Thursday, 30 August 2012

nak kahwin time belajar ?






Sedang ana ziarah menziarahi asatizah di UIA sebelum ana fly, tiba-tiba ana mendapat masej dari seorang madam atau lebih mesra ana panggil ummi.

‘ jemputlah datang ke bilik ummi ‘ terpapar di skrin handphone ana.

Ana pun bergegaslah jumpa ummi kesayangan ana tu..hehe ^^

Setelah hampir sejam kami berkongsi cerita, pendapat dan nasihat dari ummi, ana sempat mengajukan satu soalan pada ummi.

“ ummi, masa ana ziarah teman-teman tadi ramai giler yang dok pesan ana tentang kahwin. Yg request pun ana, dengan hadiahnya dan macam-macam lagi lah. Jujurnya ana terasa juga lah ‘tentang’ ni ummi. Xpe ke :-( ? “ 
segan, tapi ana tanya juga sebab ana percayakan ummi dan ana yakin ummi ada nasihat yang amanat berguna untuk ana dalam hal ni.

“ ehem-eham…buah dah masak ke? “ usik ummi.

Panjang dan best giler perkongsian ummi menjawap soalan ana tadi. Maklumlah, ummi memang pakar psikologi dan pandai juga mengambil hati.

“ madam dengan suami madam sangat berbeza macam langit dan bumi. Sampaikan ayah madam pernah kata, hampa dua ni macam langit dan bumi lah. Tak sama langsung.“ ummi ana berkongsi kehidupannya dalam berumah tangga.

“ sehinggalah satu hari ummi cuba ajak suami ummi untuk duduk berbincang, tapi dia tak pernah boleh. Akhir sekali ummi dapat pancing suami ummi juga supaya duduk di bahagian koridor rumah. Ummi duduk dengan suami dan kami buat  perancangan dan hala tuju kami. “

“ Alhamdulillah apa yang kami tulis dan rancang untuk buat tu menampakkan hasil, Allah bagi lebih daripada perancangan kami. Jadi nasihat madam di sini untuk anta yang masih lagi belajar, sebelum anta ke alam behtera rumah tangga pertama sekali adalah buat perancangan. Bila anta nak kahwin? Ekonominya? Emosinya? dan dalam tempoh sebelum sampai waktu anta target untuk berkahwin, apa yg anta perlu lakukan dan persoalan-persoalan lain. Anta kena buat perancangan. ”

Malangnya ana rasa takot sangat-sangat untuk rancang benda ni. Apa yang dah dirancang sekarang ni pun ana serah pada Allah. Dalam hati ini sudah tidak mahu lagi menuang cuka di atas hati yang pernah berdarah pedih. Apa yang berlaku, ana dah redha dan terima sahaja ketentuan Allah. Pengalaman itu adalah guru yang paling baik dan pengalaman yang ana lalui itu juga telah mengajar supaya jangan kita beri hati kita pada yang tidak sudi menerimanya. Kelak pasti kita akan terluka. Biarlah kita kehilangansesuatu kerana Allah, tapi jangan kehilangan Allah kerana sesuatu.

Hanya dengan bersangka baik pada Allah sahajalah yang mampu mengubat sedikit rasa kelukaan itu. Melihat pula hadis-hadis Nabi  yang  membela nasih orang yang menempa ujian dengan  kesabaran, sikit sebanyak menceriakan jiwa yang terasa dianiaya. Allah telah menyimpan nikmat-nikmat kesabaran itu di syurga  sehinggalah tiba waktunya untuk hamba itu mengecapinya.

“ perkara kedua yang anta perlu buat adalah anta membina diri anta. Be someone. Sebagaimana para sahabat dahulu yang berjaya membina tamadun dengan keilmuan. Kesibukan mereka dalam menuntut ilmu membuatkan mereka tidak sempat untuk berfikir tantang cinta, keseronokan bahkan hampir terlupa untuk makan kerana sibuk dengan ilmu. Peribadi dan sahsiah mereka pula didorong oleh keluarga yang mencintai ilmu dan akhlak sehinggalah Islam tersebar di  seantero dunia. Dalam masa yang sama mereka juga sibuk mendekatkan diri kepada Allah, siangnya bekerja bagaikan singa, malamnya beribadat bagaikan ‘malaikat’. Generasi inilah yang kita impikan. “

“ terakhir adalah doa kepada Allah dengan penuh yakin dan berharap pada Allah dan Allah pasti akan menunaikannya buat hamba yang yakin dan percaya padanya.  Dahulu ummi memang berdoa mendapat suami yang soleh dan ummi memang dapat suami yang soleh tapi ummi nak anta ingat sekali lagi, berdoa sahaja tidak mencukupi, anta kena rancang. Buat perangcangan baik-baik sebelum dan selepas perkahwinan. “

Pertemuan sejam itu rasa macam seminit ja berlalu..

