Tuesday, 25 December 2012

imtihan akhir semester


terima kasih Luqman atas 'editan' yang menarik ni!
terkejut bila nta hantaq kat ana tadi. cantik bangat!

Pantas sungguh masa berlalu,sudah pun berada di penghujung semeter pertama. Peperiksaan pun tak lama ja lagi. Benarlah kata pepatah arab bahawa masa itu ibarat pedang, sekiranya kamu tidak memotongnya maka dia akan memotong kamu. 

Dari musim panas, bertukar ke musim sejuk, dari panas sahara ke haba sejuk atmosfera utara, tempias angin sejuk dari Eropah. Itulah tempat kami bernama Mu'tah, tempat yang menjadi saksi syahidnya Abdullah ibn Rawahah, Zaid ibn Thabit dan para syuhada' lain yang masih 'hidup'.
Hidup pastinya tidak terlepas dari dua urusan. Urusan berkaitan Rabbaniyyah dan urusan Insaniyyah. 
Peperiksaan pun dah makin hampir. Usaha pula sedang diusahakan. Cuma saya ada satu permintaan dari hal insaniyyah berdoa kepada Rabbi buat kami anak-anak yang sedang belajar di sini.  buat teman teristimewa saya (mana-mana akhawat jangan dok teghasa (terasa) na :P ^^), tak da mana-mana perempuan pun. dia syabab lah. tapi bukan gay ok! (^^

kenalan-kenalan di ruang maya mahupun di alam nyata, adik beradik along abang rizal mimi yang banyak berjasa, abang cup kak Ina hasif hannan Humira' humaidi yang baru melihat alam ini, kak yah dan abang asri yang sangat bahagia^^ ~ amin, abang din kak lah afnan dan azki yang soleh2 semua, abang mat kak ar aisyah muaz dan baby yang masih dalam kandungan, c.ah dan abang naufal yang sedang bahagia. Tidak dilupkan insan yang paling banyak berkorban - mak dan ayah agar mendokan anakmu menjadi insan yang berguna dan menjadi anak yang soleh di mata ibu dan ayah dan di mata Allah. insha Allah!
adik dah tak lama dah nak exam. hari tu cik dah tepon banyak kali dah tapi tak dapat-dapat. tapi tak pa, dalam masa sehari dua ni cik cuba tepon lagi noo.. ^^

BIL
SUBJEK
TARIKH
HARI
JAM
1.
AQIDAH ISLAMIAH
6 / 1 / 2013
AHAD
12.45 – 2.45 p.m
2.
MADKHAL ISLAMI
7 / 1 /2013
ISNIN
3.00 –  5.00 p.m
3.
ULUM HADIS
8 / 1 / 2013
SELASA
10.30 – 12.30 p.m
4.
ULUM QURAN
10 / 1 / 2013
KHAMIS
10.30 – 12.30 p.m
5.
ULUM ASKARI
-
-
-
*ini jadual exam cik. 
tidak dilupakan teman-teman sepengajian di sini yang banyak membantu. ukhuwah yang kita sama-sama bina. sangat manis dan sayang untuk diluahkan ke tanah menjadi habuan semut dan rama-rama.
'hah? apa kaitan dengan rama-rama?'. tak da papun. saja ja meghapu (merapu) :P
minta maaf jika ada salah dan silap kat selama ayat ana dikEndOng badan niwh ^^
minta maap yerr...
usaha yang terbaik sebagai hamba dan pelajar, natijahnya biar Allah yang tentukan. buat yang terbaik ye. jom sama-sama buru ilmu dengan MUMTAZ!!! 

