Thursday, 27 September 2012

soal cinta ana ?




 " aku punya rindu, aku juga ada perasaan, aku juga seorang insan, insan yg biasa dan aku juga hamba Tuhan...
apakah aku salah jika aku hendak bermain perasaan? apakah aku tidak wajar bermain dengan perasaan?
apakah perasaan itu hanya mengganggu diriku? apakah dengan perasaan itu akan menjadikan masa depan aku keruh?? "  berbagai-bagai persoalan bermain di fikiranku. kadang-kadang rasa terganggu dengan segala nasihat yg TERbina dengan perkataan "JANGAN"

" jangan buat itu dan ini. jangan buat begitu dan begini "
" jangan dok fikir, jangan dan jangan dan jangan "

kerana apa ? karana remaja dilihat tidak matang dalam mengendalikan isu perasaan. habis semuanya dikatakan " jangan" itu dan ini, untuk lari dari masalah dan cabaran. kebanyakkan masyarakat memandang kebanyakkan remaja rosak adalah sebab CINTA !
remaja bermasalah, remaja ponteng sekolah, remaja .....

segala-galanya negetif dilihat pada diri remaja. sedangkan remaja itu adalah ASET yg penting utk agama. segala kelebihan perlu dibangkitkan dari dalam diri gologan muda. bakat yg ada di asah untuk agama. biar manjadi salah satu panah dari panahan Islam. biar musuh Islam gentar dgn barisan pemuda Islam kita !

jika ada kekurangan, sama-sama perbetulkan. bukan memberi kutukan dan sekatan. remaja bukan sahaja perlu di ajar tentang ilmu pelajaran, tetapi ajarkan sama ilmu kehidupan !
sebenarnya dalam mendidik remaja tidak perlu melihat pada kekurangan sebalik
"mencari cahaya itu lebih baik daripada mengutuk kegelapan"...
remaja perlu di asuh, dididik dengan cabaran dan panduan supaya mereka lebih memahmi apa erti sebuah kehidupan. lorongkan dan pimpinkanlah cinta remaja itu kepada cinta yg diredhai. cinta sejati, cinta hakiki.
bukan boleh marah-marah ja. berleter panjang tapi xda bimbingan, xda saranan dan tindakan yg hikmah selepas teguran.

" dah hikmah lah kami buat tu. nak macam mana lagi, dah besaq dah. pandai-pandai lah fikir sendiri "

kalau begitu sepatotnya orang dewasa patot lebih memahami remaja sekrang ini dan cara memenangi hati mereka. berapa banyak pujian kita berikan daripada kritikan? penghargaan apa yg kita beri selain kemarahan yg tak berkesudahan?

fikiran ana masih lagi ligat memikirkan akan diri kami sebagai remaja, diri remaja yg menjadi tunjang bangsa dan juga harapan agama !

angin Jordan sesekali menemani diri yg kesorangan di birai tingkap bilik ana, angin kedamaian yg menenangkan bertiup perlahan-lahan. tambahan pula, rumah ana yg terletak jauh dari Pekan Mu'tah dan jauh dari teman-teman. dataran rumah yg berada betul-betul kawasan yg lapang, sangat lapang dan luas. boleh buat perlawanan bola sepak halaman kami tu. 15minit kalau berjalan ke Pekan Mu'tah. malam tu terasa damai.Alhamdulillah.

sedang ana termenung memikirkan diri di dunia ini dan juga di akhirat nanti, ana di sapa oleh salah seorang ahli rumah yg masuk ke bilik ana. gayanya yg matang, dan pakaiannya yg santai menggamit lagi memori ana akan suassana di kampung. kampung yg aman yg dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan dan air sungai yg mengalir di belakang rumah.di kampung.

" assalamualaikum akh, jauh termenung "
" waalaikumussalam...mmg jauh pun. tembus habis dinding-dinding rumah sampai ke Malaysia lah orang kata. bukan apa, sibuk merancang masa depan..hehe ^^ " gurau ana.

muqaddiamah perbualan kami berlanjutan sehingga ke satu kisah sahabat ana dan secara tidak langsung masuk ke topik yg lebih istimewa. SOAL CINTA. biasanya seseorang yg bercakap soal cinta ni, tak dipandang thiqah oleh sesetengah pihak, dan tidak dilihat matang. sedangakn soal cinta bukan sahaja melibatkan seorang remaja, bahkan ke usia tua.