Tuesday, 14 August 2012

KENALI MAKHLUK UNTUK MENGENALI KHALIK





Lambang Biro Tata Negara


Pada petang yang permai 20 Ramadhan, dalam slot PKPK ( Peningkatan Kemahiran dan Peningkatan Kesedaran) dalam Kursus Transformasi Mahasisiwa ke Luar Negara. Kumpulan kami dipimpin oleh Abang Bob atau nama sebenarnya Muhammda Husny berasal dari Penang, keturunan Jawa Siam.

 Kursus ini merupakan kursus yang wajib diikuti oleh setiap pelajar yang ingin menyambung pelajaran meraka  ke luar Negara. Namun  Kursus ini lebih dikenali dengan Biro Tata Negara ( BTN) yang dikelolai salah satu jabatan di Jabatan Perdana Menteri di Putra Jaya. Kem Bina Negara di Kulim menjadi medan kursus ini dilangsungkan selama lima hari empat malam.

“ tok, tok. “ ana mengetuk pintu

“ Assalamualaikum, minta maaf Abang Bob sebab lewat lagi, saya sakit perut juga hari ini. “ tercungap-cungap ana bila sampai di depan pintu kelas PKPK.

Abang Bob hanya tersenyum mesra. Rasa lega sikit. Abang Bob merupakan seorang yang sangat ceria dan periang. Walaupun kudrat fizikalnya yang besar, 140kg dan badannya yang agak berisi, namun dia tidak menjadikan semua itu sebagai halangan untuk manjalani kehidupan seperti insan yang lain. Tambahan pula, Kami tidak pernah bosan selama dalam kumpulannya. Hari-hari yang dilalui serasa bagai semalam. BEST !
Abang Bob sudah masak dengan ana yang saban hari sakit perut, mungkin sedikit elegik dengan makanan di sini.

“ baiklah, hari ini Abang Bob nak hampa semua pilih salah satu jenis bentuk yang ada dalam kertas tu. Hampa pilih mana satu bentuk yang hampa suka dan bentuk itu boleh melambangkan diri hampa. Abang Bob bagi masa dalam 7 minit, pastu Abang Bob nak tanya. “

Abang Bob mula mengedarkan kertas yang ada  gambar bentuk tadi tu bermula barisan perempuan yang berada di selah kanan Abang Bob. Memang sunnah kita memulakan setiap perkara itu bermula dari sebelah kanan. Hatta Nabi sendiri pernah meminta izin kepada seorang kanak-kanak yang berada disebelah kanan Nabi untuk di beri minuman itu kepada Sayyidina Umar terlebih dahulu yang berada di sebelah kiri Nabi. 

Begitulah keutamaan kita untuk memulakan sesuatu itu daripada sebelah kanan.
 kertas yang diedarkan satu persatu hinggalah ana orang yang terakhir mendapatnya.

‘ bulat, segitiga, segi empat gambar frequency. ‘. Itulah bentuk yang terpampang di atas kertas tu.

‘ BULAT !  ‘ sekilas pandang ana melihat bulat, terus ana pilih.

“ ok, memandangkan masa dah tamat, jadi Abang Bob nak mulakan dahulu dengan Akram boleh ? “
aju Abang Bob pada ana dengan tak semena-mena.

“ ok. “
 sahut ana menjadi orang pertama walaupun agak gemuruh. Maklumlah semua ahli kumpulan ana semua hebat-hebat. Segan terasa.

“ saya memilih bentuk bulat. Sebab apa? Kerana bulat itu bagi saya adalah lambang gerak kerja yang berfokus. Kedua bulat itu adalah memiliki matlamat yang jelas dan terakhir bulat itu tabah dan seorang yang tetap pendirian”

Semua terdiam menunggu penjelasan dari point-point yang ana sebutkan tadi. Jelingan mata mereka yang lain pada ana  menuntut penjelasan.

“ bulat itu sangat sinonim kita dengar, bulat hati, sebulat suara, dan perumpamaan-perumpamaan yang lain. Bulat akan membuatkan kita kerja itu lebih berfokus dan jelas. Melakukan sesuatu tanpa terlebih dahulu kita jelas pada sesuatu perkara, pasti kita mudah terbabas. Contohnya remaja sekarang yang bebas menjalinkan hubungan tanpa ada matlamat dan bebas. BEBAS SAMPAI TERBABAS! “

Abang Bob dan ahli kumpulan lain masih menumpukan lanjutan kupasan ana. Biasanya Abang Bob sentiasa tersenyum bila ana bercakap, entah kenapa kali ini semua macam serius ja bila ana cakap.

