Takrif Al-Quran dalam Kitab Ulumul Quran yang disusun oleh
Sheikh Fadhlu Hassan Abbas, ada menyebut
perkataan [ المعجز] yang memberi makna
mukjizat. Antaranya maksudnya adalah ayatnya sedikit tetapi maknanya banyak dan
meluas.
--perkataannya sedikit tetapi maksud tersiratnya banyak--
Gambar.
Untuk berkongsi dengan seseorang kita tidak perlu karang
ayat bermuka-muka helai kertas untuk menceritakan apa yang tersimpan di hati. Sekeping
gambar sudah memadai. Biarpun hanya sekeping namun di dalamnya mempunyai kisah
1001 cerita.
Cara manusia ingin menceritakan sesuatu dalam bentuk gambaran bukan perkara baru. Hal ini sudah sekian lama tercatat
dalam sejarah. Misalnya ketika zaman purba Mesir yang melukis di dinding
bangunan bagi menceritakan cara hidup, sejarah mereka dan lain-lain. Namun, fenomena
ini kembali dipopularkan di facebook.
Kesemuanya ingin menggambarkan sesuatu di dalam hati.
Hebatnya gambar adalah kita dapat menceritakan sesuatu yang
kita tak mungkin dapat ungkapkan dengan kata-kata.
Maka, terimalah sedikit coretan ringkas, gambar ini…
Gambar ini…
Gambar ini ada tersimpannya gula,
Pernah juga mengaris luka,
Bukan kerana insan-insan di dalamnya,
Cuma seribu ‘suatu cerita’ yang masih segar dalam kepala.
Pernah juga mengaris luka,
Bukan kerana insan-insan di dalamnya,
Cuma seribu ‘suatu cerita’ yang masih segar dalam kepala.
Gambar ini pernah menjanjikan jannati,
Berani menyahut cabaran di jalan Ilahi,
Namun hukum alam berkata patah tumbuh berganti,
Akhirnya, perginya tidak kembali.
Berani menyahut cabaran di jalan Ilahi,
Namun hukum alam berkata patah tumbuh berganti,
Akhirnya, perginya tidak kembali.
Gambar ini, tempat ini, dan di sini,
Segalanya berlalu ...
Gambar ini membezakan aku dan dia, kau dan aku,
Betapa kerdilnya aku dengan hamba-hambaMu yang lain,
Betapa kerdilnya aku dengan hamba-hambaMu yang lain,
Allah… ~
“…. Jika demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya,
mudah-mudahan Allah kembalikan mereka semua kepadaku. Sesungguhnya Dia lah jua
Yang Maha mengetahui, Lagi Maha Bijaksana.”
[ Suruh Yusuf : 83 ]
[ Suruh Yusuf : 83 ]
“Sekiranya Allah mengambil sesuatu yang kamu tidak jangka
akan kehilangannya, yakinlah bahawa Allah akan menggantikan sesuatu yang kamu
tidak jangka untuk memilikinya.”
--Kalam Sheikh Syaarawi--
--Kalam Sheikh Syaarawi--
Cerita itu tidak mudah dibawa angin masa yang mudah datang dan
pergi. Padanya kisah sedalam dasar lautan.
Moga Allah membantu, Allahu musta3an.
No comments:
Post a Comment