Saturday 22 December 2012

bicara malamku

Malam masih muda. Sedang ku berjalan pulang dari meeting "kembara Sang Murabbi", yang akan menyambut kedatangan al fadhil Ustaz Zainal Asri Haji Romli, pastinya bersaksikan dataran Syam Mu'tah. 

Sesekali mataku memerhati bulan separa yang 'ditinggalkan' keseorangan tanpa pasangan, pada kebiasaannya kulihat bulan malu-malu bersembunyi di sebalik awan,  tapi tidak malam ni, malam ini tiupan anginnya juga sangat tajam menusuk ke tulang. Sangat sejuk! 

Sungguh mencabar iman dan amalan seharian. Kadang-kadang aku bimbang juga akan diri yang terpaksa membiasakan diri meninggakan perkara-perkara sunat, kerana apabila seseorang yang berjinak-jinak meninggalkan perkara sunat, dia akan mula terasa untuk melakukan perkara-perkara yang makruh. Lama kelamaan melakukan perkara makruh, kita akan mendekati pula perkara-perkara yang haram. Tidak mustahil jika sudah terbiasa dengan perkara-perkara haram, kita akan melakukan dosa-dosa besar!

moga Allah melindungi diri ku dan sahabat-sahabatku di sini. namun itulah juga pesanan-pesanan murabbi saya dahulu. 

sesampai sahaja di rumah aku tidak boleh melabuh diri di tilam yang menjadi tempat 'iktikaf' kebanyakkan pelajar di musim sejuk ni. aku perlu usaikan semua kerja-kerja aku terlebih dahulu. namun, aku juga tidak melupakan apa matlamat yang hendak aku lakukan dan capai pada besok hari, supaya hari-hari yang dilalui lebih tersusun dan dapat membina kematangan diri. 

aku menulis dengan pen berwarna biru di helaian kertas kosong, warna kegemaranku ketika menulis supaya aku dapat melihat dengan jelas apa yang aku rancang, bukan sekadar di awang-awang fikiran. pastinya tidak kemana.

" last but not the least ", suka benOr teman sepengajian saya di sini yang mahir Bahasa Inggeris dengan ayat tu.
sebelum malamku diakhiri dengan lelapan mata, ku rendahkan hatiku, jiwaku. ku jinakan tawaduk dan imanku untuk memuhasabah diriku pada hari ini. ku maafkan semua orang. Alhamdulillah. aku tidur sambil tersenyum^^

Islam amat menganjurkan kita agar sentiasa memuhasabah diri, sebaiknya setiap masa, namun andai tidak mampu sentiasa, sekali sehari sebelum tidur itupun sudah memadai. sebagai tanda kita sebagai hambaNya.

" ya Allah, kami ini hambaMu yang hina, sering melakukan dosa".


3 comments:

  1. Semoga Allah menjagamu dengan baik sahabat.

    ReplyDelete
  2. muhasabah tanda mahabbah diri untuk membawa 'menuju ilahi' ;)

    ReplyDelete
  3. kadang2 kita terlupa.
    kerana kesibukkan dunia.
    kadang2 kita terlalu mengikut perasaan.
    lupa dengan apa yang Allah pesan.
    itulah insan.

    kadang2 ht terasa gundah.
    jiwa terasa resah.
    kerana kita tahu kt sdg berbuat salah.
    kerana itu kena selalu muhasabah.
    ingatkan kita kembali kepada Allah.

    yuk. sama2 menjadi hamba ilahi. ^^

    ReplyDelete