“ kerja berfokus dan bermatlamat itu adalah berbeza. Matlamat itu adalah penghujungnya atau golden rule menyebut begin with the end in mind. Apabila kita sudah ada tujuan dan hala tuju, maka kita sudah tahu apa yang kita lakukan dan apa yang tidak perlu. ” Ana berhenti sejenak menarik nafas.

“ sebuah kapal terbang hendak terbang dari ke Destinasi A ke Destinasi B. sebelum kapal terbang itu bergerak, juruterbang tersebut telah tersalah set  koordinat, hanya satu darjah sahaja tersilap. Setelah kapal terbang itu terbang, agak-agak teman semua,  adakah kapal terbang tersebut akan akan samapi di Destinasi B ?

“ urm…sampai kot. “ jawap salah seorang ahli kumpulan.

Abang Bob dan lain terpinga-pinga nak bagi jawapan, sama ada ya atau tak. Seorang sister kat depan ana tu sampai berkerut muka macam angry bird dan ada yang mencuit-cuit kawan sebelah supaya menjawap.

“ tak sampai kerana satu darjah tersilap, kapal terbang tersebut akan bergerak 40km setiap 10 darjah yang tersilap. “ jawap salah seorang teman sebelah ana, Hazwan.

“ aha, betul tu. Jika jauh Malaysia ke Jordan dengan tersilap satu darjah, kita sampai tak kat sana? Jadi tak kita nak ke Jordan? “ ana cuba memancing soalan sekali lagi menarik minat.

“ tak “

“ yup, itulah analogi kesemua elemen point  yang ana sebutkan  tadi.   Matlamat kita adalah Destinasi B, focus kita adalah elemen kearah mencapai matlamat kita tersebut. Kalau dalam mengemudi sebuah kapal terbang pun kita tak boleh silap, masakan kita hendak mengemudi sebuah bahtera kembara menuju Tuhan. Tentu lebih-lebih lagi focus dan matlamat kita dan sedikit pun tak boleh silap !.Sekian…” hehe.

“ betul tu akram. Terima kasih Abang Bob ucapkan. “ Abang Bob mengacara kumpulan semula.

 “ Abang Bob nak tambah sikit. sebenarnya  menurut ahli psikologi, bulat itu melambangkan seseorang itu suka membina hubungan dengan manusia, orangnya ‘mesra alam’ mudah kata.  bahkan orang ini sangat suka kepada suasana harmoni ana berusaha mengharmonikan sekelilingnya. Ke mana sahaja dia pergi, mudah untuk masuk dengan semua orang. ‘spesis’ ini kalau dilempar ke laut jadi pulau, di lontar didarat jadi gunung – sentiasa ingin cuba untuk berdikari. “

“ oo… “ kami mengangguk tanda faham.

“ dan orang ini kadang-kadang agak ‘ keras kepala’, tapi yang spesis positif n sangat berpegang dengan apa yang dia yakini dan percaya. Kalau dia kata A jawapannya maka A lah. Boleh berubah tapi dengan penjelasan yang konkrit baru boleh – agak susah. “ tambah Abang Bob.

‘ kene batang hidung, tepat betul dahi. Betullah apa Abang Bob cakap. ‘ bisik ana sendirian.

“ kalau bentuk segi empat pula dia jenis seorang yang sangat logical atau lebih mudah di fahami particular  dan suka menilai sesuatu perkara dengan emosi.

“ segi tiga pula dia seorang yang mempunyai arah tuju yang jelas dalam hidupnya, mempunyai cita-cita yang tinggi serta mempunyai wawsan yang jelas. Dia juga sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita tersebut. “

“ Bentuk frequency pula memnunjukkan dia mempunyai minat yang pelbagai. Malah kebolehannya itu berbagai-bagai, serba boleh lah orang cakap. Antara sifat yang lain adalah orang ini kurang suka kepada sesuatu pekerjaan yang berjadual. Dia sukakan pada sesuatu perkara yang tidak terikat. “

“ Untuk apa Abang Bob ceritakan semua ini? Sebabnya Abnag Bob nak semua rasai akan keunikan segala ciptaan Allah. KENALILAH MAKHLUK UNTUK MENGENALI KHALIK. Moga dengan mengenali makhluk itu akan membuatkan kita lebih takut, tawaduk dan khudu’ kita pada Allah. Moga-moga dengan ilmu yang Abang Bob kongsikan tadi dapat hampa mengenali sesame hampa dan dapat mengeratkan hubungan ukhuwah Islamiah sesame kita. “

“ Nabi juga pernah bersabda yang bermaksud, tidak beriman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sendiri sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri “

Wallahu'alam...
salah silap mohon maaf...


selamat hari raye yea...^^




Wednesday, 1 August 2012

kasih tidak berbalas






“ Alhamdulillah…bahagianya dapat bantu mak ayah “. Atau lebih tepat, bahagia sebab dapat memberi.
Ya, dengan memberi anda akan bahagia sebab seorang yang orang yang memberi bebas dari resah dan gelisah terhadap perkara apa yang dia akan dapat. Pastinya apa yang diharapkan itu jika dia tidak dapat, perasaan gelisah tidak akan menyelubungi hati.