CINTA ADALAH KUASA YANG LUAR BIASA ANDAI KENE PADA WAKTU, TEMPAT, SIAPA DAN BAGAIMANA KITA BERCINTA !

sedang asyik kami berkongsi cerita. datang lagi seorang demi seorang ahli rumah, sama-sama berkongsi cerita. setelah diselami dan memahami rupanya semuanya yang datang berkongsi hidup dalam 'atmosfera' yg sama. semua yg berkongsi dengan ana topik yg sama walaupun ana sedikit kurang gemar sentuh tentang cinta pada wanita. sebab apa tak boleh, bak kata mak lang hawa ana - sebabnya biarlah rahsia ?? ^^



pada awalnya ana sangkakan tak ramai orang dah 'deal' zaman muda-muda ni..rupanya hampir 3/5 remaja yg ana jumpai kebanyakkan sudah berpunya. termasuk di UIA suatu ketika dahulu.
apapun kita, dengan siapapun kita bercinta menjadi pilihan kita. pastikan cinta Allah itu melebihi dari bercinta dengannya. namun perkongsian demi perkongsian dari hati ke hati terus menjadi 'melodi ' kami pada malam yg permai itu.

ingat matlamat kita adlah cinta Allah. jgn sampai suatu hari nanti yg kita kejari adalah cinta manusia, cinta manusia kita utamakan, cinta Allah diketepikan. fokus kita yg utama adalah cinta Allah. bercakap memang mudah dan sebab tu bagi ana bercakap itu nilainya murah kerana sesiapa pun boleh berckap, bercakap apa yg dia nak cakap. tapi nilai dari percakapan itu amatlah mahal !

percakapan kita tentang Islam kadang-kadang bukan utk Islam, tetapi utk diri kita sebenarnya !
 dibibir kita di lihat hebat pada pandangan masyarakat. segala macam dalil keluar. LANTAS kita di pandang hebat. kita yg hebat !
tapi Islam ??? dimana terletak kehebatannya...

pada amalan dan perbuatan kita, atau dalam istilah lain menyebut (golden rule).

"ACTIONS SPEAK LOUDER THAN WORD "

kalau hendak bercinta. bercintalah TAPI pastikan cinta Allah itu melebihi cinta kita pada si dia,
luanglah seberapa banyak masa kita untuknya, TAPI pastikan masa utk Allah itu lebih banyak utkNya,
buatlah apa-apa pun tapi pastikan Allah dan Rasul melebihi segala-galanya,

apakah seseorang yg di penuhi rasa cintanya pada Allah akan melakukan perkara maksiat dan sia-sia???
 [ fikir-fikirkan ]

" anta tak jealous ke? "
" buat apa ana nak jealouse ? utk apa ana jealous? "
" ye lah, kami kan dah ada "
" erm..tak juga sebenarnya, ana kenal diri ana. ana punya hati dan perasaan yg mudah tersentuh. ana takot hati ana mudah utk di lukai oleh seseorang yg tidak jujur dan tidak pandai menghargai dan ana punya sifat kesetiaan yg sangat tinggi. ana takot untuk dipermainkan. ana tak yakin dengan jaminan manusia ! "

" dan bila ana dah pilih seseorang itu. pastinya itulah yg ana bulat hati. itulah pilihan ana ! ana tahu dimana kekurangan dan kelebihan ana.. dalam hidup tidak ada istilah mengalah sebelum kalah !  ada seorang sahabat baik ana, katanya ana mudah tersentuh, terlalu sensitf. biarlah dia nak kata apapun. yang pasti Allah tidak mencipta ana dengan kekurangan akan tetapi Allah mencipta ana dan sahabat ana tu dengan kelebihan yg berbeza. kerana Allah dah berfirman :

 sesungguhnya Aku telah mencipta manusia dengan sebaik-baik ciptaan

dan PALING PENTING ana berusaha utk memperbaiki diri ana. ana cuma harap bakal isteri ana nanti dapat terima ana seadanya, kekurangan dan kelebihan yg ana ada. jealouse bila dengar perkongsian dari hilal asyraf.
katanya, kekurangan yg ada padanya  dan kebanyakkan sikapnya tidak disukai orang, dilihat kelebihan  dan disukai oleh isterinya.  best kan ???
kadang-kadang bimbang juga takot bakal zaujah ana suatu hari nanti tidak dapat terima kekurangan yg ada pada ana. tak dapat zaujah dunia, 'zaujah' akhirat itu lebih bemakna. jadi ana tak perlu bimbang soal jodoh. TAKDA DUNIA, AKHIRAT ADA !
apapun yakin berusaha dan berserah pada Allah, itulah prinsip ana soal jodoh ni ! "

" TIADA TEMAN SEHEBAT ALLAH DAN RASULNYA "

begitulah ana sudahi perbualan kami pada malam tu..
moga perkongsian kami pada malam itu dikira sebagai ibadah dan menjadi wasilah mendekatkan diri kami kepada Allah.

bagi ana tidak perlulah sangat kita nak thiqah (jaga imej) sangat soal cinta. kalau tak orang segan dengan kita, tentu susah kita dan selami kehidupan mereka, apatah lagi utk memahami jiwa-jiwa remaja...^^

betulkan ana cakap...*(^_^)*

JEJAK JORDAN !


kami sampai di lapangan terbang jordan pada jam lima pagi, kami disambut oleh sahabat-sahabat handai saya di Jordan ini amir akram, luqman ul hakim, arif amin, ilham husainy, dan sahabat-sahabat yang lain yg tidak sempat saya sebutkan nama meraka di sini. terima kasih yea..^^

mula sejarah saya di sini dengan satu senario yang agak kelakar apabila duit yg di beri oleh jabata negeri Kedah saya terlupa untuk tinggalkan kepada kakak saya semasa masih  berada di 'airport' sebelum kami bertolak. duit tu tersimpan di tempat yg agak 'sunyi' dalam barangan saya.  saya pun apa lagi, jenuh juga lah mencari duta yg mengiringi kami bersama-sama di Jordan, bukan apa, cuma minta bantuan ckt. ko-kot boleh bantu.. puas mencari dalam kawasan airport jordan tu, tak jumpa juga. akhirnya saya ambil keputusan utnuk mencari mereka di luar pintu masuk 'airport' dan akhirnya jumpa gak depa.

