Thursday 18 October 2012

merokok ibadah ??

hari semakin hari , masa demi masa, saat dan detik terus berlalu.
'mereka' sentiasa mengucap 'selamat tinggal' pada yg tidak tahu nak menghargai mereka. sebab itu lah kata bijak padai, penyesalan itu tidak pernah ada di belakang !

" aduhai, menyesal aku tak menghargai dia semasa hayatnya masih ada ! "

" alangkah baiknya jika aku sempat berbakti pada mak dan ayah sebelum mereka meninggal, dan  melihat kejayaan aku "

dan satu lirik yang saya pasti akan dengar setiap tahun, semenjak saya tingkatan satu sampailah sekarang. lirik yang sama.

" kalaulah aku study awal sikit, tak lah teruk macam ni, study last minit " kita biasa macam tu kan. dah last minit baru nak kalut buat itu dan ini. last sekali semua jadi bertimbun. kita dah membiasakn diri macam tu. kalau perkara itu baik tak apa.
jangan membiasakan perkara yang biasa!

merokok satu ibadah ?

sekarang dan masuk fasa imtihan awal bagi kami pelajar universiti mu'tah. semua pelajar mula sibuk dengan menelaah kitab. dah nak exam katakan. markah peperiksaan ni masuk dalam mua'addal(pointer). so kene berusaha lebih sikitlah. dalam kesibukan itu, masih timbul isu merokok.

masih diperbahaskan perkara yang sudah lama diperbahaskan oleh alim ulama' terdahulu yg lebih faqih dan arif. namun, perbahasan perkara khilaf itu manjadi segelintir perokok rasa tidak senang.
mana nak senang nya, perkara itu melibatkan hal elwal kehidupan mereka. habis semua manusia dirasakan SB yang sentiasa mengintip perbuatan mereka.

semua maklum bahawa rokok dapat membahayakan kesihatan. segala macam penyakit dan kanser akan mudah dijangkiti. perokok tegar pun tahu akan bahaya merokok pada kesihatan mereka. malah muncul kajian menyatakan bahawa punca awal seseorang terlibat dalam kes dadah misalnya dan beberapa kes lain adalah kerana merokok.

itu dari segi kesihatan. dari segi pandang agama pun ada pandangan tersendiri. bukan sekadar hukum bahkan dari segi sebab musabab remaja jadi macam tu pun ada.

seseorang yang banyak merokok akan menjadikan hatinya makin gelap, dan timbulnya titik hitan dalam hatinya. al hasil seseorang itu susah nak mendengar nasihat, ibadat pun susah nk terasa nikmat, ayat-ayat Allah kurang 'enak' bila dibaca dan cahaya Allah pun susah nk masuk dalam hati kerana banyaknya titik-titik hitam di hati. maka peluang ini diambil syaitan utk 'berdakwah' pada kita.

apa yang lebih menariknya tentang dakwah syaitan ni adalah dakwah mereka lebih berseni daripada kita kerana pengalaman mereka yang ada lebih banyak dari pengalaman ustaz-ustaz dan daie-daie kita yang ada sekarang ni. mereka telah hidup sejak sekian lama dari kita. oleh sebab tu kita kena berhati-hati.

" aku dah cuba dah nak berhenti, tapi payah lah. susah nak berhenti "

rata-rata inilah kalam yang sering diucapkan. faham ja apa yang mereka maksudkan. nak ubah sesuatu yang telah menjadi sebahagian diri kita, memanglah sukar. BUKAN MUDAH TAPI TAK BERERTI SUSAH.
bukan mudah kita nk tinggalkan perkara yang sudah sebati dalam hidup kita dan menjadi darah daging.
tapi seandainya kita mahu berubah, semua itu atas pilihan kita dan Allah akan menghantar orang-orang yang baik di sekeliling kita,  bersama-sama berubah menjadi lebih baik. selangkah kita menuju Allah, sepuluh langkah Allah datang kepada kita.




at least kita dah cuba untuk berubah kearah kebaikkan mengikut syariat kerana Allah. itu lebih baik dari tak pernah cuba!
melakukan sesuatu kerana Allah dengan ikhlas ia dikira ibadah. walaupun pada ketika itu si perokok tersebut masih merokok. dari segi syariah semua dah maklum akan hukumnya. namun masih lagi ada satu undang-undang yang Allah cipta iaitu sunnatullah. agama yang Allah turunkan ini sangat selari dengan fitrah kita. oelh itu soal hendak berubah pun kena ambil kira dari segi tahap kemampuan untuk berubah.

