Thursday, 24 January 2013

kuasa cinta


Perasaan ini sangat kuat. Perasaan ni sudah lama terpendam dalam taman hati. Hati pula terus bermain dengan biola-biola perasaan. Debarannya bak lagakan ombak. Kencang hentamannya menerjah sehingga ke sukma cinta. Sungguh dia benar-benar telah mengusik hatiku.

Oh, rinduku padanya bukan kepalang. Bahkan Aku juga sering membayang akan dirinya.

"apa yang sedang dikerjakannya ye? Dia sihat ke tidak?"

Soalan yang paling penting, "adakah dia juga mencintaiku? Atau aku hanya bertepuk sebelah tangan?".

Oh, Tuhan.
Perasaan apakah ini. Inikh cinta? Inikah rindu? Ku pernah katakan pada ibu akan seseorang yang sangat ku cintai. Ibuku hanya diam tersenyum.

Kata ibu, "anakku, mahukah ibu khabarkan cinta?".

"Nak, nak, adik nak tahu. Apa itu cinta bu ?"

"cinta itu adalah kuasa yang sangat luar biasa andai tepat siapa, bagaimana dan mengapa kita bercinta dengannya?". Terlopong ku mendengar falsafah cinta ibu.

"benar anakku. Cinta itu sangat hebat. Kerana cinta jiwa pun sanggup dikorbankan. Kerana sesuatu yang sangat kita sayang"

"Kerana cinta sering membuat kita terkenang-kenang akan si dia. Saling merindui dalam alam realiti, bahkan sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi. Apa yang dia suka, itu jugalah yang akan kita suka miskipun sebelumnya tidak."

"cinta itu mengubah derita menjadi gembira, mengubah samudera menjadi bahagia, mengubah siang menjadi malam." ulas ibu.


"Hebatnya cinta, kan ibu?".

"benar anakku."

"err, kalau macam tu kan ibu. Cinta man dah hebat lah kan sebabnya Man selalu merindui dia, kadang sampai termimpi-mimpi." soal hazman. ibu diam tanpa bicara.

Tak semena-mena ibu bertanyakan satu soalan padaku. "mahukah ibu khabarkan cinta yang lebih hebat?"

Hah? Ada lagi cinta yang lebih hebat. Terkejut rasanya.

"ya anakku. Mencintai sesuatu yang kita tak nampak, tak dapat disentuh, dan tidak pernah kita jumpa. suatu kuasa cinta yang merentasi masa dan zaman. Kita hanya dapat merasainya dengan hati". Kata ibu.

"cinta apa sampai macam tu sekali. Mustahil lah bu. Ada ke cinta sampai macam tu sekali?"

"ada. Itulah mencintai Allah dan Rasul. Cinta itu sangat berkait rapat dengan iman. Cinta itu tak sama mencintai orang biasa dengan mencintai dengan insan yang luar biasa. Mencintai sesuatu yang kita tak pernah jumpa dan lihat."

"Jika ibu katakan ibu ada seorang kawan yang lobang hidungnya ada tiga, Man percaya tak?" tambah ibu.

"macam pelik ja bu. Man tak cayalah. Mana ada lobang hidung sampai tiga. Dua ada lah."

"kalau ibu cakap ada jugak macam mana?". ibu menambah provokasi.

"cuba tunjukkan pada Man dulu, baru Man caya. kalau tak Man tak caya."

"haha...ibu gurau sahaja." tawa ibu.

"macam tu lah jugak dengan cinta kita pada Allah dan RasulNya. Mencintai sesuatu yang tidak ada. Logik akal mustahil. Oleh sebab itu, ia sangat rapat berkait dengan iman."

Syukurlah ibu tak terus herdik, marah dengan 'soalan-soalan remaja'. Ibu sangat memahami. Ibu tak terus menghalang cinta tapi diberinya jalan, dipimpin tangan membawa cinta itu ke kondisi yang fitrah yang sebenar."

:: SALAM MAULID RASUL :: ^^

1 comment:

  1. nice :) pandai ibu bg nasihat ^_^ .. pling best part lubang hidung ade 3.. :D

    ReplyDelete