Monday, 24 December 2012

puisi Bro Afdlin Shauki

Allahu akbar! Ini puisi yang disampaikan sebentar tadi oleh Bro Afdlin Shauki. dimulakan dengan ta'awuz.
MATA KECILKU
Nukilan : Ammu Afdlin Shauki aka Abu Miasara

Kau buat mataku kecil
Kau buat badanku besar
Kau sayangkan aku

Kau buatku serba kekurangan
Supaya aku berusaha mencari kejayaan
Kemudian kau limpahkan dgn kesenangan
Kau sayangkan aku

Aku leka dengan hidup dunia
Tiada syukur tersemat didada
Hari hari bergelumang dosa
perhubungan kita tidak ku jaga
seperti seorang anak tak mengenang jasa
Kau sayangkan aku

Aku yg sudah hanyut jiwaku
Rasa tak layak lagi bersamaMu
Sangkaku tertutup sudah pintu kemaafanMu
kerana ke-alpaan diriku
Kerana kebodohan diriku
kerana keangkuhan diriku
Kerana ku butakan mata kecilku
"Masihkah Kau sayangkan Aku?"

f16 Israel membedil Gaza
Kau sayangkan aku

Bom Bom Israel mencari Syuhada
Kesengsaraan di tanah Gaza
Kehancuran merata- rata
Kezaliman yg tak terkata
Kau sayangkan aku

Kemanusiaan membawaku ke sana
Kau permudahkan segala cara
Walaupun debar menggoncang dada
Kau beri ku kekuatan minda
Selamat perjalananku ke Gaza
Agar akhirnya dapat ku guna
Mata yang lama tak bercahaya
Kerana hanya mengejar dunia
Kau Sayangkan aku

Mataku melihat, runtun hatiku
bukan kerana kematian dan kesusahan di situ
Gaza tanah barakahMU
walaupun semuanya kelabu
Dipenuhi oleh kekasih-kekasihMU
Yang tidak pernah menyoal cintaMU
Yang tak pernah menyalahkanMU
Walaupun apa saja kesusahan yang kau beri
Kesyukuran tak pernah meninggalkan hati
Semua kekasih kekasihMU itu merindui
Bersamamu di Jannah nanti

Air mata berlinangan dari mata kecilku
Melihat Ketenangan wajah kekasihMU
Melihat Keberanian jiwa kekasihMU
Melihat keredhaan hati kekasihMU
Melihat ketaqwaan hidup kekasihMU

Senyum kekasihMU penuh cahaya
Senyun terukir walaupun duka
Senyum di beri tak memilih siapa
Senyum penuh kesyukuran padaNYA

AKu terduduk, terdiam melihatnya
Mata aku berkelip tidak percaya,
tidak pernah aku melihat sepertinya
Adakah aku dibumi nyata
ataupun menghampiri ahli-ahli syurga

Palestin bergolak atas keizinanMu
Kau mahu Palestin menjadi guru
Pelajaran bagi semua umat MU
Menyuluh jalan pulang padaMU

Aku meminta pengampunan dariMu Ya Allah
Kerana setelah semua yg aku laku
kau masih sudi membuka mataku
kau masih sudi mahu bersama ku
Kau masih sudi sayangkan aku
Kau sayangkan aku

Aku bersyukur dan merasa rendah
kerana diriku yang masih kau endah
Akan ku balas cintamu dengan seluruh jiwaku
dengan badan besarku
dengan seniku, dengan jenakaku, dengan akalku
dengan mata kecilku yang kini melihat kebesaran Mu
kekuatan Mu, Ke BijaksanaanMu, PengampunanMU
Cinta Mu yang memang tidak ada seteru.
Semua yang ku lakukan kini kerana Mu

UntukMu inginku menjadi Qalam
Akan aku ceritakan kebesaranmu kepada sekian Alam
Akan ku sampaikan kasih mu yg sangat mendalam
Ya aku, Budak gemuk yg 120kg ni... ISLAM.

Allahu akbar!