merokok pun jadi ibadah???

ya, dikira ibadah jika dia sedang cuba berubah ke arah lebih baik. dia cuba tinggalkan tabiat merokok tersebut. dalam kitab ihya' ulumuddin karangan imam ghazali ada menyebut akan seorang hamba yang suka makan banyak. makan banyak merupakan sikap yang jelek buat ahli addin. maka kurangkanlah makananmu. jika mahu kurangkan makan banyak janganlah tinggalkan terus. jika selama ni makan nasi tiga ke empat pinggan, jangan diet sampai tak makan nasi.

kata imam ghazali daripada seratus suap, kurangkan menjadi 99 suap dan kekalah macam tu. sehingga kamu dapat kurangkan, turun pula kepada 98 suap dan begitulah seterusnya.

cuba berubah ke arah yang lebih baik adalah baik daripada tak pernah cuba.
orang yang cuba buat baik, dia adalah orang baik. tapi orang yang tak pernah cuba buat baik comferm dia bukan orang yang baik. !


sama-samalah kita bantu sahabat kita. jangan hanya berkata belakang kerana itu tak memberi apa-apa perubahan, MENCARI CAHAYA ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUTUK KEGELAPAN!



Saturday 13 October 2012

andai...





andai iman itu,
sebuah janaan dalam kehidupan, apakah yg akan terjadi dalam sebuah pengembaraan andai penjana itu rosak? apakah masih ada harapan..
andai iman itu umpama lautan, andai keringnya lautan itu, bisalah wujud kehidupan...
andai iman itu adalah kemudi pelayaran, jika ia rosak ...mungkinkah pelayaran itu selamat?
andai iman itu suria yg menyinari alam, alam dalam sebuah alam kehidupan.
andai suria itu tiada, apakah yg akan terjadi agaknya ???

andaian demi andaian...
hakikatnya jika diteliti dan dilihat dengan pandangan mata hati, berakhirnya sebuah pengembaraan dan pelayaran dalam kehidupan ini ia bukan bererti sebuah pengakhiran kerana masih ada sebuah lagi kehidupan dari semua itu. kehidupan selepas kita mati, kehidupan yg lebih bererti dan abadi, yg tiada mati-mati lagi selepas tu.

andai kata iman kita mati sebelum 'kita mati' apakah  kehidupan ini akan bererti ??
dan persoalan yg paling penting apakah dengan hati kita yg mati sebelum kita mati, kita akan punyai sebuah 'kehidupan' yg bererti selepas kita mati? - kehidupan di syurga.
atau pengakhiran kita di neraka. ~ نعوذ بالله من ذلك

ana hanya ingin mencetuskan persoalan,
andai iman kita mati sebelum kita mati?

jagalah hati, peliharalah amalan, tingkatkanlah nilai keimanan.
kerana hati kita satu tu ja. baik buruk pun hati itu jugalah. dan yang pasti HATI ITU JUGA KITA AKAN BAWA KE ALAM SANA BERTEMU ALLAH !
sama-sama jaga hati...

" ingat bahawa sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan merasai mati "

~ استغفرالله العظيم



Thursday 11 October 2012

selamat berjuang



Selamat Berjuang 

Malam Siang Berlalu
Gerhana Kesayuan
Tiada Berkesudahan
Detik Masa Berlalu
Tiada Berhenti Oh Syahdunya

Sejenak Kuterkenang
Hakikat Perjuangan
Penuh Onak Dan Cabaran
Bersama Teman-Teman
Harungi Kehidupan Oh Indahnya

Berat Rasanya Di Dalam Jiwa
Untuk Melangkah Meninggalkan Semua
Kasih Dan Cinta Yang Terbina
Ia Akan Selamanya

Selamat Berjuang Sahabatku
Semoga Allah Berkatimu
Kenangan Indah Bersamamu
Takkan Ku Biar Ia Berlalu
Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya
Dan Ingatlah Semua Ikrar Kita

Hati Ini Sayu Mengenangkan
Sengsara Di Dalam Perjuangan
Jiwa Ku Merana Dan Meronta Mengharapkan
Kedamaian Dan Jua Ketenangan

Tetapi Ku Akur Pada Hakikat
Suka Dan Duka Dalam Perjuangan
Perlu Ketabahan Dan Kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman… 

(kump Nasyid Brothers)

lirik lagu ini ditujukan khas buat teman-teman seperjuangan dalam ingatan dalam mencari erti kehambaan. hamba Ilahi.


syaitan tak pernah kuat, tapi kita yg lemah.
Allah bukan tak memberi kemanisan iman, tapi kita tak mencarinya. k
kita yang tak nak menerimanya...