Ruang tamu yang bersepah dan sedikit berhabuk sudah habis dikemaskan. Pinggan-pinggan yang penuh dalam sinky, sudah habis dicuci. Buku-buku pelajaran STAM zaman ‘muda-muda’ dahulu yang tidak tersusun di ruang atas rumah sudah dikemas dan diletakkan di tempat yang lebih tersusun.

“ aik?? Mana mak ayah “. Ana bertanya pada kakak ipar ana, Nur Arfah.

“ tu mak “.

melihat mak tengah rehat, makin terasa lagi-lagi bahagia di hati. Kalau sebelum ni, masa ana kecil-kecil dulu, mak analah yang kemas rumah, masak, cuci pinggan dan sebagainya, kali ini anak-anaknya, lelaki atau perempaun sudah mampu ambil alih semua tugas-tugas suri rumah.

“ ops…sura rumah “. Hehe…

“ chu…nape chu rajin sangat tolong tok “. Tanya anak menakan ana, anak kepada kakak ana yang sulung, Mimi namanya. Chu atau uchu adalah gelaran manja ana dalam keluarga sebab ana lah yang paling bongsu dan ana  sorang ja yang belum kahwin lagi. :p

Yang lain sume dah kawen…

“ chu tak rajin pun sebenarnya, kalau nak dikira, sebenarnya malas juga chu ni. Tapi setiap kali chu nak malas, chu terbayangkan jasa dan pengorbanan tok dan tok wan yang penat membesarkan chu sampai sekarang. Perit jerih, susah senang mereka membesarkan chu selama ni “ jelas ana.

“ cuba Mimi fikir, masa kecik (bayi) mak ayah kita yang besarkan kita, semasa kita kanak-kanak pun ibu ayah kita masih berkorban untuk kita, masa kita remaja kita pun  mereka jugalah yang berkorban untuk kita. Tapi bila kita dah besor dan mampu berdikari, pada tika itu mak ayah kita sudah tua, kudrat pun sudah lemah meniti usia, takkan mimi nak suruh mak dan ayah kita cari rezeki dan jaga kita lagi?? Cuba mimi fikir, tak cukup lagi ke apa yang mereka dah korbankan pada kita selama ni “.

“ a’ah lah chu… yea tak ye jugakkan  “.

“ yea lah…sebab tu sudah sampai masanya kita kena berbakti untuk mereka. Jangan sampai ajal mereka, baru kita nak berbakti pada mereka. Takkanlah tika mereka dan di liang lahad baru kita nak menyesal sebab tak sempat nak berbakti dan senangkan hati mereka? Bila lagi mereka nak rasa hasil didikan anak-anak yang mereka besarkan selama ini ?? “.

“ sekarang lah…kan chu ? ” jawap mimi

 “ sebenarnya mama Mimi selalu ingatkan perkara ni pada uchu, sebab tu kalau chu balik, chu cube manfaatkan masa chu untuk berbakti pada tok dan tok wan”

“ ooo…”

“mimi pernah dengar tak kisah di zaman Khalifah Umar al-Khattab. Ada seorang perempuan ni, dia sangat menjaga ayahnya. Apa sahaja kehendak yang diinginkan oleh ayahnya, pasti dia akan cuba tunaikan. Makan minum semuanya dijaga olehnya semacam dia diasuh sewaktu kecil. Walaupun ayahnya sudah tua dan nyanyok, namun kemana sahaja dia pergi, pasti dia bawa bersama ayahnya sehinggalah pada suatu hari  Khalifah Umar memandang gelagat wanita ini yang mengendong ayahnya kesana ke mari. Lantas terdetik di hati Khalifah Umar,

‘ masih ada manusia di dunia ini  mentaati ibu bapanya sampai macam tu sekali ‘
Lantas Khalifah Umar pun menegur perempuan itu.

“ wahai wanita yang solehah, semoga Allah mengganjari mu dengan ganjaran syurga yang hebat atas keikhlasan dan pengorbanan pada orang tua mu itu”.

lantas perempuan itu menjawap.

‘ aku bukanlah seperti yang engkau sangkakan. Sebenarnya apa yang kau Nampak aku berjasa pada ayah aku ni bukan seperti yang engkau fikirkan. Dalam hati aku sebenarnya mengeluh dan menenti bila saatnya orang tua aku ini akan pergi…”,

" lebih kurang macam tu lah kisahnya "

Walaupun dia rasa macam tu. At least dia bantu juga makayah dia. Kita ???