HARGAILAH SEBELUM ANDA TIDAK BERHARGA



" Bila bercinta tandanya suka, bila sakit tandanya mengaduh, bila kecewa tandanya menangis. segala-galanya ada tandanya. namun bila hati terluka, tambah pulak jika air mata itu kerana seseorang, yang tidak menghormati kita sebagai bakal suaminya. dia suka menyembunyikan banyak perkara daripada ana. jarang sekali dia menghormati ana. ana tak minta dia buat lebih-lebih, ana pun tidak suka.ana pun faham soal syariat. memadailah sekiranya dia mampu menghormati ana tapi .....". kalamnya terhenti di situ. luah teman saya yang akan pulang ke Malaysia untuk berkahwin tidak lama lagi. sedih, tersentuh.


seakan dapat memahami isi hatinya. tapi apakan daya.

duhai wanita,
Hormatilah seseorang yang cuba menghormatimu. Hargailah mereka selagi anda masih berharga di matanya kerana jika tidak pasti anda akan hilang nilainya. Bukan meminta supaya melanggar syariat, tetapi berilah HORMAT. hormatilah dan hargailah orang yang menghargaimu sebelum dirimu benar-benar TIDAK BERHARGA DI MATANYA!

" temanku, manusia sememangnya tidak mampu menghargai. sebab itu ana sarankan anta meletakkan dalam diri anta prinsip perkahwinan bukan untuk menerima tetapi untuk memberi. jika tidak mampu memberi kerananya, memberilah kerana Allah". kesian pun ada. apakan daya saya, hanya mampu memberikan kata-kata semangat padanya.

wanita yang solehah pastinya mampu membezakannya yang mana syariat dan yang mana adat. Antara hormat, hargai dan ego. Buktikanlah yang anda benar-benar menghargainya jika benar anda ikhlas menerima dia dalam hidupmu!

saban hari saya menjadi 'Dr cinta' kepada 'pesakit-pesakit' di sini. Tidak kurangnya dengan tugas sampingan sebagai ejen pencari jodoh. hehe *(^_^)* ~siapa yg terasa tu jangan marah ye.^^

Hendak bercinta di awal usia jalannya bukan mudah kerana jika bercinta andai masanya belum tiba, takut  kau derita ketika kau belum sempat bersedia. sangat pedih. tambah pulak orang yang kita cintai itu tidak mencintai mahupun menghargai kita. terkadang hanya air mata sahaja pengubat rasa duka dan kecewa.

"air mata kadangkala lebih berharga daripada senyuman,kerana senyuman boleh diberikan kepada sesiapa sahaja. Tetapi tangisan dan air mata hanya boleh dititiskan kepada orang yang tersayang. Menangislah jika perlu menangis. kerana Allah ciptakan air mata adalah sebagai 'alkali' untuk meneutralkan 'asid' yang mengikis sedikit demi sedikit kebahagiaan di hati kita", pesan naqib ana.

itu soal CINTA muda mudi, tetapi soal iman? apa tanda kita jauh dari Allah?

pesan guru ana ketika dalam perjalanan ke sini. antara kita jauh dari Allah adalah apabila kita ada ilmu tetapi kita tak mampu untuk beramal dengan ilmu yang kita ada.
Kedua, bila kita ada ilmu dan mampu beramal, tetapi kita tidak ikhlas walau sedikit pun.  mahu sahaja semua orang tahu segala amal kebaikkannya digembar-gemburkan.
Ketiga. apabila kita bersama-sama dengan orang-orang yang soleh, sedikitpun kita tidak terasa kenisan yang terpancar dari hati mereka.

berapa kali kita menangis kerana Allah? berapa kali kita kecewa kerana diturutkan hawa nafsu kita berbanding soal cinta?

ampunkan kami hamabMu ini ya Allah...


Saturday, 22 December 2012

bicara malamku

Malam masih muda. Sedang ku berjalan pulang dari meeting "kembara Sang Murabbi", yang akan menyambut kedatangan al fadhil Ustaz Zainal Asri Haji Romli, pastinya bersaksikan dataran Syam Mu'tah. 

Sesekali mataku memerhati bulan separa yang 'ditinggalkan' keseorangan tanpa pasangan, pada kebiasaannya kulihat bulan malu-malu bersembunyi di sebalik awan,  tapi tidak malam ni, malam ini tiupan anginnya juga sangat tajam menusuk ke tulang. Sangat sejuk! 