" moga iman terus menyinari hati  "
~ moga ~

 :'(

....استغفرالله العظيم


Monday 8 October 2012

sekitar depan perpustakaan...^^





akram, luqman(university of Jordan), dan izham




baru habis kelas


'ruang tamu' tengah jamiah, 
biasanya pelajar arab akan brkumpul kat sini 'minum kedai kopi'









bangunan pelajar sains


pemandangan depan maktabah
-maktabah sebelah kiri gambar-




gambar ni cek tangkap kat tingkat atas perpustaan.
cantik tak...^^ hehe






depan perpustakaan..
kitab memang banyak lah.
empat tingkat..



depa jenih nek tangga pusing-pusing




antara kitab2 yang sempat cek tangkap hambaq ^^



Alhamdulillah..sekrang adik syukur berada di sini kerana Allah 'mendidik' adik melalui sebuah kembara yang sangat mencabar dan menguji, yang menjadikan adik serba sikit menjadi lebih matang dan memahami erti kehidupan. apa yg kita pernah baca, tak sama dengan yang kita fahami,
dan APA YANG KITA FAHAMI BELUM TENTU KITA akan RASAI DAN HAYATI.

namun di sini, adik dapat hadapi fahami beserta dengan AMALI untuk ALAMI 
apa yang adik fahami selami ini.
rasa bahagia dengan ada nya agama Islam!
apa yang kita cari itu lebih bererti !

hari demi hari adik tempuhi, cabaran-demi cabaran adik hadapi..
Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat Tuhan dan cabaran yg mendidik diri !

~ kembaramenujuilahi ~



Saturday 6 October 2012

pabila hatiku berbicara...

apa yang aku tulis ni, adalah lirik-lirik hati yang sentiasa dimainkan dalam siaran diri. bercerita itu kadang dapat menyedarkankan kita. bercerita itu juga kadang-kadang menjadikan kita gembira dan duka. sering kali juga saya bisikkan, dengan bercerita itu orang lain dapat belajar sesuatu dari diri kita.
malah ana selalu adunkan pada diri ana kata-kata yang ana belajar dari 'universiti kehidupan..'


kadang2 kita perlu belajar dari pengalaman orng lain kerana tak semua perkara dalam kehidupan dapat kita lalui dan pelajari serta fahami hanya dengan kehidupan yg kita lalui sahaja.
mungkin dengan pengalaman dan kesilapan orang lain boleh menjadi peringatan buat kita dalam misi kembaramenuju Tuhan..


" akhi, kenapa ni akh?  nampak macam murung ja " ana di tegur oleh salah seorang sahabat ana semasa belajar di UIA PJ dahulu. panggilan 'akhi' yang memberi maksud saudaraku. abdul aziz menegur.



" tak da apa lah. semua baik-baik saja. "sambil ana melempar senyuman.

'dalam hati biarlah rahsia aku dan Tuhan. janganlah kau bimbang wahai sahabat.' hati berbisik.

 walhal pada masa tersebut, bebanan yang di tanggung hanya Allah yang tahu. hakikatnya diriku amat memerlukan bantuan dan sokongan. kepada siapakah hendak ku luahkan? kepada siapakah hendak ku kongsikan? kepada siapa.... :-(

oh Allah, aku amat memerlukan teman di sepanjang perjalanan jalan juangku padaMu.
apakah ada insan yang boleh memahami? apakah ada insan yang mengerti?  bibit-bibit persoalan mula bermain difikiran ana.

" jom cepat, nanti ahli usrah kita yang lain tunggu lama pulak kat masjid tu. " sapaan sahabat ana itu membawa ana ke alam realiti semula.

