Tuesday, 5 June 2012

MEMBINA RAIS/AH DAN NUQOBA' YANG HEBAT !

Asslamualaikum sahabat-sahabat sekalian, apa khabar antum semua? rindu rasanya hendak mengetahui keadaan antum. Apa khabar pula imannya? masih ka hati itu ingat dan terus sentiasa berfikir dan  zikir kepada Allah. 
sahabat,kita ada dua tanggungjawap yang besar dalam kehidupan kita ini, menjadi hamba  dan khalifah.  percayakah anda jika ana katakan bahawasanya seseorang yang tidak mampu menjadi seorang hamba yang baik pastinya dia tidak akan mampu akan menjadi seorang khalifah yang baik.


sebab apa ana katakan macam tu??


seseorang yang suka menjadi 'tuhan-tuhan kecil' pastinya gelora egonya memacu hidupnya, dan pastinya juga dia tidak akan  suka diarah atau di suruh kerana  dia merasakan dialah yang sebaik-baiknya dalam satu perkara dan terbaik, hakikatnya tidak!
Allah lah sebaik-baik dalam melakukan sesuatu urusan. Allah itu Maha besar dan Maha segala-galanya.apabila seseorang itu merasakan dialah yang terbaik, paling hebat, dan seumpamanya, orang itu pasti tidak suka untuk mendengar arahan dari Allah, apatah lagi arahan dari manusia tentunya dia tidak akan lebih-lebih tidak akan mampu. 
apakah sepanjang hidup kita hinnga saat ini, kita merasai Allah di dalam setiap pekerjaan kita?
 jom kita menghisab diri kita apakah kita adalah hamba???  resetlah semula minda, hati dan jiwa...


ana pernah mengendalikan satu program bersama-sama dengan seorang hamba Allah ni. dalam program kali ini saya bersama-sama dengan sahabat-sahabat yag lain menjadi AJK dalam satu unit.
pada permulaannya semua orang dapat mengikuti arahan dan menjalankan tugas dengan baik. Bahkan saya boleh katakan unit itu adalah unit kami adalah unit yang terbaik pada hari tu - pada penilaian kami. ATAS KUASA KEYAKINAN DAN KOMITMEN  yang kami curahkan semasa program. Alhamdulillah. kami telah MEMBERI  yang terbaik. bukan sahaja kerja-kerja unit kami, kami mampu selesaikan bahkan jobskop unit-unit lain turut kami mampu untuk usaikan. Alhamdulillah. 


pada malam tersebut, kami sempat membuat postmoterm sesama unit kami. mencari erti dan entiti gerak kerja kami. mana yang lebih kami cuba tingkatkan dan yang kurang kami perbaiki. 
semasa sedang berlangsungnya postmoterm tu, sesejenak beberapa ' slide show' bermain di fikiran ana berkenaan hasil kerja produktiviti kami pada hari tersebut, hari pertama program - sebab kami dapat buat kerja dengan sistematik dan lancar sekali. fikir ana.  ternyata antara salah satu faktornya adalah sikap proaktif. mampu hadapi dan atasi masalah dengan bijak. perkara ini juga di sebut dalam buku Stephen R. Cover dalam bukunya 7 habits highly effective people. memang betul sebabnya saya dan kawan-kawan amali dan alami sendiri.


itulah kehidupan saya semenjak dua ini, keluar sebelum jam 7pagi dan pulang selepas jam 12 tengah malam. berbeza dengan beberapa unit lain, keluarnya boleh jam 8pagi dan pulangnya sebelum jam 11malam. malah pada petang\nya mampu lagi 'layan' tilam. 
walaupun agak kepenatan, tetapi ana rasa sangat bahagia. bahagia kerana dapat memberi. rasa syukur sebab Allah memberi ruang dan peluang untuk sibuk dalam ibadat daripada sibuk dalam maksiat !
biarlah derita dalam ibadat daripada gembira dalam maksiat...
Alhamdulillah...
menyedari ada memberapa amanah taklifat yang ana perlu usaikan.setelah pulang pada lewat tengah malam atau 'awal pagi' tersebut, ana terus capai laptop membuka emel untuk menyelesaikan taklifat ana. semasa sedang sibuk 'bekerja akhirat' sempat ana menjengah di halaman youtube mencari pengisian ' hati '.
" membina raisah dan nuqoba' yang hebat ".  itulah tajuk yang ana terjumpa.


tajuk tersebut sesejanak mengimbau kenangan di 'taman islami' Maktab Mahmud dahulu yang banyak merakamkan memori indah, membentuk diri benar-benar menjadi seorang muslim yang lebih baik, Alhamdulillah !


untuk itu ana rasa ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat yang sibuk 'bekerja akhirat' dalam menyebarkan kasihNya...


menjengah kenangan silam dalam ingatan,
mencari hikmah yang hilang dalam kehidupan...
 
" AKU SEORANG NAQIB "



video

No comments:

Post a Comment