahu ku tidak sama sekali!

Apabila cinta ada di hati,yang satu pasti juga..
cinta itu ada di hati yang lain..
kerana tangan yang satu takkan bisa
bertepuk tanpa tangan yang lain..
kalau tak jumpa hati yang satu lagi hari ni,
insyaAllah,bidadari syurga sentiasa menanti.

sesuatu yang datang dari jiwa,akan sampai ke jiwa dan akan diterima oleh jiwa.. Sentiasalah menjiwai setiap perkara yang dilakukan.. InsyaAllah,kejiwaan yang dirasai,pastinya membuahkan kepuasan yang tidak ternilai.. dan pastinya orang yang menjiwai jiwa kita jua boleh menitiskan air mata kegembiraan yang tak terhingga.

dialah jodohku, pesanku padamu, pesan cintaku, pedang-pedang sahabat yang hilang, bidadari yang menanti adalah perjalanan kisah yang satu. *(^_^)*

kisah benar ke? kisah benar ke tidak tidak perlu untuk dipersoalkan, hajatnya agar ada yang dapat mengambil pengajaran. itu kehidupan teman-teman sekitar saya dan diri dalam...

~kembaramenujuIlahi



3 comments:

  1. 'dialah jodohku, pesanku padamu, pesan cintaku, pedang-pedang sahabat yang hilang, bidadari yang menanti adalah perjalanan kisah yang satu.'

    puas memikirkan apa maksud di sebalik kata2 ni.. akhirnya dapat jawapan. benar. kisahnya satu. tapi, tak pasti adakah ramai yang mengetahui atau sama pening spt saya juga.

    pd pendapat saya, bidadari yang menanti adalah pengakhiran bg kisah yang satu, kan? harapnya ade cerita yang lain pula.

    p/s: isi dah mantop. kalu touch up sikit2, mungkin boleh menang dalam face-blog. who knows?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah, who knows right ;)
      fihghting for Islam,
      terima kasih atas komentar^^

      Delete
    2. nampak macam pening, betul. tapi saya kepuasan menulis amat dirasai, bukan krana menarik tapi dapat meluahkan dari sebuah kembaa hidup^^

      Delete