Sungguh mencabar iman dan amalan seharian. Kadang-kadang aku bimbang juga akan diri yang terpaksa membiasakan diri meninggakan perkara-perkara sunat, kerana apabila seseorang yang berjinak-jinak meninggalkan perkara sunat, dia akan mula terasa untuk melakukan perkara-perkara yang makruh. Lama kelamaan melakukan perkara makruh, kita akan mendekati pula perkara-perkara yang haram. Tidak mustahil jika sudah terbiasa dengan perkara-perkara haram, kita akan melakukan dosa-dosa besar!

moga Allah melindungi diri ku dan sahabat-sahabatku di sini. namun itulah juga pesanan-pesanan murabbi saya dahulu. 

sesampai sahaja di rumah aku tidak boleh melabuh diri di tilam yang menjadi tempat 'iktikaf' kebanyakkan pelajar di musim sejuk ni. aku perlu usaikan semua kerja-kerja aku terlebih dahulu. namun, aku juga tidak melupakan apa matlamat yang hendak aku lakukan dan capai pada besok hari, supaya hari-hari yang dilalui lebih tersusun dan dapat membina kematangan diri. 

aku menulis dengan pen berwarna biru di helaian kertas kosong, warna kegemaranku ketika menulis supaya aku dapat melihat dengan jelas apa yang aku rancang, bukan sekadar di awang-awang fikiran. pastinya tidak kemana.

" last but not the least ", suka benOr teman sepengajian saya di sini yang mahir Bahasa Inggeris dengan ayat tu.
sebelum malamku diakhiri dengan lelapan mata, ku rendahkan hatiku, jiwaku. ku jinakan tawaduk dan imanku untuk memuhasabah diriku pada hari ini. ku maafkan semua orang. Alhamdulillah. aku tidur sambil tersenyum^^

Islam amat menganjurkan kita agar sentiasa memuhasabah diri, sebaiknya setiap masa, namun andai tidak mampu sentiasa, sekali sehari sebelum tidur itupun sudah memadai. sebagai tanda kita sebagai hambaNya.

" ya Allah, kami ini hambaMu yang hina, sering melakukan dosa".


Friday, 21 December 2012

berjaya juga ku lafazkan

Setelah sekian lama saya menantikan suatu lafaz yang menjadi mahkota para lelaki yang mencintai akan sesuatu yang dicintainya, setelah penantian saya selama dua tahun menanti, akhirnya... akhirnya... akhirnya saya dapat melafazkan juga baru-baru ini.

sejak dari kecil saya mengikuti semua perancangannya, dari kecil saya cuba menjadi sepertinya, tapi sekali pun saya tak mampu capai. hanya membina istana di atas awan. namun saya tidak berhenti di situ, saya terus menjadi peminat setianya. sehinggalah saya hanyut dan berubah. Dari diri seorang yang negatif menjadi lebih negatif. Sikap ku juga semakin berubah, imanku pula semakin lemah, nafsu pula berdekah-dekah.
"ah, tak mengapa! ", kata imanku.

 aku diam, begitu juga imanku. apa lagi yang boleh di buat. kami menuruti apa sahaja kemahuannya. jarang sekali aku membantah. kadang-kadanga aku terpaksa 'bertarung' dengan adik beradikku hanya kerana cintaku yg tak semena-mena tu.
ternyata cintaku padanya tidak lagi mampu ku tahan, 

ya, itu semua cerita dahulu, namun sekarang tidak lagi kerana aku telah melafazkannya dan mengetahui segala isi hati dan semua perancangannya. sejak dari tingkatan lima aku mula meminati untuk mengetahui akan dirinya, liku-liku perancangannya, sehinggalah sekarang dua tahun penantian. hanya dengan sekali lihat dan tonton dan sekali lafaz..