“ k..dah. nak bantu chu basuh baju Tok Wan tak ? “

“ nak-nak “

tiba-tiba ana dikejutkan dari lamunan tidur. mimpi rupanya.

Berbaktilah kepada ibu bapa kita selagi hayat mereka masih ada, sebelum mereka tiada…
sempena bulan Ramadhan…satu perumpamaan yang kita cuba sama-sama lakukan.

ALANG-ALANG NAK BUAT KEBAIKAN, BUATLAH YANG TERBAIK !

Pesan sahabat  rafiq ana suatu masa dahulu…

“ fastabiqul khairat ” ^^

Salam Ramadhan….



Friday, 27 July 2012

PUISI HAMBA ILAHI






“ aku sememangnya tidak layak untuknya”, itulah kata hatiku. Hatiku berbisik tiba-tiba.

Menyedari diriku yang hina, aku redha apa sahaja ketentuanNya. Walaupun hakikatnya pahit untuk ditelan.tetapi masakan siapa yang tahu bahawa kepahitan itu akan memberi kebahagiaan di akhirat sana.


AKU SEORANG LELAKI…


Dalam meniti jalan-jalan berduri di jalan Ilahi, kadang-kadang hati diusik dengan bisikan duniawi dan ukhrowi. Tiba  Saatnya pula iman diuji dengan kehadiran permaisuri di hati, hati mula bermain-main api. Ku sangat bimbang akan imanku yang sehalus kulit bawang. Apakah aku dapat pelihara hati ini dari terus dicemari?

Oh Tuhan…
Ku mohon perlidungan dari segala bisikan syaitan,
hatta bisikian nafsu pun aku tidak mahu,
kerana semua itu meresahkan imanku,
yang ku mahu adalah Tuhanku yang satu(Esa),


Sudah lama hatiku kesepian dari siraman iman,
kolam ilmuku yang kering tanpa keberkatan,
bicara hatiku tanpa fikir zikir mengingatiNya,
peribadi syakhsiahku tanpa mengikuti Baginda,


Ya Allah…
miskipun aku hamba yang hina,
hamba yang derhaka…
tetap yang ku sembah adalah Engkau,
Allah yang Maha Berkuasa !


Apapun gelora yang menimpa,
tidak ku mencari Tuhan selainMu,
apapun cubaan yang melanda,
Cuma ku pohon dariMu behtera ketabahan hatiku.


Di bulan yang mulia ini,
ku tadah tangan memohon seribu keampunan,
ku harapa dariMu secebis keredhaan dan kerahmatan,
ku dambakan sebuah kehidupan dariMu,
kehidupan ‘hidup berTuhan’ …
dalam mencari erti sebuah erti kehambaan,
dalam kembara mencari Tuhan…


~ Kembaramenujuilahi ~



Tuesday, 24 July 2012

MELODI DIRI




Hari berganti hari, siang berganti malam,
Itu semua aturan Tuhan,
Pada ciptaan itu ada hikmah 
Bagi insan yang ingin mengambil pengajaran,

Sahabatku sayang...
Allah itu Maha Hebat, Maha berkuasa,
Maha bijaksana dan Maha segala-galanya...

Kekadang bila kita perhatikan alam,
Kekaguman anugerah Tuhan,
Burung berkicauan berzikir pada Tuhan,
Pohonan dan tumbuhan terus bertarian,
Lambang fitrah alam kehambaan.
SubahanAllah ! Hebat ! Ta'ajjub !

Hebatkan mereka mantaati Allah,
Baguskan mereka mengikut kata dan aturan Tuhan,
Tapi kita....kita sebaik-baik ciptaan bagaimana ??

Manusia...manusia yang sering ingkar dan mungkar 
dengan perintah Tuhan,

Ya Allah...
Ampunkan dosaku atas kelalaianku 
dalam  mengingatiMu,

Malunya aku dengan alam...
Malunya aku dengan tumbuhan,
malunya aku dengan haiwan,

sahabatku...
menjadi hamba bukanlah satu pilihan,
ia adalah satu tuntutan dan keperluan.

ayauh sama-sama kita kembara mengenal Tuhan,
dalam misi mencari erti kehambaan...

~ kembaramenujuilahi ~

Thursday, 19 July 2012

'iftor ibu dan ayah'









ANTARA DUA…

“ di antara dua…”

“ aahh…susahnya nak buat keputusan “

“ nak balik ke tak? Nak ke tak…nak ke tak.. “ zikir yang tak henti-henti ku sebut.