" ok2. jom ! " dalam perjalanan, ana menceria dan membahagiakan semula diri ana semampu mungkin sebelum ana bersama-sama dalam usrah. what you give, you get back. i must give the best for them !

Alhamdulillah, kedatangan kami tepat pada waktunya. semua ahli usrah yang terdiri dari pelbagai latar belakang, keluarga dan negeri menjadikan usrah kami itu lebih warna-warni, indah dan ceria. ada yang datang dari 'oversea' sana pun ada dan ada juga yang berasal di semenanjung sahaja.
fadzly, abdul aziz, syameel, khairul anuar, fandy,  dan irfan. semuanya istimewa belaka bagi ana. perjalanan usrah ni sedikit berbeza dari usrah-usrah yang biasa dilaksanakan pada amnya kerana usrah ni semua berpeluang menjadi naqib dan anak buah...^^

Alhamdulillah kami tidak terikat dengan silibus kerana usrah kami terbina atas inisatif masing-masing yang rindukan kepada 'halaqah keimanan'. kami adalah golongan yang 'terlewat' masuk ke UIA. pengambilan ke tiga. Alhamdulillah. ana kagum dengan diorang yang bersemangat utk hidup dalam halaqah keimanan.^^
terima kasih semua...ana sayang entum. sangat sayang. walaupun kita berjauhan pada jarak dan ukuran, tapi kita dekat pada hati dan Tuhan..(^_^)



" ukhuwah bukan diukur dengan banyaknya senyuman kita,
tetapi sejauh mana ia dirasai dengan hati..."

seusai  kami berkongsi ilmu dan bermuzakarah. sebelum berpisah, kami akan berkongsi sedikit pesanan, supaya masing-masing dapat muhasabah dan menilai tahap keimanan masing-masing selepas usai halaqah iman itu. itulah 'tentatif' kami setiap kali usrah. setiap yang jadi naqib perlu penyampaikan pesanan-pesanan dan taujihat. namun atas permintaan yang selalu diminta, ana diminta oleh sahabat-sahabat se'usrah' utk berkongsi walaupun bukan pada waktu 'turn naqib' dan sampaikan pesnanan pada setiap kali halaqah iman.

' ana sebenarnya segan dengan entum yang soleh-soleh belaka ' hati ana jujur berbicara.

saat itu ana sebenarnya masih belum kuat utk bercakap. bahkan ana amat-amat berharap ada di kalangan entum dapat beri nasihat dan semangat pada ana. mata ana merenung satu persatu wajah-wajah yang amat mencintai Islam dan memerlukan suntikan iman. air mata mengalir membasahi pipi.

ana tarik nafas dalam-dalam, cube tenangkan diri. ERTI HIDUP PADA MEMBERI.

" sejujurnya ana sangat berbangga dan ana rasa amat terharu ada sahabat-sahabat macam korang sume, dan ana sangat-sangat syukur. ana syukur Allah beri entum utk menjadi sahabat ana dan sudi sama-sama memperingati ana yg faqir ini.

entum nak tahu satu perkara, satu perkara ni ana tak pernah ceritakan dan khabarkan pada sesiapa. dan pada malam ni ana nak berkongsi dengan sume.

ana pernah di tanyakan, apakah perkara yang paling manis dan apakah perkara yang ana tak sukai. entum tahu apa bendanya tu ? " ana cuba menarik perhatian mereka. sempat juga ana mencelah dengan buat muka suspen.

" hahaha "kedengaran ada yang ketawa. yang senyum, sengeh semua ada.




" ana sangat suke berjumpa dan bertemu dengan orang-orang yang mencintai Allah dan rasulNya dan mencintai utk mencari dan menjadi ke arah yang lebih baik. ana sangat sukar utk berpisah dengan orang-orang sebegitu, ana tak suka. ana sayangkan antum. ana sayang a.aziz, fadzly, anuar, syameel,irfan, fandy, ana sayang antum.

dan kalau antum perasan, setiap kali kita buat halaqah ni, ana akan mengalirkan air mata. setiap kali. kerana ana sangat gembira dan ana rasa seakan-akan antum adalah keluarga ana. ana rasa gembira dan bahagia bila jumpa antum. dan ana sangat-sangat bahagia jika ana dapat bertemu dengan orang2 dan insan-insan yang sama-sama mencintai Allah.