"Aku dah khatam cerita  
“the arrival”

aku telah tahu segala perancangan mereka selama ini. cerita-cerita di TV, berita-berita yang telah diputar belitkan oleh PBB, OIC dan lain-lain. perancangan mereka dalam nak merosakkan orang Islam sangat licik, menampakkan Islam adalah agama "terrorist" di mata dunia.  kita sudah lama hidup berqiblatkan cara hidup mereka dan perancangannya.

sejak dari kecil saya setia dan percaya apa sahaja siaran 'wahyu' mereka pada kami anak-anak. malah saya sangat 'mencintai' rancangan-racangan meraka suatu masa dahulu. sungguh saya telah 'berkecil hati' dengan perancangan mereka yang pasti tidak akan berjaya! hanya sia-sia~

aku rasa sangat gembira setelah dapat melihat kesemua 51 episod "the arrival" dengan 'sanad videonya' yang bersambung dari awal hingga akhir. 

saya juga nak sarankan teman-teman cari video ni dan lihat bagaimana peracangan anti-christ, illumminati  merosakkan Islam dalam masa yang sama menanti kedatangan Dajjal dan imam mahdi serta peluang-peluang untuk kita ummat Islam jana semua kekuatan kita. 

"jaga-jaga wahai zionis, tentera Muhammad telah  DATANG ! "



Monday, 17 December 2012

kasih seorang ibu


Sejuk. dataran syam sekali lagi menerima kunjungan tetamu syitak. pada masa inilah iman bisa teruji, pada masa ini para penuntut ilmu masuk ke rebana masing-masing memeram dalam selimut yang tebal, tilamnya yang empuk. pemanas atau lebih dikenali dengan sobah menjadi teman setia di musim sejuk. cakapnya berasap mulut bak lohong kereta api. sejuknya air pun bukan main lagi. apakan daya semua itu adalah pengalaman-pengalaman yang mencabar harus ditempuhi.

nak kentut pun kene fikir dua kali, percaya tak? tak sanggup nak ambil air sembahyang banyak kali. sejuk!
mahu sahaja wuduk zohornya sampai ke isyak.

setelah badan mula terasa penat, kawasan pinggang mula terasa lenguh-lenguh. Takrir dan bahas atau assignment ku biarkan dia menemani di muka skrin laptop. kalau terus menerus menghadap laptop mana tak penatnya?
skrin internet ku 'minimize'kan. mataku terarah pada satu 'sound klip' yang ku simpan di laman hadapan dekstop.

'ah, ini rakaman yang aku curi-curi rakam semasa berbual dengan ibu dahulu', sengaja aku merakamnya bagi mengingatkan diri yang sangat mudah alpa dan mudah teralih fokus. satu persatu ku hayati kata-kata ibuku sebelum aku menjejakkan kaki ke bumi syam ini.  penuh pesan, padat dengan peringatan dewasa ini buat diriku. terima kasih ibu!

ukhuwah dengan  ibu masih lagi hangat walau badai kesejukan tak henti-henti memecah bingkai tingkap dan pintu rumah, namun  masih kuat, masih terasa kehangatan pesanannya. sangat berguna di musim syitak ini.
ternyata kalam seorang ibu itu lebih mujarab dari penawar!

buat teman-teman sepengajian,
kasih ibu. ah, sukar sekali untuk diterjemahkan. hendak dibalas jauh sekali. dikala kita lupakan ibu, dia sering mengingati kita dalam tikar sejadahnya, dikala kita melupakannya dia pula tak henti-henti mendoakan anaknya di sini, kita sibuk  mengira keseronokkan kita di sini, dia disana resah memikirkan akan diri kita.

pastinya ibu ayah membayangkan anaknya kesana dan kesini anaknya mencari air ilmu di padang sahara syam, mengharapkan baja yang ditanamnya selama ini memberikan hasil pada penat lelahnya selama membesarkan. tapi hakikatnya kita?? ~ apa jawapan teman-teman. tepuklah dada, tanya diri sendiri.

hargailah dan fahamilah hati dan jiwa menjadi seorang ibu dan ayah kepada seorang anak kerana kelak kita pula akan berada di tempat mereka~insha Allah. dan disaat itu rasailah dan hadapilah jalan yang mereka pernah lalui dengan kita disaat kita yang sangat 'nakal' suatu masa dahulu.