Setelah habis pengajian talaqqi dengan ustaz muhadir malam tadi. Persoalan itu bermain-main difikiran, setelah diumumkan pada sabtu ini bermulanya puasa Ramadhan.

“ nak balik ke tak? “

Antara dua ja keputusan. Penat memikirkan, Mungkin  nampak macam simple pada orang yang memerhati, tapi bagi orang tak berharta dan yang memahami, pasti terasa berat di hati. aku tahu betapa susahnya mak ayah nak dapatkan wang. aku kasihan pada mak ayah.

‘ aku bukanlah dari keluarga orang yang senang, bagi kami RM10 tu amat berharga. Dua minggu lepas dah balik. Seratus ringgit, dah burn – harga pergi dan balik. Takkan minggu ni aku nak balik lagi. Kalau guna duit sendiri tak apalah. Tapi aku guna duit mak ayah. RM100 burn atas jalan macam tu ja’

aku tak balik sebab aku sayang dan kasihan pada ibu dan ayahku. pasti mereka akan cari duit lebih untuk tampung perbelanjaan, walhal usia mereka dah lanjut dan aku balik juga sebab aku sayang pada ibu ayah aku, merubat kerinduan dan memberi kasih sayang pada mereka.


- antara dua -

“ macam mana niii…”. Kebetulan teman sebilik, afiq berada di sebelah.

“ afiq, ko balik tak”.

“ balik. Awat? “

“ tak ada apalah, saja tnya”

“ owh..kawan-kawan kita semua balik”. Balas afiq lagi.

“ a’ah..aku pun balik” sampuk azlan yang mahu turut serta dalam sesi tazkirah malam kami sebelum tidur. setiap malam, kami adakan halaqah sebelum kami masuk tidur untuk ingatkan hati-hati kami supaya terus  tawaduk dan khudu'  pada Allah dalam misi menjadi hamba - kembaramenujuilahi ~

Tanpa melengahkan masa lagi,  aku pun ambil wuduk , kemudian solat beberapa rakaat untuk tenangkan diri. Usai ja solat aku terfikir satu perkara.

“ CINTA TANPA SYARAT – cinta ibu dan ayah pada anak-anaknya  “




‘ kalau aku jadi seorang ayah dan ibu, aku mesti nak anak aku balik juga. Makan dan buka puasa sekali. 
Tentu sunyi kalau buka puasa tapi anak-anak tak ada! '

' Malah, ada ibu bapa yang mengalirkan air mata disaat buka puasa kerana terkenangkan masa silam berbuka puasa bersama anak-anak. tapi kita anak-anak rasa macam tu tak…?’

‘ Duit boleh di cari ganti, tapi kasih dan sayang tidak boleh dijual beli, tak boleh ditukar ganti. Aku sanggup cari rezeki lebih, asalkan  anak-anak aku mahu berbuka puasa dengan aku. Aku mampu punya seribu teman, tetapi aku hanya ada seorang ibu dan ayah. Hati seorang ibu dan ayah – aku yakin itulah naluri hati seorang ibu dan ayah !’

' ayah dah mencecah usia 70 manakala ibu pula sudah mencecah umur 60, tentu mereka rasa sunyi dan perlukan kasih sayang anak-anak, yang mereka telah besarkan selama ini. anak-anak yang ditatang bagai minyak yang penuh '

' kalau ibu ayah kita sanggup susah demi kita,  kita sanggup tak susah demi mereka? '

“ aku sanggup ! “ tiba-tiba bisikan kecil hatiku bersuara.

Tiba-tiba aku teringat tentang wang simpanan aku hasil bisnes kecil-kecilan.

“ RM50 je yang boleh keluarkan…hmmm? “ selebihnya sudah diperuntukkan untuk hal-hal lain.

“ tak ape lah..mamadailah untuk menggembirakan ibu ayah dan meringankan beban mereka daripada tanggung penuh belanja aku pergi dan balik. tak boleh semua, jangan tinggal semua ”. Monolog sendirian.

sahabat-sahabat yang ana kasihi kerana Allah...bagi sesiapa yang berkesempatan untuk pulang, pulanglah....

