Friday 21 December 2012

berjaya juga ku lafazkan

Setelah sekian lama saya menantikan suatu lafaz yang menjadi mahkota para lelaki yang mencintai akan sesuatu yang dicintainya, setelah penantian saya selama dua tahun menanti, akhirnya... akhirnya... akhirnya saya dapat melafazkan juga baru-baru ini.

sejak dari kecil saya mengikuti semua perancangannya, dari kecil saya cuba menjadi sepertinya, tapi sekali pun saya tak mampu capai. hanya membina istana di atas awan. namun saya tidak berhenti di situ, saya terus menjadi peminat setianya. sehinggalah saya hanyut dan berubah. Dari diri seorang yang negatif menjadi lebih negatif. Sikap ku juga semakin berubah, imanku pula semakin lemah, nafsu pula berdekah-dekah.
"ah, tak mengapa! ", kata imanku.

 aku diam, begitu juga imanku. apa lagi yang boleh di buat. kami menuruti apa sahaja kemahuannya. jarang sekali aku membantah. kadang-kadanga aku terpaksa 'bertarung' dengan adik beradikku hanya kerana cintaku yg tak semena-mena tu.
ternyata cintaku padanya tidak lagi mampu ku tahan, 

ya, itu semua cerita dahulu, namun sekarang tidak lagi kerana aku telah melafazkannya dan mengetahui segala isi hati dan semua perancangannya. sejak dari tingkatan lima aku mula meminati untuk mengetahui akan dirinya, liku-liku perancangannya, sehinggalah sekarang dua tahun penantian. hanya dengan sekali lihat dan tonton dan sekali lafaz..

"Aku dah khatam cerita  
“the arrival”

aku telah tahu segala perancangan mereka selama ini. cerita-cerita di TV, berita-berita yang telah diputar belitkan oleh PBB, OIC dan lain-lain. perancangan mereka dalam nak merosakkan orang Islam sangat licik, menampakkan Islam adalah agama "terrorist" di mata dunia.  kita sudah lama hidup berqiblatkan cara hidup mereka dan perancangannya.

sejak dari kecil saya setia dan percaya apa sahaja siaran 'wahyu' mereka pada kami anak-anak. malah saya sangat 'mencintai' rancangan-racangan meraka suatu masa dahulu. sungguh saya telah 'berkecil hati' dengan perancangan mereka yang pasti tidak akan berjaya! hanya sia-sia~

aku rasa sangat gembira setelah dapat melihat kesemua 51 episod "the arrival" dengan 'sanad videonya' yang bersambung dari awal hingga akhir. 

saya juga nak sarankan teman-teman cari video ni dan lihat bagaimana peracangan anti-christ, illumminati  merosakkan Islam dalam masa yang sama menanti kedatangan Dajjal dan imam mahdi serta peluang-peluang untuk kita ummat Islam jana semua kekuatan kita. 

"jaga-jaga wahai zionis, tentera Muhammad telah  DATANG ! "



3 comments:

  1. betapa liciknya orang kafir dalam merancang untuk menjatuhkan ummat islam.. Allah2.. syukran ats perkongsian.

    ReplyDelete
  2. hohoho... saya pun nak lafazkan jugak la. saya dah khatamkan dah~~ 51 episod tu rs cm banyak je.. tapi, kalau nak bandingkan segala ilmu di reveal kan 1 per 1 tu, x rasa pun cm banyak kena tengok...

    macam tengok warkah cinta... kejap je rs. :P

    ReplyDelete