"mak, saya nk RM2000", senangnya anak minta. bukan sedikit nilainya. demi anak, naluri ibu dan ayah mana tidak mahu mengusahakannya. pada sangkaanya bahawa anaknya sangat-sangat memerlukan. tak mampu cukupkan wang dalam mata pencarian seharian, ibu ayah pastinya sanggup berhutang. hanya kerana seorang anak!

agak-agaklahkan, dewasa ini adakah ada seorang anak sanggup berkorkan se'sinergi' ibu dan ayah??!

remember, what you give, you get back!

aku bukanlah seorang yang baik, tapi marilah kita sama-sama menjadi seorang yang baik.
bait-bait kalam ibuku menjadi irama menemani malam nan indah dalam keasyikkan. aku tidur dan terus tidur, kan ku bawanya bersama dalam kembara mimpi ku~

terima kasih ibu, terima kasih ayah! *(^_^)*

Saturday, 15 December 2012

bidadari yang menanti



sinergi keimanan yang menyirna ketaqwaan adalah terpancar dari hati yang ikhlas lagi suci.  bukan kerana kaki yang tergelincir, kita memilih untuk duduk terjatuh.tiada bangun mahupun usaha.
bukan juga tiada buah pada pokok, kita katakan pada akarnya rosak.
cuma hanya perlu menyemai sedikit baja. itulah dunia tempat kita menyemai dan akhirat tempat kita menuai. Allah tidak akan tanya sejauh mana fitrah mu telah tertunai, akan tetapi sejauh manakah langkah fitrahmu itu munuju Aku!

bercinta bukan sekadar pada percintaan. sinergi itu adalah cinta yang ikhlas untuknya dia meraikan naluri fitrah insani, cinta keranaNya adalah fitrah rabbani.
bercinta kerana dia dan keranaNya ini adalah formula para sahabat dan salafussoleh. orang yang hampir kepada Nabi, oh, indahnya!
berpisahnya tidak gelisah bertemunya diucapkan Alhamdulillah.

jika aku adalah panglimaNya, kau adalah kasatrianya. semuanya kerana apa? keranaNya. jika dilucutkan jawatannya tentu rasa kecewa. namun apakah langkah itu harus pergi bersama-sama jawatan, kalau perlu demi kebaikan agama dan Tuhan, silakan.
andai perlu berhenti melangkah menuju Tuhan kerana perginya jawatan, mahu ku tidak sama sekali!

Apabila cinta ada di hati,yang satu pasti juga..
cinta itu ada di hati yang lain..
kerana tangan yang satu takkan bisa
bertepuk tanpa tangan yang lain..
kalau tak jumpa hati yang satu lagi hari ni,
insyaAllah,bidadari syurga sentiasa menanti.

sesuatu yang datang dari jiwa,akan sampai ke jiwa dan akan diterima oleh jiwa.. Sentiasalah menjiwai setiap perkara yang dilakukan.. InsyaAllah,kejiwaan yang dirasai,pastinya membuahkan kepuasan yang tidak ternilai.. dan pastinya orang yang menjiwai jiwa kita jua boleh menitiskan air mata kegembiraan yang tak terhingga.

dialah jodohku, pesanku padamu, pesan cintaku, pedang-pedang sahabat yang hilang, bidadari yang menanti adalah perjalanan kisah yang satu. *(^_^)*

kisah benar ke? kisah benar ke tidak tidak perlu untuk dipersoalkan, hajatnya agar ada yang dapat mengambil pengajaran. itu kehidupan teman-teman sekitar saya dan diri dalam...

~kembaramenujuIlahi