“ ibu ayah... Doakan kami anak-anak mak ayah, menjadi anak-anak yang soleh dan solehah . Kami sayang mak dan ayah. Kau peliharalah ibu bapa kami ya Allah. Periharalah mereka sebagaimana mereka memelihara kami sewaktu kecil dahulu, bah kan lebih dari itu ya Allah – kami mohon pada Mu ya Rabbal’alamin !“

Semoga Kau berkati kami..ameen

jom balik ! (^_^)


Tuesday, 17 July 2012

Fitnah Petunjuk Istikharah




"Ustaz, saya dan tunang saya sudah hampir ke tarikh pernikahan kami. Tetapi tunang saya telah secara mendadak memutuskan pertunangan kami. Beliau bermimpi melihat seorang perempuan lain dan setelah beristikharah, beliau yakin perempuan itu adalah pilihan sebenarnya kerana ia muncul dengan petunjuk Allah. Bagaimana pandangan ustaz? Saya dan keluarga saya serta keluarga tunang saya sangat terkilan. Apakah benar saya sudah dikeluarkan daripada petunjuk Allah? Di mana silap saya, ustaz?”
Sepucuk emel dihantar kepada saya.
Beristighfar dan mengurut dada.
Percaya atau tidak, gejala ini semakin menjadi-jadi.
Malah di kalangan pelajar universiti, Istikharah semakin popular di dalam trend yang tersendiri. Ia diamalkan bagi ‘memaksa’ Allah membuat pilihan untuk mereka. Berbekalkan kejadian persekitaran atau mimpi yang disangka petunjuk, kadang-kadang ‘pilihan Allah’ itu adalah tunang orang, suami orang, malah ada juga isteri orang. Bertindak atas nama ‘petunjuk Allah’, tercetus permusuhan sesama anak Adam.
Apakah Allah, atau Syaitan yang memberikan ‘petunjuk’ penuh mudarat dan zalim itu?
MEMBELAKANGKAN ILMU
Penyakit besar yang melanda anak-anak muda terbabit ialah beribadah tanpa ilmu. Mereka melaksanakan Solat Istikharah berdasarkan saranan rakan-rakan yang juga melakukannya atas saranan kawan-kawan yang lain. Berapa ramaikah yang membuka kitab Fiqh atau belajar mengenai Solat itu dan ibadah yang lain melalui para ustaz dan alim ulama’?
Keadaan ini menjadi lebih bermasalah apabila ada pula agamawan yang mengesyorkan panduan-panduan yang tidak berdasarkan keterangan al-Quran dan al-Sunnah malah diajar pula kaifiyat yang sangat membuka ruang manipulasi Syaitan dalam mengaburi pertimbangan anak Adam.
Mengira huruf tertentu di dalam Surah, menyelak secara rawak mushaf dan mencari petunjuk di muka surat yang terbuka, juga paling banyak meniti di minda ialah menanti mimpi yang menjawab permintaan.
Ia mengingatkan saya kepada pandangan Sheikh Saleem bin Eid al-Hilali di dalam kitab Bahjah al-Nadzireen syarah kepada Riyadh al-Sholiheen:
“Ada sesetengah orang berpendapat, “sesudah mengerjakan solat serta Doa Istikharah, akan muncullah nanti petunjuk dalam mimpinya, maka dia akan memilih sebagaimana yang ditunjukkan oleh mimpinya itu” Justeru ada sesetengah orang berwudhu’ dan kemudian melakukan Solat serta Doa Istikharah dan terus tidur (dengan meletakkan harapan  petunjuk datang melalui mimpi), malah ada juga mereka yang sengaja memakai pakaian berwarna putih kerana mengharapkan mimpi yang baik. Semua ini hakikatnya adalah prasangka manusia yang tidak berasas”
Menjadi satu keperluan yang sangat penting untuk kita kembali kepada maksud asal Solat Istikharah.
Istikharah itu bermaksud meminta bantuan daripada Allah untuk seseorang itu memilih di antara beberapa kemungkinan yang diharuskan oleh Syara’. Ada pun pilihan yang berada antara manfaat dan mudarat, apatah lagi Halal dan Haram hatta Makruh, maka tidak harus untuk Istikharah dilakukan kerana tindakan yang sepatutnya diambil sangat jelas iaitu pada meninggal dan menghindarkan pilihan yang tidak baik itu.
Sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
“Hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanadnya daripada Jabir radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkata:
Daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam Baginda bersabda:
Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu (yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah).
Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini – harus disebut hajat tersebut atau cukup sekadar meniatkannya kerana Allah Maha Mengetahui akan hajat itu – adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.
ANTARA ISTIKHARAH DAN ISTISYARAH
Istikharah itu mempunyai gandingan yang memberi tambahan kemudahan. Ia dikenali sebagai Istisyarah.
Istisyarah ini bermaksud meminta pendapat mereka yang boleh dipercayai untuk membantu seseorang itu membuat keputusan.
Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:
“Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya”
Biar pun para Ulama berselisih pendapat tentang mana yang patut didahulukan antara Istisyarah dan Istikharah, ia tidak menjejaskan bahagian yang perlu dimainkan oleh seorang manusia dalam proses dirinya membuat keputusan. Sebelum sampai kepada pertimbangan memilih antara dua kebaikan, seseorang yang berhajat itu mestilah mempunyai asas dalam penilaiannya agar pilihan yang ada di depan matanya adalah antara dua perkara yang harus serta sama baik. Sudah tentu, hal ini juga memerlukan dirinya untuk mengambil bahagian dengan berusaha.
Setelah beristikharah, namun hati masih berada di dalam ketidak pastian, harus baginya untuk mengulangi Solat dan Doa Istikharah itu hingga beroleh ketetapan hati dalam membuat keputusan. Di samping itu juga, dia dianjurkan beristisyarah, yakni meminta pendapat individu-individu yang dipercayai integriti dan kemahirannya dalam urusan tersebut, agar keputusan boleh dibuat.
Titik pentingnya ialah, keputusan hendaklah kita yang berhajat itu melakukannya dan bukan menyerahkan kepada Allah untuk membuat keputusan itu dan menampakkanya melalui petanda-petanda yang dicari. Di sinilah ruang untuk fitnah berlaku apabila dalam suasana hidup kita yang dibelenggu oleh pelbagai maksiat serta Iman yang teruji, kita membuka suatu ruang kosong untuk dicelah oleh tipu helah Syaitan.
Tambahan pula dalam keadaan jiwa anak muda yang selalu lemah untuk menolak kehendak diri dan sering terdorong mengikut kemahuan. Jiwanya tidak bulat meminta kepada Allah, sebaliknya bermain helah untuk mengharapkan Allah menyokong kecenderungan dirinya sendiri.
Berhentilah mencari mimpi.
Berhentilah menunggu petanda.
Beristikharah memanggil kebersamaan Allah dalam keputusan yang kita buat. Kita yang membuat keputusan itu, dengan keyakinan hasil Istikharah, bahawa keputusan yang kita buat itu adalah dengan kebersamaan Allah. Jika di kemudian hari, pada pilihan yang dibuat itu, datang mehnah yang menguji kehidupan, kita tidak akan berfikiran negatif malah berusaha untuk mencari sisi-sisi positif pada apa yang berlaku kerana keputusan yang dibuat dahulu itu adalah dengan kelengkapan Syariatullah (Istikharah) serta Sunnatullah (Istisyarah – Ikhtiar Usaha).
Pertimbangkanlah… seandainya pilihan yang disangkakan petunjuk daripada Allah itu mencetuskan mudarat, permusuhan, meninggalkan yang afdhal dan mengambil yang mafdhul… berhati-hatilah.
Ia mungkin mainan Syaitan.
“Sebahagian (daripada umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayah” [Al-Aa'raaf 7: 30]
KESIMPULAN
  1. Hindarkan diri daripada kesukaran menetapkan pendirian dalam kehidupan. Was-was adalah permainan Syaitan dan penyakit jiwa yang mengundang bahaya.
  2. Dalam hal-hal yang tiada keraguan dalam membuat pilihan keputusan, ia tidak berhajatkan kepada Istikharah.
  3. Ketika berdepan dengan pilihan yang sukar ditentukan, gunakan pertimbangan diri untuk melihat buruk baiknya.
  4. Jika jelas mudarat atau sudah ditentukan Haram hukumnya, maka tidak harus beristikharah.
  5. Pada perkara yang sukar untuk dibuat keputusan, beristikharahlah kepada Allah mengikut kaifiyat Solat Istikharah dan Doa yang Ma’thur daripada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
  6. Istikharah boleh diulang beberapa kali hingga beroleh ketetapan hati untuk membuat keputusan.
  7. Di samping itu juga beristisyarahlah dengan meminta pandangan pihak yang boleh dipercayai kewibawaannya.
  8. Petunjuk daripada Allah ialah kemampuan hati untuk tetap pendirian membuat keputusan.
  9. Hindarilah perbuatan menunggu mimpi atau petanda berbentuk isyarat kerana ia sangat terbuka kepada belitan Iblis.
  10. Jauhi Bid’ah dan Syirik.
  11. Setelah keputusan dibuat, bertawakkallah kepada Allah dan tenang dengan keputusan itu.
  12. Seandainya timbul cabaran atau muncul sisi kekurangan pada pilihan yang dipilih, tiada fikiran negatif muncul kerana yakin adanya hikmah dan kebaikan daripada Allah.
  13. Istikharah terbuka kepada apa sahaja urusan kehidupan yang berada di dalam ruang lingkup keharusan Syara’ dan salah jika hanya dilihat sebagai mekanisme jodoh.
  14. Rujuklah kitab-kitab Fiqh serta panduan Sunnah dalam urusan Istikharah serta ibadah-ibadah yang lain.
  15. Melakukan ibadah dengan hanya berpandukan hearsay adalah pintu kebinasaan dalam beragama.
~ABU SAIF @ www.saifulislam.com