sahabat........
terima kasih kerana sudi menjadikan ana yang lemah dan serba faqir ini sebagai teman pada antum.
terima kasih "

' apakah masih akan ku temui lagi teman-teman sebaik macam korang sume? ' hati ana berbisik

" ana tak bimbang kalau kita terpisah oleh jarak masa dan waktu, kerana di akhirnya pasti kita tetap bertemu, Allah buka pisahkan kita, tetapi Allah menangguhkan kepada kita satu petemuan yang lebih indah dan bermakna pada kita. dan ana harap pertemuan adalah  pertemuan yang paling bahagia - di syurga ! "

" sahabat...
miskipun kita adalah teman dan shabat yang baik, saling memahami, namun, ada lagi teman yang indah dan hebat utk di kenali.
mungkin bukan sekadar utk dikenali bahkan utk dirasai dan dihayati. itulah teman yang setia - Allah dan Rasul. betapa indah dan manisnya iman yg dirasai. dan tiadalah manisan yang lebih manis dari kemanisan iman !

ingatlah tiada teman sehebat Allah dan RasulNya. pasti kita akan bahagia " begitulah ana sudahi halaqah kami pada malam itu.

satu persatu-satu perkongsian dan luahan yang ana luah dan  titisan keimanan yg Allah kurniakan oleh setiap orang dapat dikongsi bersama. sehingga kemanisan itu dapat dirasai semua. Alhamdulillah.

entah kenapa dan mengapa, tekanan yg ana rasai waktu itu, bagai di bawa pergi oleh titisan air mata yang mengalir jatuh di atas tikar sejadah masjid. tenang terasa.

saat itu dirasakan seakan-akan ada teman yang menghampiri dekat, berbisik di hati menjinakkan diri dan hati supaya tenang..entah dari mana perasaan itu.

rupanya selangkah kita menuju Allah, sepuluh langkah Allah menuju kita,
hadirlah Allah dihati, dan rasul di sisi...


kadang2 kita perlu belajar dari pengalaman orng lain kerana tak semua perkara dalam kehidupan dapat kita lalui dan pelajari serta fahami hanya dengan kehidupan yg kita lalui sahaja.
mungkin dengan pengalaman dan kesilapan orang lain boleh menjadi peringatan buat kita dalam misi kembaramenuju Tuhan..

selamat bermuhasabah..^^


~ kembaramenujuilahi









Friday 5 October 2012

WAHAI MUSAFIR...



WAHAI MUJAHID MUDA,

pergilah dikau di nun jauh sana untuk menuntut ilmu
kerana aku yakin engkau serta sahabat2mu yang akan 
menjadi penegak agama allah yang di saat ini kian dilupai.
lupakanlah segala yang engkau cintai,
mahupun yang engkau kasihi di saat engkau menjejakkan 
kaki di tanah jordan.simpanlah perasaanmu itu dan jadikan
ia sebagai satu senjata semangat untuk engkau jadi lebih
gagah dalam menu
ntut ilmu agar mereka yang engkau cintai
merasa penantian mereka tidak sia sia...












WAHAI PERINDU ALLAH

Jadilah engkau seorang yang melindungi para wanita
yang di kala ini begitu mudah di pijak dan dihina.
ketahuilah wahai pemuda yang disegani, disaat ini
begitu banyak hati yang menaruh harapan padamu
agar menjadi insan yang berjaya dan memimpin
barisan pemuda pemudi islam yang kini kian hanyut...



WAHAi MUJAHID MUDA PERINDU SYURGA,

Ingatlah sesungguhnya sekarang ini engkau sedang
berjihad. Berjihadlah engkau dengan bersungguh sungguh.
Perbaharui kembali niatmu.Jika kerinduanmu terhadap
keluargamu dan sahabat2 mu disini,maka
gantikanlah ia dengan zikrullah dan untaian doa.
Kami disini begitu berharap engkau akan kembali ke
tanah air sebagai mujahid yang berjaya dunia dan
akhirat.Kirimkan doa buat kami agar kami berjaya dan agar dapat
kami mengikut jejak langkah engkau,
duhai mujahid islam..