nak dijadikan cerita. semasa saya keluar dari pintu 'airport' tu hati saya berbisik
" aik? sejuknya kat luar ni. naseb baik pakai jaket. dalam tak nak pasang aircond, luar airport pasang aircond pulak ? pelik-pelik lah orang arab ni "

 masa tu saya xfikir sangat sebabnya  dok kalut cari duta nak bagi duit Malaysia tu utnuk di tukar ke dalam Dinar Jordan. selepas selesai dengan duit tadi. saya masuk semula ke dalam kawasan 'airport' tempat kami berkumpul. kemudian ada sahabat ana tegur.

" anta tak rasa apa2 kat luar tadi? "
" nak rasa apa ?" ana soal kembali dan ana terfikri sejanak..
" eh, kenapa kat dalam suam ckt, tp kat luar tu rasa sejuk ?" soal ana sendirian.
" ni dah penghujung musim panas, bulan 10 nanti dah masuk musim sejuk " jawab sahabat ana.

' lah, ingatkan depa(mereka) pasang aircond kat luar 'airport' rupanya tak lama dah nak masuk musim sejuk'
kejutan cuaca sejuk pertama kalinya. pagi cerah dan terang, tapi anginnya sejuk...^^


kami disambut oleh persatuan di Jordan di lapangan terbang

kemudian kami dihantar ke mantiqah tempat berhampiran dengan jamiah masing-masing. perjalanan dari Amman ke Mu'tah mengambil masa dalam sejam setengah, tapi ana rasa mcm setegah jam ja sebab sebahagian besar dalam perjalanan tu ana tidur 'tak sedar-sedar' kerana keletihan. ^^
tempat duduk atas kapal terbang juga sempit. orang kata cukup2 lah untuk duduk.

pada awal jejak kami di bumi Syam ini, kami diberi taklimat khusus kepada pelajar yang baru yang disampaikan oleh ahli jawatan kuasa pelaksana Sambutan Pelajar Baru (SPB) mengikut mantiqah atau tempat universiti masing-masing. Alhamdulillah.semuanya berjalan lancar walaupun menghadapi sedikit ujian dan cabaran baru di sini..



lapangan terbang Jordan


apapun saya syukur sepanjang perjalanan kerana saya selamat sampai dan masih diberi nikmat yg bermacam-macam di sini..apa yg boleh saya katakan apabila saya di aju dengan soalan :

" apa yg anta boleh kongsi pengalaman di Jordan dengan kami dan apa yg istimewanya di sana "

oleh kerana saya masih lagi baru di sini, apa yg boleh saya jawap, pengalaman untuk di kongsi tak lah banyak mana. tapi bagi saya buat masa sekarang apa yg istimewa di sini adalah. beribadat di sini bg saya lebih tenang dan lebih rasa  bahagia walaupun rindu akan keluarga di malaysia!
untuk pengatahuan di sini juga terdapat maqam para syuhada' peperangan mu'tah yg berlaku pada awal tahun ke lapan hijri...

insha Allah..ada kesempatan akan saya kongsikan nanti...^^

maqam Abdullah ibn Rawahah

salah satu maqam syuhada' yg syahid ketika peperangan Mu'tah...




Monday, 24 September 2012

PENERBANGAN PERTAMA KALI...^^

pengalaman pertama adik...

sudah sekian lama saya tak meng'update'  blog saya ni semenjak saya sedikit sibuk dengan persiapan ke bumi Syam sebelum ni. dan sekarang Alhamdulillah saya telah sampai ke salah satu bumi Syam ini iaitu negara Jordan di Wilayah karah, Mu'tah. buat keluarga di kampung halaman serta sanak saudara di sana, saya akan menjadikan blog ini sebagai medium untuk saya berkongsi pengalaman dan pengembaraan saya di bumi jordan ini khususnya di wilayah Mu'tah, temat yg menjadi saksi salah satu peperangan dalam Islam pada zaman rasulullah dan tersimpannya maqam para syuhada' di sini.

bermulanya pengalaman saya yang pertama kalinya saya menaiki kapal terbang sangat mengujakan diri sebenarnya. kebetulan ketika tempat duduk saya di atas kapal terbang saya bersebelahan dengan seorang pelancong Perancis yang datang melawat Malaysia. katanya ke Pulau Perhentian. sikap peramah dan budi bahasanya sangat menarik hati saya. tak melampau sekiranya saya katakan sikapnya lebih mesra daripada kebanyakkan orang Islam itu sendiri. beliau juga banyak berkongsi tentang kehidupannya. suka dukanya, pengalamannya yg banyak menjelajah banyak negara. saya pun rasa bertuah sebab dapat beljar bahasa Perancis sedikit-sebanyak. not bad lah..



perjalanan kami mengambil masa selama 12 jam tepat diatas kapal terbang amat memenatkan. bertolak jam 10.00 p.m dan sampai di Jordan jam 5.00 pagi. atas kertas nampak macam enam jam ja perjalanan. tapi sebenarnya dua kali ganda dari tu kerana jam malaysia lebih cepat lima jam dari waktu Malaysia.

perjalanan ini sebenarnya menggalas harapan mak dan ayah di kampung beserta adik beradik untuk membawa pulang ilmu  dan dapat mendidik akhlak mengikuti sunnah Rasulullah. menuntut ilmu bukanlah mudah tapi tak beerti ianya susah, cuma memerlukan sedikit pengorbanan dan semangat yg kental.

apa yg menarik yang saya nak kongsikan dengan sahabat-sahabat tentang pelancong dari Perancis tadi berkenanan dengan sikapnya yang baik tapi dia tak mempercayai Tuhan. sayang sekali !

saya dah cuba dah nak bawa dia melihat alam logical yg tercipta hebat oleh Pencipta yg Esa tanpa sentuh tentang agama. tapi apakan daya, masa dan waktu yg terbatas saya hanya dapat membina 'jambatan' ukhuwah dengannya.
saya harap dengan 'jambatan' ukhuwah yg saya bina dengannya dapat membantu saya menyeberang ke hatinya suatu hari nanti untuk bersama-sama menjadi hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini.

ceritanya yg memuji keindahan Malaysia dan bercadang hendank datang ke Malaysia lagi membawa kami memngukir sebuah janji  bahawa kami akan berjumpa dan bertemu lagi di atas kapal terbang yg sama, tempat yg sama untuk ke Malaysia. dan saya harap petemuan indah nanti itu saya dapat mengajaknya mengenali Islam dan membawanya sekali menaiki bahtera penyelamat - Islam.

moga-moga...
ameennn....^^


Tuesday, 11 September 2012

PAKAIAN SOLAT KITA



Photo



Photo


Percayakah jika ana katakan pakaian yang kita pakai saban hari bukanlah untuk diri kita sebenarnya. Kita memakainya untuk orang lain, kerana orang lain.
Kenapa ana katakan begitu??

Kita boleh lihat kehidupan kita saban hari bermula dari kita bengun tidur sehinggalah kita bengun semula. Lazimnya dan sudah ma’ruf akan pakaian-pakaian yang sesuai untuk di pakai pada waktu-waktu tertentu. Namun, apa yang saya nak fokuskan di sini adalah tentang pemakaian kita solat. Solat adalah merupakan wadah penghubung antara kita dengan Allah. Malah dalam solat itu sendiri sebenarnya kita berbicara dengan Allah.

Tertarik dengan satu analogi yang pernah sahabat ana lontarkan pada ana.

“ kita kalau nak sambut raja atau sultan bukan main pakaian kita. Siap dengan lengkap berseragam. Tutup habis dari atas badan hingga ke bawahlah.tak berani nak main-main depan raja atau sultan.tambah-tambah yang sedang kawat, nak gerak sikit pun takot.

Tapi dengan Raja Tuhan Sekalian Alam, Raja kepada raja dan sultan kita, kita buat endah tak endah.bukankah Raja Sekalian Alam ini lebih kita patot disiplin dan takotkan? Kita berTuhankan siapa sebenarnya?? “

Luahan sahabat ana tadi membuatkan ana tersentak. Kebetulan kami baru sahaja menunaikan solat berjemaah di Masjid Syuhada’ berdekatan dengan tempat berkumpul mahasiswa mu’tah (PUSMA). Tempat ini menjadi pusat kepada seluruh pergerakan atau program yang melibatkan mahasiswa-mahasiswa Malaysia.

Ya. kita akan memakai pakaian yang baru, lengkap berseragam apa bila kita pergi menghadap Raja atau Sultan.sedikit pun tak bercalar apatah lagi pakaian yang kurang bersih.pastinya tidak.kita akn memakai pakaian yang bersih dan terbaik.mustahil kita akan memakai pakaian yang comot – pada hakikatnya.
Hal ini mengimbau kita di zaman silam para sahabat dahulu dan zaman para salafussoleh yang sangat menjaga ibadat dan hati mereka yang penuh khusyuk dan khudu’ pada Allah.termasuk dalam mengambil kira dalam bab pakaian dalam menunaikan solat.

Kenapa ana timbulkan isu pakaian ni?

Sama ada kita percaya atau tidak, kebanyakan orang melayu yang tidak menunaikan solat adalah 80% menurut kajian oleh Dato’ Haji Fadzilah khamsah. Hanya tinggal 20% yang menunaikan solat fardu. Dalam 20% peratus itu pula berapa ramai yang solat cukup lima waktu ??

Dalam bilangan yang masih berbaki, berapa ramai yang solatnya khusu’?
persoalan-persoalan ini harus kita renungi sama-sama.
kenapa jadi macam tu?

Antara nasihat yang di pesan oleh guru ana, alfadhil ustaz Muhadir Joll adalah sebaiknya kita..