WAHAI PENCINTA AGAMA,


pergilah dirimu, tebarlah dirimu di tanah barokah,
jadilah dirimu permata kepada agama, setelah pulang nun disana,
manjadi pembela agama, penegak maruah bangsa,
moga dirimu dibina menjadi pemanah, dari panahan islam,
yang telah dirindui sejak sekian lama menghilang.
ku merindui agar sejarah Islam yang gilang gemilang kembali berulang,
dan kau adalah dari salah seorang pejuang !

~ hamba Ilahi




tempat cik belajaq ^^

Apa khabar mak? apa khabar ayah? along, kakak2, abang2 dan sanak sedare yg lain. sedang saya menulis post sebenarnya saya sangat merindukan semua dan teringatkan kampung kita yang aman dan damai, tanpa bunyi kereta yg hingar bingar, bunyi hon kereta yg tak henti-henti di sini dan juga udara kurang bersih. namun semua itu menjanjika pengalaman yg indah dan istimewa buat adik di sini..Alhamdulillah..^^

adik yakin mesti orang rumah semua nak tahu tempat adik belajar macam mana? kelas ok ke tak? setinggan ke  macam mana? kan........(^_o)


kalau dari pemandangan atas lebih kurang mcm ni geografinya ^^


ni lambang/logo tempat adik belajaq
universiti mu'tah...



ni kuliah tempat cik belajaq



sekrang ni dah nak masuk musim sejuk. kat sini siang-siang hari pun sejuk. wlaupun cuaca nampak mcm panas, angin yg sejuk. nak ambil wuduk kadang-kadang pun susah. nak mandi memang jaranglah kami kat sini mandi. kadang-kadang ja. biasanya kat kawasan mu'tah ni air kurang ckt.
seminggu hanya sekali ja air naik. tak macam kat malaysia. hari-hari air naik..^^
kat rumah ada telaga pulak tu, kat belakang ada sungai dan sawah..memang best lah PENDANG tu..^^


setakat la, Alhamdulillah adik boleh ikut kuliah dengan baik bersama-sama dengan doktor kat sini.
Alhamdulillah lah di sini, segala-galanya baik-baik belaka.
dari rumah yg adik dapat dan subjek yg adik ambik.
utk sem ni adik ambik banyak subj sikit dari sahabat-sahabat yg lain, satu cabaran utk adik.
maih kita pakat-pakat doa noo...^^

~doa adik utk adik beradik di malaysia adalah 'zikir' wajib harian adik di sni..
insha Allah, ada kelapangan dan kemudahan, nanti adik post lagi kehidupan adik di sini..^^









Wednesday 3 October 2012

gambaq seghba sikit kat sini..


gambar sebelum bertolak ke bumi Syam...


kenangan bersama abang ipar dan anak menakan(anak buah)
syamimi, abang rizal dan saya ^^

 abang rizal pakai tag Jordan..hehe



along pi belanja makan dulu. yg sebelah tu Fikri, orang 'madinah munawwarah' Pendang jugak. kami mai sekali ngaji kat Jordan.



along dan abang rizal - kami bergambar sebagai kenangan di hadapan tempat check in masuk barang..^^
tak ingat apa namanya tempat tu..


bang rizal, saya dan fikri..(^_^)







sebelum bertolak ambil darah dan buat iqomah,
saya bersama-sama sahabat se-mu'tah di hadapan masjid syuhada'




masak ayam percik..^^
sedaaapppp....hehe




sajalah bergambar dengan anak orang arab yg sorang ni..
hari dan waktu yg sma kami nak ambil darah dan buat iqomah.


arif, am, ana arab yg 'cute' ni..^^


 sebelah kiri tu orang pendang jugak, nasaruddin namanya..
masa tu kami tersalah masuk bikil utk ambil darah.
kami semuanya 'berbadan besar' tapi takot juga nak ambil darah..
sakit koootttttt...^^



pemandangan sikit di jalan raya kat mantiqah  mu'tah. van yg besaq macam ni kat sini, depa buat macam teksi ja. teksi ngan van sama ja..



baihaqi kena 'cucuk' darah ~ bahasa orang utagha..^^




Am paling kelakar masa nak ambik darah..hehe


saya minta maap lah noo sebab saya xda kamera nak tangkap banyak2.
ni pun hat orang boh kat saya ja.
kalau dak, pakai xdak la gambaq nak kongsi ngan 'orang rumah' nuu..

k...pakat2 doa2 la noo...^^