MENYEDIAKAN PAKAIAN YANG KHUSUS
 Imam Bukhari misalnya ketika hendak solat, pakaian mereka sangat berbeza dengan pakaian kita hari ini saat kita mengerjakan solat. Mereka menyediakan pakaian yang khas yang  terbaik untuk menghadap Allah.
Imam Malik ketika didatangi oleh penuntut ilmu untuk mengambil ilmu hadis, beliau menukar baju dan pakaian beliau yang lazim kepada pakaian yang khusus kerana adab dan akhlak mereka kepada Rasul. Walaupun Rasul tidak ada di hadapan mereka.

Setiap pakaian sunnah itu mempunyai auranya yang tersendiri.janganlah kita rasa segan hendak memakai pakaian sunnah.kalau bukan kita ummat nabi Muhammad yang nak hidupkan siapa lagi??
Kalaulah kita buat maksiat kita tak pernah segan, kenapa kita nak malu untuk berbuat ibadah??

[sama-sama fikirkan ] 


Thursday, 30 August 2012

nak kahwin time belajar ?






Sedang ana ziarah menziarahi asatizah di UIA sebelum ana fly, tiba-tiba ana mendapat masej dari seorang madam atau lebih mesra ana panggil ummi.

‘ jemputlah datang ke bilik ummi ‘ terpapar di skrin handphone ana.

Ana pun bergegaslah jumpa ummi kesayangan ana tu..hehe ^^

Setelah hampir sejam kami berkongsi cerita, pendapat dan nasihat dari ummi, ana sempat mengajukan satu soalan pada ummi.

“ ummi, masa ana ziarah teman-teman tadi ramai giler yang dok pesan ana tentang kahwin. Yg request pun ana, dengan hadiahnya dan macam-macam lagi lah. Jujurnya ana terasa juga lah ‘tentang’ ni ummi. Xpe ke :-( ? “ 
segan, tapi ana tanya juga sebab ana percayakan ummi dan ana yakin ummi ada nasihat yang amanat berguna untuk ana dalam hal ni.

“ ehem-eham…buah dah masak ke? “ usik ummi.

Panjang dan best giler perkongsian ummi menjawap soalan ana tadi. Maklumlah, ummi memang pakar psikologi dan pandai juga mengambil hati.

“ madam dengan suami madam sangat berbeza macam langit dan bumi. Sampaikan ayah madam pernah kata, hampa dua ni macam langit dan bumi lah. Tak sama langsung.“ ummi ana berkongsi kehidupannya dalam berumah tangga.

“ sehinggalah satu hari ummi cuba ajak suami ummi untuk duduk berbincang, tapi dia tak pernah boleh. Akhir sekali ummi dapat pancing suami ummi juga supaya duduk di bahagian koridor rumah. Ummi duduk dengan suami dan kami buat  perancangan dan hala tuju kami. “

“ Alhamdulillah apa yang kami tulis dan rancang untuk buat tu menampakkan hasil, Allah bagi lebih daripada perancangan kami. Jadi nasihat madam di sini untuk anta yang masih lagi belajar, sebelum anta ke alam behtera rumah tangga pertama sekali adalah buat perancangan. Bila anta nak kahwin? Ekonominya? Emosinya? dan dalam tempoh sebelum sampai waktu anta target untuk berkahwin, apa yg anta perlu lakukan dan persoalan-persoalan lain. Anta kena buat perancangan. ”

Malangnya ana rasa takot sangat-sangat untuk rancang benda ni. Apa yang dah dirancang sekarang ni pun ana serah pada Allah. Dalam hati ini sudah tidak mahu lagi menuang cuka di atas hati yang pernah berdarah pedih. Apa yang berlaku, ana dah redha dan terima sahaja ketentuan Allah. Pengalaman itu adalah guru yang paling baik dan pengalaman yang ana lalui itu juga telah mengajar supaya jangan kita beri hati kita pada yang tidak sudi menerimanya. Kelak pasti kita akan terluka. Biarlah kita kehilangansesuatu kerana Allah, tapi jangan kehilangan Allah kerana sesuatu.

Hanya dengan bersangka baik pada Allah sahajalah yang mampu mengubat sedikit rasa kelukaan itu. Melihat pula hadis-hadis Nabi  yang  membela nasih orang yang menempa ujian dengan  kesabaran, sikit sebanyak menceriakan jiwa yang terasa dianiaya. Allah telah menyimpan nikmat-nikmat kesabaran itu di syurga  sehinggalah tiba waktunya untuk hamba itu mengecapinya.

“ perkara kedua yang anta perlu buat adalah anta membina diri anta. Be someone. Sebagaimana para sahabat dahulu yang berjaya membina tamadun dengan keilmuan. Kesibukan mereka dalam menuntut ilmu membuatkan mereka tidak sempat untuk berfikir tantang cinta, keseronokan bahkan hampir terlupa untuk makan kerana sibuk dengan ilmu. Peribadi dan sahsiah mereka pula didorong oleh keluarga yang mencintai ilmu dan akhlak sehinggalah Islam tersebar di  seantero dunia. Dalam masa yang sama mereka juga sibuk mendekatkan diri kepada Allah, siangnya bekerja bagaikan singa, malamnya beribadat bagaikan ‘malaikat’. Generasi inilah yang kita impikan. “

“ terakhir adalah doa kepada Allah dengan penuh yakin dan berharap pada Allah dan Allah pasti akan menunaikannya buat hamba yang yakin dan percaya padanya.  Dahulu ummi memang berdoa mendapat suami yang soleh dan ummi memang dapat suami yang soleh tapi ummi nak anta ingat sekali lagi, berdoa sahaja tidak mencukupi, anta kena rancang. Buat perangcangan baik-baik sebelum dan selepas perkahwinan. “

Pertemuan sejam itu rasa macam seminit ja berlalu..

Tuesday, 14 August 2012

KENALI MAKHLUK UNTUK MENGENALI KHALIK





Lambang Biro Tata Negara


Pada petang yang permai 20 Ramadhan, dalam slot PKPK ( Peningkatan Kemahiran dan Peningkatan Kesedaran) dalam Kursus Transformasi Mahasisiwa ke Luar Negara. Kumpulan kami dipimpin oleh Abang Bob atau nama sebenarnya Muhammda Husny berasal dari Penang, keturunan Jawa Siam.

 Kursus ini merupakan kursus yang wajib diikuti oleh setiap pelajar yang ingin menyambung pelajaran meraka  ke luar Negara. Namun  Kursus ini lebih dikenali dengan Biro Tata Negara ( BTN) yang dikelolai salah satu jabatan di Jabatan Perdana Menteri di Putra Jaya. Kem Bina Negara di Kulim menjadi medan kursus ini dilangsungkan selama lima hari empat malam.

“ tok, tok. “ ana mengetuk pintu

“ Assalamualaikum, minta maaf Abang Bob sebab lewat lagi, saya sakit perut juga hari ini. “ tercungap-cungap ana bila sampai di depan pintu kelas PKPK.

Abang Bob hanya tersenyum mesra. Rasa lega sikit. Abang Bob merupakan seorang yang sangat ceria dan periang. Walaupun kudrat fizikalnya yang besar, 140kg dan badannya yang agak berisi, namun dia tidak menjadikan semua itu sebagai halangan untuk manjalani kehidupan seperti insan yang lain. Tambahan pula, Kami tidak pernah bosan selama dalam kumpulannya. Hari-hari yang dilalui serasa bagai semalam. BEST !
Abang Bob sudah masak dengan ana yang saban hari sakit perut, mungkin sedikit elegik dengan makanan di sini.

“ baiklah, hari ini Abang Bob nak hampa semua pilih salah satu jenis bentuk yang ada dalam kertas tu. Hampa pilih mana satu bentuk yang hampa suka dan bentuk itu boleh melambangkan diri hampa. Abang Bob bagi masa dalam 7 minit, pastu Abang Bob nak tanya. “

Abang Bob mula mengedarkan kertas yang ada  gambar bentuk tadi tu bermula barisan perempuan yang berada di selah kanan Abang Bob. Memang sunnah kita memulakan setiap perkara itu bermula dari sebelah kanan. Hatta Nabi sendiri pernah meminta izin kepada seorang kanak-kanak yang berada disebelah kanan Nabi untuk di beri minuman itu kepada Sayyidina Umar terlebih dahulu yang berada di sebelah kiri Nabi. 

Begitulah keutamaan kita untuk memulakan sesuatu itu daripada sebelah kanan.
 kertas yang diedarkan satu persatu hinggalah ana orang yang terakhir mendapatnya.

‘ bulat, segitiga, segi empat gambar frequency. ‘. Itulah bentuk yang terpampang di atas kertas tu.

‘ BULAT !  ‘ sekilas pandang ana melihat bulat, terus ana pilih.

“ ok, memandangkan masa dah tamat, jadi Abang Bob nak mulakan dahulu dengan Akram boleh ? “
aju Abang Bob pada ana dengan tak semena-mena.

“ ok. “
 sahut ana menjadi orang pertama walaupun agak gemuruh. Maklumlah semua ahli kumpulan ana semua hebat-hebat. Segan terasa.

“ saya memilih bentuk bulat. Sebab apa? Kerana bulat itu bagi saya adalah lambang gerak kerja yang berfokus. Kedua bulat itu adalah memiliki matlamat yang jelas dan terakhir bulat itu tabah dan seorang yang tetap pendirian”

Semua terdiam menunggu penjelasan dari point-point yang ana sebutkan tadi. Jelingan mata mereka yang lain pada ana  menuntut penjelasan.

“ bulat itu sangat sinonim kita dengar, bulat hati, sebulat suara, dan perumpamaan-perumpamaan yang lain. Bulat akan membuatkan kita kerja itu lebih berfokus dan jelas. Melakukan sesuatu tanpa terlebih dahulu kita jelas pada sesuatu perkara, pasti kita mudah terbabas. Contohnya remaja sekarang yang bebas menjalinkan hubungan tanpa ada matlamat dan bebas. BEBAS SAMPAI TERBABAS! “

Abang Bob dan ahli kumpulan lain masih menumpukan lanjutan kupasan ana. Biasanya Abang Bob sentiasa tersenyum bila ana bercakap, entah kenapa kali ini semua macam serius ja bila ana cakap.

“ kerja berfokus dan bermatlamat itu adalah berbeza. Matlamat itu adalah penghujungnya atau golden rule menyebut begin with the end in mind. Apabila kita sudah ada tujuan dan hala tuju, maka kita sudah tahu apa yang kita lakukan dan apa yang tidak perlu. ” Ana berhenti sejenak menarik nafas.

“ sebuah kapal terbang hendak terbang dari ke Destinasi A ke Destinasi B. sebelum kapal terbang itu bergerak, juruterbang tersebut telah tersalah set  koordinat, hanya satu darjah sahaja tersilap. Setelah kapal terbang itu terbang, agak-agak teman semua,  adakah kapal terbang tersebut akan akan samapi di Destinasi B ?

“ urm…sampai kot. “ jawap salah seorang ahli kumpulan.

Abang Bob dan lain terpinga-pinga nak bagi jawapan, sama ada ya atau tak. Seorang sister kat depan ana tu sampai berkerut muka macam angry bird dan ada yang mencuit-cuit kawan sebelah supaya menjawap.

“ tak sampai kerana satu darjah tersilap, kapal terbang tersebut akan bergerak 40km setiap 10 darjah yang tersilap. “ jawap salah seorang teman sebelah ana, Hazwan.

“ aha, betul tu. Jika jauh Malaysia ke Jordan dengan tersilap satu darjah, kita sampai tak kat sana? Jadi tak kita nak ke Jordan? “ ana cuba memancing soalan sekali lagi menarik minat.

“ tak “

“ yup, itulah analogi kesemua elemen point  yang ana sebutkan  tadi.   Matlamat kita adalah Destinasi B, focus kita adalah elemen kearah mencapai matlamat kita tersebut. Kalau dalam mengemudi sebuah kapal terbang pun kita tak boleh silap, masakan kita hendak mengemudi sebuah bahtera kembara menuju Tuhan. Tentu lebih-lebih lagi focus dan matlamat kita dan sedikit pun tak boleh silap !.Sekian…” hehe.

“ betul tu akram. Terima kasih Abang Bob ucapkan. “ Abang Bob mengacara kumpulan semula.

 “ Abang Bob nak tambah sikit. sebenarnya  menurut ahli psikologi, bulat itu melambangkan seseorang itu suka membina hubungan dengan manusia, orangnya ‘mesra alam’ mudah kata.  bahkan orang ini sangat suka kepada suasana harmoni ana berusaha mengharmonikan sekelilingnya. Ke mana sahaja dia pergi, mudah untuk masuk dengan semua orang. ‘spesis’ ini kalau dilempar ke laut jadi pulau, di lontar didarat jadi gunung – sentiasa ingin cuba untuk berdikari. “

“ oo… “ kami mengangguk tanda faham.

“ dan orang ini kadang-kadang agak ‘ keras kepala’, tapi yang spesis positif n sangat berpegang dengan apa yang dia yakini dan percaya. Kalau dia kata A jawapannya maka A lah. Boleh berubah tapi dengan penjelasan yang konkrit baru boleh – agak susah. “ tambah Abang Bob.

‘ kene batang hidung, tepat betul dahi. Betullah apa Abang Bob cakap. ‘ bisik ana sendirian.

“ kalau bentuk segi empat pula dia jenis seorang yang sangat logical atau lebih mudah di fahami particular  dan suka menilai sesuatu perkara dengan emosi.

“ segi tiga pula dia seorang yang mempunyai arah tuju yang jelas dalam hidupnya, mempunyai cita-cita yang tinggi serta mempunyai wawsan yang jelas. Dia juga sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita tersebut. “

“ Bentuk frequency pula memnunjukkan dia mempunyai minat yang pelbagai. Malah kebolehannya itu berbagai-bagai, serba boleh lah orang cakap. Antara sifat yang lain adalah orang ini kurang suka kepada sesuatu pekerjaan yang berjadual. Dia sukakan pada sesuatu perkara yang tidak terikat. “

“ Untuk apa Abang Bob ceritakan semua ini? Sebabnya Abnag Bob nak semua rasai akan keunikan segala ciptaan Allah. KENALILAH MAKHLUK UNTUK MENGENALI KHALIK. Moga dengan mengenali makhluk itu akan membuatkan kita lebih takut, tawaduk dan khudu’ kita pada Allah. Moga-moga dengan ilmu yang Abang Bob kongsikan tadi dapat hampa mengenali sesame hampa dan dapat mengeratkan hubungan ukhuwah Islamiah sesame kita. “

“ Nabi juga pernah bersabda yang bermaksud, tidak beriman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sendiri sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri “

Wallahu'alam...
salah silap mohon maaf...


selamat hari raye yea...^^




Wednesday, 1 August 2012

kasih tidak berbalas






“ Alhamdulillah…bahagianya dapat bantu mak ayah “. Atau lebih tepat, bahagia sebab dapat memberi.
Ya, dengan memberi anda akan bahagia sebab seorang yang orang yang memberi bebas dari resah dan gelisah terhadap perkara apa yang dia akan dapat. Pastinya apa yang diharapkan itu jika dia tidak dapat, perasaan gelisah tidak akan menyelubungi hati.

Ruang tamu yang bersepah dan sedikit berhabuk sudah habis dikemaskan. Pinggan-pinggan yang penuh dalam sinky, sudah habis dicuci. Buku-buku pelajaran STAM zaman ‘muda-muda’ dahulu yang tidak tersusun di ruang atas rumah sudah dikemas dan diletakkan di tempat yang lebih tersusun.

“ aik?? Mana mak ayah “. Ana bertanya pada kakak ipar ana, Nur Arfah.

“ tu mak “.

melihat mak tengah rehat, makin terasa lagi-lagi bahagia di hati. Kalau sebelum ni, masa ana kecil-kecil dulu, mak analah yang kemas rumah, masak, cuci pinggan dan sebagainya, kali ini anak-anaknya, lelaki atau perempaun sudah mampu ambil alih semua tugas-tugas suri rumah.

“ ops…sura rumah “. Hehe…

“ chu…nape chu rajin sangat tolong tok “. Tanya anak menakan ana, anak kepada kakak ana yang sulung, Mimi namanya. Chu atau uchu adalah gelaran manja ana dalam keluarga sebab ana lah yang paling bongsu dan ana  sorang ja yang belum kahwin lagi. :p

Yang lain sume dah kawen…

“ chu tak rajin pun sebenarnya, kalau nak dikira, sebenarnya malas juga chu ni. Tapi setiap kali chu nak malas, chu terbayangkan jasa dan pengorbanan tok dan tok wan yang penat membesarkan chu sampai sekarang. Perit jerih, susah senang mereka membesarkan chu selama ni “ jelas ana.

“ cuba Mimi fikir, masa kecik (bayi) mak ayah kita yang besarkan kita, semasa kita kanak-kanak pun ibu ayah kita masih berkorban untuk kita, masa kita remaja kita pun  mereka jugalah yang berkorban untuk kita. Tapi bila kita dah besor dan mampu berdikari, pada tika itu mak ayah kita sudah tua, kudrat pun sudah lemah meniti usia, takkan mimi nak suruh mak dan ayah kita cari rezeki dan jaga kita lagi?? Cuba mimi fikir, tak cukup lagi ke apa yang mereka dah korbankan pada kita selama ni “.

“ a’ah lah chu… yea tak ye jugakkan  “.

“ yea lah…sebab tu sudah sampai masanya kita kena berbakti untuk mereka. Jangan sampai ajal mereka, baru kita nak berbakti pada mereka. Takkanlah tika mereka dan di liang lahad baru kita nak menyesal sebab tak sempat nak berbakti dan senangkan hati mereka? Bila lagi mereka nak rasa hasil didikan anak-anak yang mereka besarkan selama ini ?? “.

“ sekarang lah…kan chu ? ” jawap mimi

 “ sebenarnya mama Mimi selalu ingatkan perkara ni pada uchu, sebab tu kalau chu balik, chu cube manfaatkan masa chu untuk berbakti pada tok dan tok wan”

“ ooo…”

“mimi pernah dengar tak kisah di zaman Khalifah Umar al-Khattab. Ada seorang perempuan ni, dia sangat menjaga ayahnya. Apa sahaja kehendak yang diinginkan oleh ayahnya, pasti dia akan cuba tunaikan. Makan minum semuanya dijaga olehnya semacam dia diasuh sewaktu kecil. Walaupun ayahnya sudah tua dan nyanyok, namun kemana sahaja dia pergi, pasti dia bawa bersama ayahnya sehinggalah pada suatu hari  Khalifah Umar memandang gelagat wanita ini yang mengendong ayahnya kesana ke mari. Lantas terdetik di hati Khalifah Umar,

‘ masih ada manusia di dunia ini  mentaati ibu bapanya sampai macam tu sekali ‘
Lantas Khalifah Umar pun menegur perempuan itu.

“ wahai wanita yang solehah, semoga Allah mengganjari mu dengan ganjaran syurga yang hebat atas keikhlasan dan pengorbanan pada orang tua mu itu”.

lantas perempuan itu menjawap.

‘ aku bukanlah seperti yang engkau sangkakan. Sebenarnya apa yang kau Nampak aku berjasa pada ayah aku ni bukan seperti yang engkau fikirkan. Dalam hati aku sebenarnya mengeluh dan menenti bila saatnya orang tua aku ini akan pergi…”,

" lebih kurang macam tu lah kisahnya "

Walaupun dia rasa macam tu. At least dia bantu juga makayah dia. Kita ???

“ k..dah. nak bantu chu basuh baju Tok Wan tak ? “

“ nak-nak “

tiba-tiba ana dikejutkan dari lamunan tidur. mimpi rupanya.

Berbaktilah kepada ibu bapa kita selagi hayat mereka masih ada, sebelum mereka tiada…
sempena bulan Ramadhan…satu perumpamaan yang kita cuba sama-sama lakukan.

ALANG-ALANG NAK BUAT KEBAIKAN, BUATLAH YANG TERBAIK !

Pesan sahabat  rafiq ana suatu masa dahulu…

“ fastabiqul khairat ” ^^

Salam Ramadhan….